Wednesday, July 24, 2019

PERUNTUKAN RM 440 JUTA UNTUK PEROLEHAN HELIKOPTER, BOT BAHARU TLDM

Multirole helikopter Agusta westland AW139 sesuai usebagai helikopter utiliti
KUALA LUMPUR, 23 Jul – Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sani menyatakan Tentera Laut Diraja Malaysia dalam proses perolehan  helikopter utiliti dan bot baharu.

Beliau menyatakan perkara tersebut semasa Perjumpaan Panglima Tentera laut Bersama Media Sempena Penembakan Peluru Berpandu Exocet dan Sea Skua di Kementerian Pertahanan, hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 3 buah helikopter operasi maritim akan dibeli dengan peruntukan sebanyak RM 220 juta .

Helikopter yang bakal diperoleh lebih tertumpu kepada helikopter utiliti yang bertujuan untuk melaksanakan tugas-tugas logistik seperti melakukan operasi ulang bekal serta mengangkut anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL),” jelas Panglima Tentera Laut.

Sementara itu, jumlah yang sama diperuntukan untuk perolehan bot pemintas (Fast Interceptor Craft).  Perolehan FIC bertujuan untuk memperkukuhkan operasi TLDM menjaga perairan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah.

FIC (Fast Interceptor Craft) Penggalang
FIC mampu untuk melakukan pelayaran di kawasan perairan yang cetek dan sukar dimasuki oleh bot-bot biasa.

“Pada ketika ini, kita berhasrat untuk memperoleh sebanyak 18 buah bot pemintas,

“Selain mempunyai kelajuan, FIC mempunyai daya tahan yang tinggi untuk memintas sebarang bot-bot yang menceroboh di perairan tersebut,” ujar Reza.

Difahamkan kesemua perolehan tersebut dilakukan dengan cara tender terbuka.

Menyentuh tempoh perolehan, beliau memaklumkan kesemua kontrak perolehan akan ditandatangani dalam masa terdekat selewat-lewatnya pada tahun ini.

Tinjauan di laman eTender Kementerian Pertahanan mendapati iklan tender perolehan helikopter operasi maritim dan FIC telah disiarkan pada 19 Julai 2019.

sumber : airtimes.my



1 comment:

Yaudah said...

main poker dengan banyak penghasilan
ayo segera hubungi kami
WA : +855969190856