Sunday, June 6, 2021

PENCEROBOHAN CHINA VS NOTA BANTAHAN MALAYSIA DAN PENAFIAN CHINA

Peta yang menunjukkan laluan 16 pesawat China yang menceroboh ruang udara Malaysia

Awal Jun baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pencerobohan ” 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China/ People’s Liberation Army- Air Force (PLAAF) memasuki ruang udara ZMM, Kota Kinabalu Flight Information Region (FIR) dan menghampiri ruang udara nasional. 

Penerbangan pesawat-pesawat PLAAF tersebut telah dikesan oleh Radar Pertahanan Udara TUDM daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada jam 11.53 pagi.

“Pesawat-pesawat tersebut telah dikesan terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika di antara satu sama lain. Formasi panjang tersebut juga telah terbang dengan paten dan haluan yang sama menggunakan satu titik laluan masuk dan keluar."

Menurut TUDM, pesawat- pesawat itu kemudian terbang kearah ruang udara Beting Patinggi Ali yang berkepentingan kepada negara. 

Pihak TUDM telah melancarkan beberapa pesawat hawk 208 untuk melaksanakan pemintasan dalam Operasi Curiga TUDM. 

Hasil dari pemintasan tersebut didapati ia merupakan pesawat pengangkut taktikal jenis Ilyushin IL-76 dan Xian Y20.

pesawat china yang dipintas oleh Hawk TUDM

Ekoran dari peristiwa ini seperti biasa Kementerian Luar atau Wisma Putra akan memanggil Duta China dan mengeluarkan Nota Diplomatik sebagai menyatakan bantahan terhadap tindakan pencerobohan oleh pesawat-pesawat tentera udaranya terhadap Zon Maritim Malaysia (ZMM). 

Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam kenyataannya, bahawa ia akan memanggil Duta China ke Malaysia untuk menjelaskan pencerobohan terhadap ruang udara dan kedaulatan negara ini oleh 16 buah pesawat tentera udaranya.

Adakah Hishammudin berani bertegas dengan "Big Brother" mengenai isu ini..wallahua'lam.

Di sebalik bantahan yang dihantar oleh Malaysia mengenai peristiwa tersebut, China seperti biasa akan menafikannya

China dengan segala mekanisme perhubungan awamnya masih cuba menafikan fakta yang dikemukakan oleh kerajaan Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berhubung insiden pencerobohan 16 buah pesawat pengangkut, Ilyushin Il-76 dan Xian Y-20 tentera udara China terhadap Zon Maritim Malaysia (ZMM) .

Beijing gunakan akhbar-akhbar seperti Global Times dan The South China Morning Post serta medium lain untuk menafikan tindakkannya itu.

Malaysia merupakan negara di Asia Tenggara yang paling awal menjalinkan hubungan Diplomatik dengan China iaitu era PM Tun Abdul Razak dan merupakan negara yang paling baik hubungannya dengan China.

Namun sikap China yang suka menceroboh ruang udara dan juga lautan negara, seolah-olah dilihat mengambil kesempatan diatas sikap baik Malaysia. Big Brother tengah dok buli little brother.

Di harapkan Pihak Wisma putra patut mengkaji semula dasar hubungan luar kita dengan China dalam memasti perkara pencerobohan yang serius ini tidak berulang lagi.

sumber : Defence Security Asia



No comments: