Tuesday, March 5, 2019

SINGAPURA RANCANG BELI 4 JET PEJUANG F-35

Pesawat tempur halimunan F-35 butan Amerika Syarikat
SINGAPURA akan membeli empat jet pejuang JSF F-35 sebagai permulaan dengan pilihan membeli lapan lagi, sebagai sebahagian usaha membangunkan generasi Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) seterusnya, kata Menteri Pertahanan Ng Eng Hen hari ini (1 Mac).

Memberitahu demikian semasa perbahasan belanjawan kementeriannya, Dr Ng berkata Kementerian Pertahanan (Mindef) akan mengeluarkan surat permohonan (LOR) kepada Amerika Syarikat bagi pemerolehan awal empat F-35, dengan pilihan lapan lagi jika Singapura memutuskan untuk meneruskan pembelian tersebut.

Seperti yang dikehendaki undang-undang Amerika Syarikat bagi penjualan kepada tentera asing, Kongres Amerika perlu mengesahkan penjualan F-35, kata Dr Ng sambil menambah bahawa Singapura mempunyai sokongan kedua-dua Jabatan Pertahanan dan Pentadbiran Amerika bagi pembelian yang diusulnya.

Beliau menukil bagaimana Presiden Amerika Donald Trump menulis kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong bulan lalu mengalu-alukan rancangan Singapura untuk membeli F-35 itu.

Harga seunit bagi F-35 antara AS$90 juta (RM366 juta) hingga AS$115 juta (RM 468 juta). Ia setara dengan apa yang dibayar Singapura bagi F-15SG.

Pada Januari, MINDEF menyatakan ia mengenal pasti F-35 sebagai pengganti paling sesuai bagi pesawat-pesawat lama F-16, susulan satu penilaian teknikal yang dilakukan selama lebih lima tahun

F-35JSF dan jet pejuang F-15SG yang dipertingkat akan membentuk barisan jet pejuang Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) selepas 2030, kata Dr Ng.

sumber : Beritaharian.sg

1 comment:

monyet said...

AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)