Monday, May 30, 2016

KAPAL SELAM KELAS CHANG BOGO KOREA SELATAN

Kapal selam penyerang Kelas Chang Bogo berada dalam perkhidmatan dengan Tentera Laut Republik Korea (ROKN). Kelas ini adalah versi kelas Type 209/1200 Jerman dan dibina secara berlesen di Korea Selatan

Asalnya dibangunkan oleh Howaldtswerke-Deutsche Werft (HDW), sekarang Kelas Chang Bogo  ini dibina oleh Daewoo Shipbuilding and Marine Engineering (DSME).

Kapal Selam Kelas Chang Bogo yang dioperasikan oleh Tentera Laut Republik Korea


Kelas Chang Bogo terdiri daripada sembilan buah kapal selam semuanya. ROKN telah membuat tempahan pembinaan tiga kapal selam pada tahun 1987. 

Kapal selam pertama dalam kelas ini, ROKS Chang Bogo (SS-61), telah dilancarkan pada bulan Jun 1992 oleh HDW di Kiel, Jerman. Manakala baki dua lagi kapal selam dibina oleh Daewoo di Okpo Korea Selatan, menggunakan material yang dibekalkan Jerman.

Kesemua sembilan buah kapal selam kelas Chang Bogo telah diterima oleh ROKN dengan yang terakhir ditauliahkan dalam perkhidmatan pada tahun 2001.

Kapal selam ini direka untuk melaksanakan operasi pada bunyi yang rendah. Setiap kapal selam dilengkapi sepenuhnya dengan sistem automatik, untuk mengurangkan beban kerja krew.

Chang Bogo mempunyai panjang 56m, sesaran 6.2m, draf 5.5m dan berat 1400 tan serta boleh membawa 33 anak kapal.
Pada saat menyelam, kapal selam ini boleh menyelam hingga kedalaman 250 m.  

Dengan dilengkapi dengan 4 enjin diesel MTU 12V 396 SE, kapal selam ini dapat bergerak dengan kelajuan maksimum 22 knots (kedudukan menyelam) dan 11 knots (kedudukan permukaan).

Memiliki sistem sonar  jenis CSU 83 untuk pencarian dan serangan yang beroperasi pada frekuensi sederhana dalam mod aktif / pasif.  Sistem persenjataannya ialah 8 tiub pelancar torpedo 533mm yang mampu melancarkan torpedo dengan jarak maksimum 28km. Jumlah torpedo yang mampu dibawa ialah 14 unit.

Kelas Chang Bogo untuk Indonesia 

Kapal Selam Kelas Chang Bogo yang bakal dimiliki oleh Indonesia
Pada Disember 2011, DSME telah dianugerahkan kontrak bernilai $ 1.1 billion oleh Kementerian Pertahanan Indonesia (MoD) bagi penghantaran tiga buah kapal selam Kelas Chang Bogo yang telah di upgrade  kepada Tentera Laut Indonesia.  

Dua buah kapal selam akan dibina di Korea Selatan, dengan dibantu oleh  PT PAL Indonesia, manakala kapal yang  ketiga akan ditempatkan di limbungan kapal PT PAL di Surabaya. Penghantaran yang dijadualkan ialah pada separuh pertama tahun 2018.

Model improve Chang Bogo ini akan dipasang dengan sonar mencari dan serang jenis Atlas elektronik CSU 90, sistem Pegaso RESM Indra, radar pemintas Aries (low-probability) platform sistem pengurusan bersepadu L-3 MAPPS dan sistem navigasi inersia Sagem Sigma 40XP.

Namun begitu pemilikan 3 buah kapal selam kelas Chang Bogo ditambah dengan 2 buah yang sedia ada dari kelas Chakra tetap tidak mencukupi untuk mengawal sempadan negara Indonesia yang luas.

Oleh itu diberitakan bahawa Tentera Laut Indonesia memerlukan sekurang-kurangnya 12 buah kapal selam untuk mengawasi sempadannya.


sumber
Naval technology
IT1me.com

No comments: