Pesawat Aermacchi M346 buatan Leonardo Aerospace |
Tanggal 22 Jun bermulalah “perlumbaan” yang dijangkakan amat sengit untuk membekalkan pesawat “Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft” (FLIT-LCA) kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Ini kerana, Kementerian Pertahanan telah membuka tender antarabangsa untuk membekalkan 18 buah pesawat tersebut pada hari itu.
Tender antarabangsa bagi 18 buah pesawat FLIT-LCA untuk TUDM akan berlangsung sehingga 22 September apabila ia ditutup.
Selepas 22 September itu, Kementerian Pertahanan akan menjalankan evaluation terhadap mana-mana pesawat yang difikirkan mereka bersesuaian untuk memenangi tender terbabit.
18 buah ini adalah Batch Pertama, manakala 18 buah lagi akan diperolehi pada RMK-13, menjadikan kesemuanya 36 buah (jika mengikut perancangan dan jika tidak dihijack oleh keperluan lain).
Pesawat FA-50 buatan Korean Aerospace Industries |
Apa yang di harapkan adalah, pemilihan pesawat adalah berdasarkan kepada faktor-faktor kemampuan kombatnya serta perkara-perkara yang berkaitan.
Makluman tentang tender yang dijangka menelan belanja berbilion ringgit itu boleh didapati di laman web Kementerian Pertahanan.
Tender terbabit itu juga meliputi pelbagai peralatan lain berkenaan pesawat-pesawat FLIT itu, tetapi ia tidak dijelaskan dengan lanjut.
Sebagaimana yang kita tahu, tender ini amat dinanti-nantikan oleh syarikat-syarikat pembuat pesawat kombat jenis itu kerana dalam keadaan dunia sedang dilanda pendemik COVID-19 yang mencengkam ekonomi, kebanyakkan negara telah bertindak untuk mengurangkan belanjawan pertahanan.
Pengurangan belanjawan pertahanan ini telah menyebabkan kesukaran kepada syarikat-syarikat pembuat pesawat pejuang.
Tender untuk 18 buah pesawat FLIT-LCA bagi TUDM itu adalah untuk menggantikan pesawat-pesawat FLIT/LCA yang sedang digunakan pada ketika ini iaitu Aermacchi MB-339CM serta pesawat satu tempat duduk Hawk 108 dan pesawat dua tempat duduk Hawk 208.
Boeing T7 Red Hawk |
Antara syarikat-syarikat yang dijangka menyertai “perlumbaan” untuk memenangi tender itu adalah seperti berikut:
1. Aero Vodochody L-39NG 2. Boeing T-7 Red Hawk 3. CATIC L-15B 4. HAL Tejas LCA 5. Irkut YAK-130 6. KAI T/FA-50 7. Leonardo M-346/FA 8. PAC JF-17
Walaupun beberapa pesawat disenaraikan, tetapi di percayai bahawa akan ada hanya beberapa yang betul-betul berpeluang untuk dipilih oleh Kementerian Pertahanan.
Frontrunner adalah Korea Aerospace Industries (KAI) dengan pesawat FA-50 mereka diikuti oleh Leonardo M-346 dan diikuti oleh HAL Tejas serta JF-17 yang merupakan pesawat usahasama dibangunkan oleh Pakistan dan China.
Walaupun pesawat YAK-130 telah dipilih oleh beberapa negara jiran (Myanmar, Bangladesh, Laos dan Vietnam) tetapi faktor kemungkinan dikenakan CAATSA oleh Amerika Syarikat jika kita membelinya amat “menakutkan” pembuat-pembuat dasar kita.
Jadi kita boleh tolak ke tepi la YAK-130 Mitten tu.
Nampaknya, persaingan adalah di antara FA-50 dan Leonardo, manakala Tejas dan JF-17 berada di tempat ketiga dan keempat.
sumber : Defense Security Asia
No comments:
Post a Comment