Tuesday, August 2, 2016

SAF NEW GENERATION AFV

Next generation AFV akan memasuki inventori SAF pada 2019

Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah menerima prototaip akhir generasi baru (AFV). AFV ini akan menjadi fokus utama pasukan jentera SAF, yang akan beroperasi bersama Bionix Infantry Fighting Vehicle, untuk memenuhi keperluan operasi SAF.

Dibangunkan bersama-sama dengan Agensi Pertahanan Sains dan Teknologi Singapura dan industri pertahanan tempatan , Kenderaan Tempur Berperisai  generasi baru AFV akan memberikan pasukan bersenjata lonjakan kuasa tembakan, perlindungan, mobiliti dan langkah berjaga-jaga. 
  
Pembangunan AFV ini dimulakan pada 2006 bertujuan untuk menggantikan kenderaan tempur berperisai Ultra M113, yang telah berkhidmat sejak awal 1970-an. 

Ia akan ditauliahkan dalam perkhidmatan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menjelang tahun 2019.
.
Ultra M113 AFV yang telah di mamah usia.
Kenderaan AFV baru ini dipasang dengan laser rangefinder yang dikawal oleh sistem kontrol digital  untuk membolehkan meriam dikawal secara automatik agar tembakan dilakukan itu tepat ke sasaran.

Selain itu sistem komunikasi telah ditingkatkan dimana krew AFV boleh bertukar-tukar data dan maklumat dengan krew kenderaan AFV yang lain melalui  Army Battlefield Internet. Dalam Ultra M113 AFV, kemampuan untuk berkomunikasi adalah terhad, hanya krew diluar kenderaan sahaja dapat berkomunikasi.

Dari segi perlindungan kepada krew AFV baru ini telah menawarkan perlindungan yang lebih baik berbanding Ultra M113 AFV, dimana bahagian badan komander kenderaan yang terdedah. Dalam AFV baru, komander akan berada didalam kenderaan tersebut.

AFV baru menyediakan tahap perlindungan 4 STANAG 4569 yang menawarkan perlindungan balistik terhadap tembakan senjata berkaliber kecil  14.5mm. Lantai kenderaan itu juga dilindungi daripada letupan periuk api.
 
Di kuasakan dengan
enjin bermotor 700 hp. Kenderaan ini mampu bergerak pada kelajuan jalan maksimum 70 km / h dengan jarak jangkauan operasi sehingga 500 km.

Di kendalikan oleh 3 krew dan mampu membawa 8 orang personel tentera. 

AFV baru ini dilengkapi dengan Sistem
kawalan senjata dengan meriam automatik 300 Bushmaster. Satu mesingan 7.62mm  dipasang di sebelah kiri persenjataan utama.  

Penembak dilengkapi dengan alat penglihatan penstabil senjata, laser rangefinder dan kamera terma. Komander mempunyai pandangan panorama yang tersendiri yang boleh bertukar secara bebas daripada turet.
  
sumber
www.straitstimes.com
 

No comments: