SPH M109 A5 Tentera Brazil |
Duta Besar AS ke Malaysia Kamala Lakhdir akan mewakili AS untuk program Excess Defense Articles (EDA). Deftech, syarikat yang mungkin diberikan kontrak sokongan, akan bekerjasama dengan Loring Industries untuk membaik pulih SPH. SPH yang ditempah oleh Malaysia telah disimpan di kemudahan besar syarikat itu di Maine.
Skop kerja-kerja pengubahsuaian belum dimuktamadkan tetapi laras meriam SPH 155mm yang diguna pakai semasa dalam perkhidmatan dengan Tentera AS akan diganti dengan yang baru.
Sebagai rakan kongsi dengan Deftech, empat juruteknik Deftech akan menjadi sebahagian daripada pasukan Loring Industries yang bekerja di kemudahan Loring di Maine.
Kerja pengubahsuaian SPH M109 Malaysia dijangka selesai dalam tempoh empat tahun kontrak kerana kerja-kerja membaikpulih M109A5 akan menjadi lebih ekstensif dan sebahagian besar komponen, termasuk laras howitzer perlu diganti.
Menurut Tim McCabe, Ketua Pembangunan Perniagaan Loring Industries, 19 M109A5s akan dikembalikan Malaysia dan ditauliahkan dalam perkhidmatan dan baki 10 lagi akan digunakan sebagai bahagian alat ganti (spare parts).
Syarikat itu mengatakan ia telah memperbaharui lebih daripada 500 M109A5 Howitzers untuk pelanggan FMS ( Foreign Military Sales) dari seluruh dunia.
sumber : Malaysian Defense & Monch Publishing Group
No comments:
Post a Comment