Tuesday, April 23, 2019

INDONESIA LANCAR KAPAL SELAM PERTAMA DIPASANG DALAM NEGARA

Pelancaran kapal selam ketiga dari Kelas Nagapasa oleh PT-PAL
Syarikat Pembinaan Kapal Indonesia PT PAL telah melancarkan kapal selam diesel-elektrik ketiga negara itu, Nagapasa (Type 209/1400) (SSK).

Kapal selam yang akan dikenali sebagai KRI Alugoro (405) setelah ditauliahkan, dilancarkan pada 11 April di Dermaga PT-PAL Semarang, Surabaya Indonesia.

Sementara dari keseluruhan ketiga kapal selam kelas Nagapasa, KRI Alugoro adalah kapal selam pertama yang akan dipasang di Indonesia.

Pemasangannya dilakukan dengan kerjasama para jurutera dari Korea Shipbuilder Daewoo Shipbuilding and Marine Engineering (DSME) sebagai sebahagian daripada program pemindahan teknologi.

Alugoro adalah sebahagian daripada kontrak KRW1.3 trilion (USD1.2 bilion) yang ditandatangani antara DSME dan Kementerian Pertahanan Indonesia pada bulan Disember 2011 untuk tiga SSK.

Kapal selam ini dihasilkan dari reka bentuk kapal selam kelas Chang Bogo dari Angkatan Laut Republik Korea (RoKN).

keratan rentas KRI Nagapasa (403)

KRI Nagapasa (403) yang pertama dalam kelas ini ditailiahkan pada Ogos 2017, manakala kapal kedua, KRI Ardadedali (404), diserahkan kepada Angkatan Laut Indonesia (Tentara Nasional Indonesia - Angkatan Laut: TNI-AL) pada tahun 2018.

Kelas Nagapasa mempunyai panjang keseluruhan 61.2 m, keseluruhan rasuk 6.25 m, dan draf hull 5.5 m. Ia dikuasakan oleh empat penjana diesel MTU 12V 493 , dan mempunyai kelajuan maksima ialah 21.5 knot ketika menyelam, dan 11 knot apabila dipermukaan.

Memiliki berat 1460 tan ketika berada dipermukaan dan berat bertambah ke 1596 tan ketika menyelam.

Kapal ini boleh berlayar selama lebih dari 50 hari dan boleh membawa 40 anggota kru serta pasukan elit Indonesia untuk menyokong fungsi operasinya.

Sistem persenjataan ia dilengkapi dengan torpedo generasi baru Black Shark buatan Whitehead Alenia Sistemi Subacquei (WASS) dari Itali dan mampu menjangkau sasaran hingga 50km

Torpedo Black Shark Dari WASS Itali

sumber : Janes.com

3 comments:

MOCH. ARUNG SAMUDRA said...

Great Indonesia

Unknown said...

Nanti beli kapal selam dari indonesia yah

Unknown said...

JUDI ITU HARAM!!!