Kereta Perisai - Lipan Bara di pertontonkan kepada warga Malaysia pada Hari Kebangsaan |
KUALA LUMPUR 31 Ogos 2016 - Lipan Bara, Kereta Perisai Milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diperlihatkan kepada orang ramai buat kali pertama dalam perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan ke-59 di Dataran Merdeka, di sini hari Ini.
Aset terbaharu ATM dengan keupayaan pacuan empat roda tersebut dilengkapi sistem persenjataan M134D-H Gatling Gun 7.62mm, pelancar grenad 76mm dan alat amaran laser.
Perlancaran Lipan Bara (HMAV) oleh Perdana Menteri |
Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, rakyat seharusnya menghargai jasa pasukan keselamatan yang bekerja keras memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan aman.
“Adalah penting bagi kita bersatu untuk mempertahankan negara ini, tanpa mengira apa pun bangsa atau agama kita,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan acara perbarisan dan perarakan tersebut.
Menurut beliau, sambutan Hari Kebangsaan Ke-59 yang berjalan lancar dan meriah tahun ini membuktikan rakyat memilih untuk bersatu demi memastikan negara kekal merdeka.
sumber
Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment