Thursday, November 23, 2017

MALAYSIA PERUNTUKKAN RM 50 JUTA UNTUK COASTAL RADAR DALAM BUDGET 2018

Radar pengawasan pantai Spexer 2000  yang mungkin akan dimiliki oleh malaysia untuk mengawal kawasan pantai Sabah dan Sarawak

Kerajaan Malaysia akan menyisihkan sebanyak RM250 juta (USD59 juta) daripada bajet negara pada 2018 untuk meningkatkan keselamatan di Zon Keselamatan Sabah Timur (ESSZONE), Perdana Menteri, Najib Razak mengumumkan melalui ucapan parlimen pada 27 Oktober.

Dana itu termasuk RM50 juta untuk memperoleh radar pengawasan pantai baru bagi negeri-negeri di Sabah dan Sarawak, kata Najib, yang juga mengumumkan peningkatan 5.3 peratus dalam keseluruhan peruntukan perbelanjaan pertahanan untuk tahun 2018.

ESSZONE adalah kawasan keselamatan khas yang meliputi lebih kurang 1,400 km kawasan pesisir di Malaysia Timur. Ia ditubuhkan pada tahun 2013 berikutan berlakunya penculikan di kawasan malaysia oleh kumpulan lelaki bersenjata yang tiba dari laut Filipina.

sumber: IHS Jane 


No comments: