Saturday, July 13, 2019

LMS 112 "SUNDANG" DILANCARKAN

LMS kedua telah siap dibina dan dinamakan Sundang
Secara Rasmi Kapal Littoral Mission Ship (LMS) Kedua dirasmikan dan dinamakan "Sundang" yang merupakan simbol persenjataan tradisional Melayu.

Ia dilancarkan di Wuchang Shipbuilding, Shingliau, China hari ini oleh Isteri Panglima Angkatan Tentera yang bergelar "Lady Sponsor" iaitu perhormatan pada isteri kenamaan merasmikan kapal Tentera Laut.

LMS Kedua Sundang dijangka akan diserahkan pada April 2020 selepas selesai ujian perlayaran dan intergrasi sistem.

Manakala LMS Pertama Keris yang dirasmikan pada April 2019 oleh Isteri Menteri Pertahanan bakal menyertai armada TLDM menjelang Disember 2019.

4 buah LMS dirancang dan dibina untuk memgfokuskan rondaan, penguatkuasaan serta bantuan kemanusian, kecemasan dan bencana atau HADR untuk Armada Timur TLDM terutama di Timur Sabah.

Menerusi program 15 to 5 TLDM, 18 buah LMS dirancang untuk diperolehi untuk mengantikan Korvet Kelas Laksamana, Kapal Serang Laju (FAC), Kapal Ronda (PC), Penyapu Ranjau (MCMV) Kelas Mahamiru serta Hidrografi.

Untuk masa akan datang dijangka kapal LMS bakal dilengkapi meriam 57mm/76mm, misil anti kapal, meriam automatik CIWS, misil pertahanan udara VSHORAD, sonar, torpedo serta dek pendaratan helikopter.

Sumber TLDM


1 comment:

Yaudah said...


poker online dengan pelayanan CS yang baik dan ramah hanya di AJOQQ :D
ayo di kunjungi agen AJOQQ :D