LONDON
20 Oktober. – Dua buah kapal perang Britain telah bersiap sedia dan
diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan dakwaan sebuah jet
pejuang dan kapal laut milik Rusia yang kini dalam perjalanan ke negara
ini.
Setiausaha Kementerian Pertahanan
Britain, Michael Fallon berkata, kapal perang Rusia jenis Admiral
Kuznetsov sedang belayar dari selatan Laut Norway ke Syria.
“Kami tidak pasti sama ada mereka akan melalui Selat Inggeris atau barat Ireland, namun kami mengambil langkah berjaga-jaga.
“Tujuan kami adalah untuk memastikan keselamatan negara sentiasa terjaga,” katanya kepada rangkaian televisyen BBC hari ini.
Tentera Laut Diraja Britain dilaporkan menghantar kapal-kapal perang yang canggih, Destroyer Type 45 HMS Duncan, bersama-sama dengan frigat Type 23, HMS Richmond, untuk mengesan kapal Rusia.
Pasukan task force Rusia ini dipercayai dalam perjalanan ke Laut Mediterranean untuk menyokong perang ke atas pengganas di Aleppo, Syria, menurut penganalisis tentera Barat.
Aktiviti
itu juga berlaku di tengah-tengah ketegangan yang memuncak antara Rusia
negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Rusia meletakkan peluru berpandu berkeupayaan nuklear yang mampu mencapai jarak 700 kilometer, Iskander-M ke Kaliningrad di sempadan Poland-Lithuania.
Langkah itu jelas mendatangkan kebimbangan terhadap negara-negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) iaitu Poland dan Lithuania yang berada dalam jarak lingkungan Iskander dengan peluru berpandu tersebut juga dikatakan mampu sampai ke Berlin.
NATO menuduh Rusia melakukan provokasi ketenteraan terutamanya di Laut Baltik. Pesawat perang Rusia dilapor meningkatkan rondaan berhampiran ruang udara negara-negara NATO.
Difahamkan, Moscow sebenarnya mahu menguasai rantau Laut Baltik selepas Rusia merampas Kaliningrad daripada Jerman pada 1945 bagi mengukuhkan penguasaannya di perairan itu sama seperti yang dilakukannya di Laut Hitam.
Moscow bagaimanapun menyifatkan langkah itu sebagai satu latihan ketenteraan tetapi apa yang pasti, negara-negara Barat jelas bimbang dengan perkembangan terbaharu tersebut.
Tindakan Rusia itu juga dikatakan satu pencabulan perjanjian antarabangsa yang mengehadkan penempatan peluru berpandu dalam jarak 500 kilometer sahaja.
sumber
Utusan Malaysia
“Kami tidak pasti sama ada mereka akan melalui Selat Inggeris atau barat Ireland, namun kami mengambil langkah berjaga-jaga.
“Tujuan kami adalah untuk memastikan keselamatan negara sentiasa terjaga,” katanya kepada rangkaian televisyen BBC hari ini.
Tentera Laut Diraja Britain dilaporkan menghantar kapal-kapal perang yang canggih, Destroyer Type 45 HMS Duncan, bersama-sama dengan frigat Type 23, HMS Richmond, untuk mengesan kapal Rusia.
Pasukan task force Rusia ini dipercayai dalam perjalanan ke Laut Mediterranean untuk menyokong perang ke atas pengganas di Aleppo, Syria, menurut penganalisis tentera Barat.
Admiral Kuznetsov bersama tujuh kapal perang yang lain melalui terusan Inggeris untuk ke Syria |
Rusia meletakkan peluru berpandu berkeupayaan nuklear yang mampu mencapai jarak 700 kilometer, Iskander-M ke Kaliningrad di sempadan Poland-Lithuania.
Langkah itu jelas mendatangkan kebimbangan terhadap negara-negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) iaitu Poland dan Lithuania yang berada dalam jarak lingkungan Iskander dengan peluru berpandu tersebut juga dikatakan mampu sampai ke Berlin.
NATO menuduh Rusia melakukan provokasi ketenteraan terutamanya di Laut Baltik. Pesawat perang Rusia dilapor meningkatkan rondaan berhampiran ruang udara negara-negara NATO.
Difahamkan, Moscow sebenarnya mahu menguasai rantau Laut Baltik selepas Rusia merampas Kaliningrad daripada Jerman pada 1945 bagi mengukuhkan penguasaannya di perairan itu sama seperti yang dilakukannya di Laut Hitam.
Moscow bagaimanapun menyifatkan langkah itu sebagai satu latihan ketenteraan tetapi apa yang pasti, negara-negara Barat jelas bimbang dengan perkembangan terbaharu tersebut.
Tindakan Rusia itu juga dikatakan satu pencabulan perjanjian antarabangsa yang mengehadkan penempatan peluru berpandu dalam jarak 500 kilometer sahaja.
sumber
Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment