Thursday, July 11, 2019

KAPAL SELAM JEPUN - KELAS SORYU


Kelas Soryu adalah kelas baru bagi kapal selam serangan Jepun berkuasa diesel-elektrik . Ianya dibangunkan  dari reka bentuk kapal selam sebelum ini iaitu kelas Oyashio.

Kapal pertama, yang dinamakan sempena kapal pengangkut pesawat angkatan laut Jepun, Soryu, telah ditugaskan pada tahun 2009. Nama Soryu bermaksud Blue Dragon.

Semua kapal selam lain dalam kelas ini juga dinamakan sempena makhluk mitologi Jepun. Angkatan Pertahanan Diri Maritim Jepun (JMSDF) merancang untuk mengendalikan sekurang-kurangnya 14 kapal selam serangan diesel-elektrik ini.

Kapal kelas Soryu jauh lebih besar daripada Oyashio. Selanjutnya, kapal selam ini mempunyai anjakan yang lebih besar daripada kapal selam Jepun sebelum Perang Dunia II.

Ia boleh dibezakan dari kelas Oyashio dengan kemudi berbentuk X. Konfigurasi kemudi itu mula-diguna pakai pada kelas Gotland Sweden. Ia dibantu dengan komputer dan menyediakan kapal selam dengan kemampuan gerakan yang ekstream. Ia juga membolehkan kapal selam beroperasi dengan menyelam menghampiri dasar laut.

keratan rentas Soryu dengan sistem yan dimilikinya
Merupakan kapal selam pertama Jepun menggunakan sistem AIP (Air-independent propulsion). Kapal selam di dalam kelas ini dilengkapi dengan enjin Kockums Naval Solutions Stirling yang dibina oleh Kawasaki Heavy Industries, membolehkan mereka terus beroperasi didalam laut untuk tempoh masa yang lebih lama.

Kelas Soryu mempunyai reka bentuk hidrodinamik dan dilengkapi dengan lapisan anechoic. Bahagian Interiornya juga mempunyai pengasingan bagi bunyi komponen yang kuat.

Di lengkapi dengan enam tiub torpedo 533 mm untuk torpedo Type 89 dan peluru berpandu anti-kapal Sub-Harpoon UGM-84. Kapal ini mempunyai automasi canggih dalam sistem tempurnya.

Torpedo Type 89 sedang dipasang pada Kapal Selam Soryu
Soryu juga dilengkapi dengan sistem decoy ADCs (Acoustic Device Countermeasures) merupakan peranti elektrik atau elektronik yang direka untuk menipu sistem radar, sonar atau pengesanan lain, seperti inframerah (IR) atau laser. Ia juga berkesan digunakan untuk mengelirukan peluru berpandu kapal selam musuh dari menghentam sasaran yang sebenar.

Berat kapal selam ini semasa dipermukaan dianggarkan 2900 tan dengan kelajuan pelayaran 13 knot (24 km/jam). Manakala beratnya ketika menyelam boleh mencapai 4200 tan dengan kelajuan 20 knot (37 km/jam).

Dioperasikan oleh seramai 65 anak kapal (9 pegawai dan 56 lain-lain pangkat). Jarak pengoperasian dengan menggunakan sistem AIP mampu menjangkau 6100 batu nautika (11297.2 km) pada kelajuan 6.5 knot (12 km/jam).

sumber: Military.today & Wikipedia


No comments: