Tuesday, May 17, 2016

INDONESIA MUNGKIN MEMBELI SEBILANGAN KECIL PESAWAT TAKTIKAL A400M

A400M Atlas yang mungkin di beli oleh Indonesia
Menurut Reuters, Indonesia boleh membeli kumpulan kecil pesawat pengangkut tentera A400M dihasilkan oleh gergasi pertahanan Airbus Defence and Space.

"Saya mempunyai rancangan untuk membeli A400 dari Eropah ... tetapi hanya sebilangan kecil. Tidak ada keperluan untuk membeli banyak," kata Menteri Pertahanan Indonesia Ryamizard Ryacudu tanpa memberi maklumat lanjut.

Jika Indonesia membeli A400M, negara itu akan menjadi pelanggan kedua dari negara bukan Eropah yang memilikinya selepas Malaysia yang telah membeli empat pesawat tersebut pada Disember 2005.  

Kuala-Lumpur telah menerima penghantaran dua buah pesawat itu kedalam inventori Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

A400M Atlas merupakan pesawat pengangkut tentera, mempunyai empat enjin turboprop yang direka oleh Airbus sebagai pesawat pengangkut taktikal dengan keupayaan strategik untuk menggantikan pesawat pengangkut yang lebih berusia, seperti Lockheed C-130 Hercules. Ia mempunyai jarak operasi 4,500 km dengan muatan 30 tan.


Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu juga berkata kerajaan Indonesia bersetuju untuk membeli lapan unit jet pejuang Sukhoi Su-35 Russia tahun ini, tetapi menambah harga itu masih di peringkat perbincangan.

Indonesia pada mulanya merancang untuk membeli sekitar sedozen jet pejuang Russia untuk menggantikan jet
pejuangnya Northrop F-5 yang telah dimamah usia, dan ini akan menambah bilangan jet pejuang dalam armada udaranya yang setakat ini mempunyai 16 buah Sukhoi Su-27 dan Su-30  yang menjadi tulang belakang tentera udara mereka.

sumber
Reuters 

No comments: