Pandur II 105mm menjalani ujian teknikal dan tahan lasak di Indonesia |
Syarikat Indonesia PT Pindad telah membangunkan kereta kebal ringan (lightweight) baru atau kenderaan berperisai dengan meriam tekanan tinggi 105mm.
PT Pindad telah melancarkan butiran hibrid baru Pandur II kereta perisai beroda 8x8 dari syarikat Excalibur Army republik Czech yang dilengkapi dengan meriam tekanan tinggi dari Belgium, Cockerill CT-CV 105 dengan autoloader canggih yang mampu melakukan tembakan jarak jauh dan juga mampu melancarkan peluru berpandu anti kereta kebal (GLATGM).
Excalibur Army adalah pemegang lesen General Dynamics European Land Combat Systems untuk menghasilkan Pandur II untuk dipasarkan di beberapa negara, termasuk Indonesia.
Kenderaan tempur berperisai beroda baru ini dilengkapi dengan Sistem meriam Cockerill CT-CV 105HP (meriam dan turet).
Dengan kenderaan jenis ini, tentera Indonesia akan mempunyai kenderaan mobiliti tinggi dengan kuasa tembakan seperti kereta kebal utama.
Turet Cockerill CT-CV 105 menggunakan amunisi NATO 105mm, peluru khas dan ATGW yang dilancarkan oleh Falarick 105 untuk menyampaikan sokongan tembakan yang sangat fleksibel, tepat, dan organik kepada kuasa mobiliti tinggi.
Ia sesuai dengan kenderaan yang berunut dan beroda, sistem ini menawarkan ketepatan dalam sesuatu pertembungan samada secara langsung atau secara tidak langsung.
Pandur II dipasang dengan turet meriam Cockerill 105mm |
Alatan sokongan kuasa diguna pakai untuk membenarkan penggunaan turet yang berterusan dalam kes kehilangan bekalan kuasa elektrik.
sumber : defence-blog
No comments:
Post a Comment