Saturday, May 21, 2016

INDIA HANTAR KAPAL PERANGNYA KE LAUT CHINA SELATAN UNTUK TINGKATKAN HUBUNGAN KETENTERAAN.

19 May 2016 - Tentera Laut India (IN) menghantar flotila empat kapal perang ke Laut China Selatan dan barat laut Pasifik pada 18 Mei selama 10 minggu dalam usaha untuk meningkatkan hubungan ketenteraan dengan negara-negara di rantau ini dan meningkatkan kebolehan beroperasi dengan tentera laut mereka.

INS Sahyadri (Kelas Shivalik)
Pasukan petugas platform IN  yang terlibat ialah INS Sahyadri dan INS Satpura, dua kapal frigat stealth  peluru berpandu kelas Shivalik seberat 6,200 tan sebuah; INS Shakti, sebuah kapal tangki armada kelas Deepak; dan INS Kirch, korvet peluru berpandu kelas- Kora.

Semasa penugasan mereka, kapal-kapal ini akan membuat lawatan pelabuhan empat hari  iaitu di Cam Rahn Bay (Vietnam), Subic Bay (Filipina), Sasebo (Jepun), Busan (Korea Selatan), Vladivostok (Russia) dan Pelabuhan Klang (Malaysia), serta menjalani latihan bersama dengan tentera laut tuan rumah.

Lawatan ini akan berakhir dengan kapal-kapal IN Armada Timur akan mengambil bahagian dalam latihan maritim Malabar Off Okinawa, Jepun, bersama-sama dengan  Pasukan Maritime Pertahanan Diri Jepun (JMSDF) dan Tentera Laut Amerika Syarikat (USN). Ini merupakan kali kedua sejak 2014 bahawa IN menjalani latihan di luar Okinawa.

"Lawatan IN akan mengukuhkan hubungan pertahanan dua hala, manakala latihan Malabar akan meningkatkan profil operasi tentera laut,"
menurut jurucakap IN Captain D K Sharma pemberita,
 
Latihan tentera laut ditetapkan untuk memberi tumpuan kepada peperangan anti-kapal selam, interdiction maritim, anti-lanun, serta visit, board, search, and seizure (VBSS), kata Kapten Sharma.

Sumber
Jane.com 
 

No comments: