Thursday, October 12, 2017

KEMUNCULAN PERTAMA "KAPLAN MEDIUM TANK" UNTUK TONTONAN AWAM DI INDONESIA


KAPLAN MT kereta kebal Sederhana, kenderaan kebal dalam kelasnya, pertama yang dieksport oleh industri pertahanan Turki, telah diperlihatkankan kepada orang awam oleh Tentara Indonesia di Cilegon semasa perarakan rasmi pada Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Indonesia.

Perbarisan di bandaraya pantai Barat Jawa di sertai hampir 6,000 tentera dan persenjataan yang diimport Indonesia yang paling moden termasuk kapal perang, helikopter, kapal selam dan kereta kebal KAPLAN MT.

Turki dan Indonesia telah memulakan projek untuk membangunkan kereta kebal sederhana berat pada tahun 2014. Rancangan konseptual Kaplan MT telah disiapkan dan didedahkan semasa Indo Defense 2016. 

Pengerusi Pindad Abraham Mose memberitahu Agensi Anadolu dia gembira dengan penyelesaian projek kereta kebal itu.

"Projek ini adalah bukti bahawa kami boleh menghasilkan kenderaan pertahanan teknologi tinggi dengan usaha kami sendiri tanpa bergantung kepada negara lain," kata Mose.
 


Prototaip pertama KAPLAN MT, yang direka dan dibangunkan di Turki oleh pengeluar kenderaan berperisai Indonesia PT Pindad dan FNSS Defense Systems, telah dieksport ke Indonesia pada bulan September.

Kaplan MT dilengkapi dengan turet dua orang CMI Cockerill® 3105 yang bersenjata dengan meriam Cockerill 105 mm tekanan tinggi dan autoloader canggih. Dengan turet ini, KAPLAN MT mempunyai kekuatan tembakan yang tinggi walaupun beratnya agak rendah.

Kaplan MT telah dibangunkan untuk memenuhi keperluan tentera Indonesia untuk kereta kebal moden dan sederhana berat. Pindad bertujuan untuk menghasilkan 20 unit kereta kebal ini menjelang akhir tahun 2018.

sumber : Daily sabah 
 

No comments: