Monday, August 15, 2016

KENDERAAN PENINJAU (FERRET SCAUT CAR )

Kenderaan Ferret dengan camo digital yang baru
Kereta berperisai Ferret, juga dikenali sebagai kereta peninjau Ferret, adalah sebuah kenderaan tempur berperisai keluaran Britian yang direka dan dibina untuk kegunaan peninjauan.

Ferret telah dikeluarkan di antara tahun 1952 hingga 1971 oleh syarikat dari UK, Daimler. Ia digunakan secara meluas oleh rejimen di dalam Tentera Darat Britain selain negara-negara Komamwel di sepanjang tempoh ini.

Ferret berkongsi banyak persamaan ciri-ciri rekabentuk dengan "Dingo" dan Ford Lynx buatan Kanada, tetapi memiliki ruang tempur yang lebih besar dan pilihan turet mesingan kecil. Ia dibina daripada badan keluli monocoque berkimpal sepenuhnya.


mesingan 7.62mm pada turret (corak camo lama)
Turet Ferrets biasanya dilengkapi dengan mesin-gun am 7.62mm  . Sering kali senjata ini adalah  dari jenis M1919 Browning rechambered untuk 7.62 x 51mm menggunakan peluru NATO .

Kenderaan peninjau ini dikuasakan dengan enjin petrol Rolls Royce B60 6-silinder, 130 hp (97 kW), dengan kelajuan 93 km/jam (58 bsj). Jarak jangkauan operasi ialah 306 km.

Ferret juga mempunyai enam pelancar asap-bom tangan, tiga dipasang pada setiap sisi atas roda depan. sebagai pertahanan diri.  

Ferret adalah laju dan cukup kecil bagi digunakan di persekitaran bandar. Ia juga cukup kuat untuk digunakan di jalan yang tidak rata.

Bagaimanapun ia tidak lagi digunakan di dalam perkhidmatan Tentera Darat Britain, tetapi masih lagi berkhidmat di beberapa negara-negara Komanwel termasuk Malaysia sehingga ke hari ini.

Tentera Darat Malaysia telah mengoperasikan kenderaan Ferret ini dimana inya diletakkan dibawah Rejimen Pertama dan Rejimen Kedua Kor Peninjau Persekutuan yang lebih dikenali dengan akronim 1 Recce dan 2 Recce (1 dan 2 Peninjau Persekutuan).

Kedua-dua unit ini mengoperasikan sistem kenderaan Ferret sebagai kenderaan berperisai utamanya dan pernah dihantar ke Kongo sebagai sebahagian dari kontijen Malayan Special Force dibawah kelolaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu  antara tahun 1960 dan 1962. 

Sejumlah 4,409 buah Ferret, termasuk 16 sub-model di bawah designasi pelbagai nombor (Mark), telah dikeluarkan di antara tahun 1952 dan 1971.

Sumber 
Wikipedia

No comments: