PT-17 yang telah dihasilkan oleh Poland |
Pada 5-8 September 2017, syarikat pertahanan negara Poland Bumar-Labedy SA akan mempamerkan varian kereta kebal utama T-72 (MBT) yang baru dinaik taraf, dikenali sebagai PT-17 dalam MSPO 2017
Menurut saluran TV Poland, Bumar-Labedy telah membangunkan varian baharu kereta kebal tempur utama T-72 untuk meningkatkan tahap perlindungan kenderaan tempur. Reka bentuk baru PT-17 menggabungkan beberapa kelebihan, kebolehan survivabiliti dan peningkatan sistem.
Penambahbaikan utama PT-17 termasuk penyepaduan sistem kawalan tembakan dan senjata baru, sistem tindak balas elektronik yang lebih baik, "perisai reaktif" anti-tandem-warhead dan alat pandangan panorama baru.
Bumar-Labedy adalah sebahagian daripada Polish Armaments Group (PGZ) yang dikendalikan oleh kerajaan, sebuah entiti yang ditubuhkan oleh pihak berkuasa Poland untuk mengintegrasikan industri pertahanan milik negaranya.
PT-17 dalam media Poland |
Sistem senjata dan panaromic sight yang baru |
sumber : Defence Blog
No comments:
Post a Comment