Monday, May 9, 2016

DSA 2016 : NURI TERIMA NAIK TARAF KOKPIT

S61A-4 Nuri dengan camo yang baru
AIROD telah menandatangani kontrak dengan Heli-One (Norway) untuk menaik taraf glass kokpit helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sikorsky S-61A-4 Nuri. Perjanjian ini telah ditandatangani semasa pameran DSA 2016 di Kuala Lumpur.  

Kerjasama di antara AIROD dan Heli-One ini akan memberikan penyelesaian yang disesuaikan melalui pembangunan reka bentuk baru untuk memanfaatkan teknologi terkini yang akan menambah keupayaan baru dan peningkatan prestasi untuk helikopter ini

Antara tingkat upaya ini ialah menambah keupayaan taktikal baru dan membolehkan penyeragaman sistem pesawat seluruh armada. Ia akan membolehkan pesawat untuk terbang di waktu siang dan malam dalam semua keadaan cuaca serta menangani isu-isu lama, seterusnya, membolehkan
helikopter S61A-4 Nuri  TUDM dipanjangkan jangka hayat untuk sekurang-kurangnya 15 tahun lagi.

Pemindahan pengetahuan, teknologi dan inovasi akan terus menyumbang kepada negara dari segi kecekapan dan kemahiran teknikal dalam industri aeroangkasa. Ini akan meningkatkan skop keupayaan negara dari segi reka bentuk aeroangkasa yang tinggi nilainya, seperti AIROD membangunkan pasukannya jurutera dan juruteknik berpengalaman untuk industri aeroangkasa di masa hadapan.

Projek ini akan mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam pasaran penyelenggaraan global, pembaikan dan membaik pulih dengan memasuki sempadan pasaran baru dan membolehkan teknologi spinoff kepada platform pesawat lain.  


Reka bentuk aeroangkasa dan pembangunan bernilai tinggi yang terhasil daripada projek ini akan memberikan kelebihan daya saing yang pasti akan memberi manfaat kepada industri aeroangkasa tempatan sebagai sebahagian daripada ekosistem aeroangkasa global.

"Kami gembira untuk memulakan program yang
menarik ini  dengan AIROD, dan mempamerkan keupayaan Heli-One untuk menyampaikan program menaik taraf helikopter yang kompleks, di mana sahaja di dunia, dalam hubungan (win-win situation) dengan rakan kongsi tempatan," kata Anthony DiNota, presiden, Heli -One.
  
Menurut beliau lagi,"Peningkatan ini memberikan TUDM satu penyelesaian yang sangat kos efektif untuk memanjangkan hayat dan memaksimumkan keupayaan armada Helikopter mereka. TUDM juga akan mendapat manfaat daripada teknologi terkini pada kos yang minimum. "

sumber
Verticalmag

No comments: