Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Ahmad badaruddin |
Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, kehadiran mereka juga antara lain bagi mengeratkan hubungan antara negara terlibat.
Beliau berkata DSA 2018 adalah gabungan agensi keselamatan termasuk Tentera Darat, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2018 yang mengetengahkan pameran berkaitan sektor pertahanan maritim.
“Ini memberi kita peluang untuk saling bertukar pandangan dan fikiran serta melihat teknologi syarikat pertahanan dari seluruh dunia.
“Ia juga memberi kita kesempatan untuk mempamerkan segala inisiatif dan teknologi baharu oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi DSA 2018 nanti,” katanya kepada pemberita selepas majlis ‘Fair Winds and Following Seas’ di KD Sri Gombak, di Jalan Padang Tembak di sini hari ini.
Kira-kira 1,500 syarikat berkaitan pertahanan dari 60 negara dijangka menyertai pameran pertahanan itu.
DSA edisi ke-16 itu menyasarkan kehadiran sehingga 40,000 pelawat termasuk 300 delegasi peringkat tinggi dari luar negara.
KD Hang Tuah (76) akan dijadikan muzium terapung dan diganti dengan kapal latihan baru Tunas dan Gagah samudera |
Menurutnya, TLDM tidak akan lucutkan pentauliahan KD Hang Tuah meskipun ia berusia lebih 50 tahun namun sebaliknya ia akan dijadikan sebagai sebuah muzium terapung di Lumut, Perak.
“Ia (muzium terapung) akan dibina bersebelahan Muzium TLDM yang turut dicadangkan di Lumut. Kita berharap kerajaan Perak dapat memperuntukkan sebidang tanah untuk pembinaan Muzium TLDM yang akan memakan masa selama dua tahun,” katanya.
Terdahulu, majlis itu meraikan 103 pesara TLDM di ibu negara yang telah menyumbang bakti sepanjang berkhidmat.
Sumber : Bernama
No comments:
Post a Comment