Saturday, September 10, 2016

SAMSUNG TECHWIN K9-THUNDER SELF-PROPELLED HOWITZER

K9 Thunder self-propelled howitzer (SPH) dibangunkan sebagai pengganti kepada  M109A2K, juga dikenali sebagai K55, self-propelled howitzer. Ia dibangunkan oleh syarikat Korea Selatan iaitu Samsung Techwin .

Pembangunan program K9 Thunder ini bermula pada tahun 1989. Prototaip pertama telah dilancarkan dan diuji pada tahun 1996. Fasa reka bentuk telah disiapkan pada tahun 1998 dan siri pengeluaran  bermula pada tahun 1999.

Samsung K9 Thunder SPH bersama kenderaan ARV disebelahnya
Howitzer ini direka untuk memberikan tembakan sokongan yang berkesan dan mendalam dalam semua jenis situasi.  Dibina di atas platform bermobiliti tinggi, K9 memberikan kadar tembakan yang tinggi pada jarak jauh.

Senjata utama adalah meriam 155mm / 52 kaliber. Ia mempunyai kadar unjuran tembakan sebanyak tiga pusingan setiap 15 saat dan kadar maksimum tembakan enam hingga lapan pusingan seminit selama tiga minit.
 

K9 Thunder direka untuk memenuhi konsep taktikal yang terkini (up-to-date) iaitu  menembak dan cepat lari (shoot and scoot). Ini untuk mengelak serangan balas dari artileri musuh.

Meriamnya boleh menembak peluru standard M107 high-explosive (HE)  untuk jarak maksimum 18km. Jika dibantu dengan uni-caj projektil (RAP) jarak maksimum ia boleh menembak peluru HE adalah 30km. Ia juga boleh menembak peluru K307 dengan caj-modular boleh mencapai jarak maksimum lebih 40km.

K9 Thunder dilengkapi dengan sistem kawalan tembakan automatik dengan sistem navigasi dalaman dan sistem meletak  senjata automatik. Ia mengambil masa 30 saat untuk melakukan tembakan pada pososi tetap/pegun dan 60 saat semasa ia bergerak.


K10 ARV (Automatic Reload Vehicle)
Bahagian hull dan turet dikimpal sepenuhnya dengan besi setebal maksimum 19 mm. Ia memberikan perlindungan dari senjata kecil, periuk api dan serpihan peluru meriam. Kenderaan ini juga dilengkapi dengan sistem perlindungan NBC.

SPH ini dioperasikan oleh 5 orang krew, yang terdiri daripada komander, penembak, penolong penembak, loader dan pemandu.


Enjin diesel K9 - MTU MT 881 Ka-500, 8-silinder (water-cooled) digabungkan  dengan transmisi Allison ATDX1100-5A3 telah menghasilkan output kuasa 1,000hp dengan nisbah kuasa kepada berat 21.6hp / tan. Kelajuan maksimumnya lebih 67km / jam dengan jangkauan jarak rondaan 360 km.

T155 Firtina Turki yang dihasilkan dibawah lesen K9 Thunder
Pada tahun 1999, Republik Korea (ROK) Army mula mengguna pakai K9, menjadi tentera yang pertama di Asia untuk mengoperasikan meriam 52 kaliber.

K9 disokong oleh K10, kenderaan 
pembekal semula peluru (ARV), yang dibina di atas platform yang sama dengan K9. K10 mampu secara automatik memindahkan 12 unit peluru per minit ke K9 menggunakan konvayer. Sebuah K10 mampu membekal kepada 2 howitzer K9.

K9 Thunder telah menjadi produk eksport yang agak berjaya bagi Korea Selatan. Turki adalah pennguna utama yang pertama.  Sebanyak 300 unit dipercayai telah dikeluarkan untuk Tentera Turki sebagai T-155 Firtina oleh syarikat Turki dibawah lesen K9

Terma pemindahan-teknologi yang f
leksibel dan (mungkin) harga yang kompetitif telah meletakkan K9 sebagai pilihan yang menarik untuk bakal ahli NATO dan pengguna bukan NATO.

sumber
army-technology



No comments: