Wednesday, April 24, 2019

TLDM PERLUKAN KAPAL HIDROGRAFI BARU

Kapal Hidrografi TLDM KD Perantau. 
PELABUHAN KLANG 12 April - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memerlukan kapal hidrografi baharu yang serba moden bagi tujuan pemetaan data perairan negara.

Ini kerana, ketika ini, TLDM hanya mempunyai sebuah sahaja kapal hidrografi iaitu KD Perantau yang sudah berusia 20 tahun, selepas KD Mutiara ditamatkan perkhidmatan.

Kekurangan tersebut menyebabkan buat masa ini TLDM terpaksa bergantung kepada khidmat kapal hidrografi milik swasta yang diperoleh secara kontrak sewaan bagi melaksanakan tugas itu.

Pengarah Kanan Hidrografi, Laksamana Pertama Dr. Najhan Md. Said berkata, jika hanya bergantung kepada KD Perantau, ia memakan masa 55 tahun untuk melengkapkan pemetaan perairan negara.

“Ketika ini memang kita melaksanakan operasi menggunakan KD Perantau dan dibantu kapal pihak swasta yang dibuat secara kontrak sewaan kerana faktor kekangan kewangan kerajaan.

“Namun untuk jangka masa panjang, TLDM memerlukan kapal hidrografi moden yang canggih kerana keluasan perairan kita adalah dua kali ganda daripada keluasan daratan.

“Bagaimanapun, kita memahami kekangan kerajaan dan buat masa ini kita akan melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan konsep sewaan itu,” katanya kepada pemberita. -

Sumber : utusan online

2 comments:

miao sai said...


agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
WA : +85587781483

Unknown said...

JUDI ITU HARAM...!!!