Pesawat Hawk dengan Camo baru |
Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, berkata ia memandangkan penggunaan pesawat itu masih relevan ketika menjaga keselamatan dan kedaulatan ruang udara negara.
Katanya, biarpun pesawat itu sudah berusia 25 tahun, namun ia masih mempunyai keupayaan walaupun bakal berdepan dengan beberapa isu tertentu.
“Bagaimanapun, kita akan sentiasa melakukan penambahbaikan daripada segi teknologi dan sistem terbaharu supaya Hawk dapat terus digunakan.
“Pesawat Hawk banyak menabur bakti sepanjang perkhidmatannya dan hingga sekarang masih membuat penerbangan operasi di Laut China Selatan dan Pantai Timur Sabah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Jubli Perak Pesawat Hawk di Pangkalan Udara TUDM Butterworth di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau tiba di pangkalan udara di sini, dengan menaiki Pesawat Hawk dipandu Pegawai Memerintah No 6 Skuadron, Leftenan Kolonel Mohammad Syagol Abd Hamid, pada jam 11 pagi tadi.
Ditanya mengenai penambahan aset TUDM, Affendi berkata, ia adalah satu keperluan namun bergantung kepada kaji selidik dan peruntukan daripada kerajaan.
Hawk 208 dengan Camo lama |
Perkhidmatan Pesawat Hawk TUDM bermula pada 15 April 1994, selepas menerima dua pesawat pertama melalui Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan United Kingdom yang dimeterai pada 10 Disember 1990.
Ketika itu, kerajaan bersetuju untuk mendapatkan perkhidmatan 10 Hawk 108 dan 18 Hawk 208 dengan pesawat itu diterima secara berperingkat, membabitkan dua pesawat setiap bulan sehingga mencapai keseluruhan 28 pesawat.
Sehingga kini, terdapat 19 pesawat Hawk yang masih beroperasi di bawah tiga skuadron iaitu No 6 Skuadron, No 9 Skuadron dan No 15 Skuadron.
"Antara operasi terbesar yang membabitkan pesawat itu adalah Ops Daulat pada Mac 2013, membabitkan lima pesawat Hawk yang ditugaskan bagi melancarkan serangan udara ke kawasan persembunyian pengganas di Lahad Datu, Sabah. "
“No 6 Skuadron juga dipindahkan ke Pangkalan Udara Labuan dari Pangkalan Udara Kuantan, setelah tamatnya Op Daulat. Pemindahan ini bagi memperkukuhkan pertahanan negara di Sabah dan Sarawak.”
Di samping itu, pesawat berkenaan juga digunakan sebagai pesawat latihan lanjutan bagi kursus peralihan pesawat pejuang untuk juruterbang muda yang dioperasikan oleh No 15 Skuadron.
1 comment:
ada 8 permainan poker menarik di AJOQQ :D
ayo segera bergabung dan dapatkan bonusnya :D
WA : +855969190856
Post a Comment