Tuesday, July 16, 2019

"NINE DASH LINE" TUNTUTAN CHINA DI LAUT CHINA SELATAN

Garisan merah merupakan garisan tuntutan Nine Dash Line dari China
"NINE DASH LINE" adalah garis penandaan digunakan oleh Republik China (1917 - 1949) dan kemudiannya dituntut oleh Republik China (Taiwan) dan Republik Rakyat China (PRC) melibatkan sebahagian besar Laut China Selatan melibatkan Paracel Islands, Spratly Islands, Pratas Islands, Macclesfield Bank dan Scarborough Shoal.

Ia bermula pada 1887 apabila Dinasti Qin menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Perancis selepas Perang Sino-Perancis 1885. Ia menyatakan Kerajaan Dinasti Qin China menyatakan walaupun Vietnam menjadi milik Perancis, kawasan perairan sekitarnya masih milik China. Namun ia tidak disahkan dalam perjanjian berkenaan.

Pada 1946, Republik China menuntut kembali perairan Laut China Selatan selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Namun menerusi Deklarasi Kaherah dan Potsdam, tiada pernyataan dikeluarkan. Akibat dari tindakan tiada pernyataan, Tentera Laut Republik China menghantar Kapal ke kawasan berkenaan sebagai usaha menuntut.

Pada 1947, Republik China mengeluarkan satu carta peta dinamakan "Pulau-Pulau China di Laut China Selatan" yang merujuk pada "Nine Dash Line".

Pada 1951, Jepun menandatangani perjanjian damai di San Francisco, Amerika Syarikat sekaligus Laut China Selatan terbuka untuk dimiliki. China, Taiwan, Vietnam dan Filipina mengambil langkah awal menuntut beberapa pulau di Laut China Selatan.

Pada 2009, China telah menghantar peta "Nine Dash Line pada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menuntut Laut China Selatan adalah milik mereka. Ia diprotes oleh negara-negara di sekeliling Laut China Selatan antaranya Vietnam, Filipina, Brunei, Malaysia dan Indonesia.

Kelemahan United Nations Convention of the Laws of the Sea atau UNCLOS menjadi punca apa yang berlaku sekarang. Kebanyakan negara ASEAN telah melakukan perjanjian sesama negara ASEAN mengenai sempadan dan had garisan antara dua negara tanpa pengesahan antarabangsa.

Republik Rakyat China pula bertegas berdasarkan sejarah mereka berhak keatas Laut China Selatan. Ia dapat dilihat kehadiran Kapal Pengawal Pantai dan Tentera Laut serta aset udara dikawasan tertentu.

Ia sebenarnya kelihatan "tiada kesalahan" berdasarkan undang-undang Antarabangsa. Namun ia adalah satu provokasi nyata dari Republik Rakyat China bahawa mereka adalah penguasa dan pemilik Laut China Selatan.

Selain itu, Laut China Selatan turut memiliki medan simpanan Petroleum dan Gas Asli yang besar dengan jangkaan menpunyai 17.7 Billion tan yang mana mampu menghasilkan 11 billion tong barrel Petroleum dan kira 500 trillion kaki padu untuk gas asli.

Selain itu, laluan perdagangan yang lalu di Laut China Selatan dikatakan mencecah USD 3.37 Trillion setahun. Ia penting buat China untuk eksport dan import industri negara berkenaan.

Terumbu atau pulau Layang-layang
Terumbu Mantanani
Terumbu Ubi
Malaysia telah menuntut perairan di Spratly Island berdasarkan undang-undang UNCLOS yang dikeluarkan pada 1982 iaitu 200 batu nautika Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) boleh dituntut dan dibawah kawalan negara-negara maritim.

1983, Malaysia menempatkan tentera di Swallow Reef atau Terumbu Layang-Layang. Selain itu, Ardasier Reef atau Terumbu Ubi dan Mariveles Reef atau Terumbu Mantanani turut ditempatkan tentera.

Namun, penempatan tentera di kawasan berkenaan tidak mendatangkan kebaikan buat Malaysia apabila kerajaan Malaysia seperti "Menghalalkan" Republik Rakyat China hadir di Kawasan "Tuntutan" Perairan Malaysia.

Dengan alasan China kini kuasa besar perdagangan dunia serta sebagai rakan diplomatik ia dapat diselesaikan secara diplomasi. Ia dapat dilihat pada IISS Shangri-La Dialogue, Malaysia mengambil keputusan diplomasi berbanding negara lain seperti Vietnam dan Filipina memilih untuk menentang tindakan China.

Vietnam dan Filipina telah memperkuatkan Tentera Laut dan Pengawal Pantai dengan mendapatkan bekas Kapal Peronda Pengawal Pantai Amerika, Cutter Kelas Hamilton dan Korvet Kelas Pohang dari Korea Selatan.

Manakala China memiliki Kapal Peronda Pengawal Pantai yang besar iaitu CCG Cutter 3901 yang mempunyai berat 12,000 tan hampir menyamai saiz Kapal Pembinasa Tentera Laut.

Kapal Coast Guard China terbesar 
Apakah Malaysia masih mahu menerus dengan "Diplomasi" tatkala Republik Rakyat China berterusan menekan negara-negara dikeliling Laut China Selatan agar mengiktiraf mereka sebagai "Tuan Tanah".

Selain itu, kuasa besar lain turut mula campur tangan apabila Australia, Kanada, Amerika Syarikat, Jepun, Russia dan United Kingdom menghantar aset armada Tentera Laut dan Tentera Udara mereka ke Laut China Selatan

"We Can't Fight Them" Their ship are very big
"Elephant fight Elephant grass suffer in the middle"
"We got software and hardware"

sumber -Malaysia Defence Review


2 comments:

Yaudah said...


ada 8 permainan poker menarik di AJOQQ :D
ayo segera bergabung dan dapatkan bonusnya :D
WA : +855969190856

shofi said...

uish bukan main