Monday, April 16, 2018

DSA 2018 - PANGLIMA DAN WAKIL TENTERA LAUT SAHKAN KEHADIRAN.

Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Ahmad badaruddin
KUALA LUMPUR - Seramai 23 panglima dan wakil dari tentera laut yang mewakili negara masing-masing telah mengesahkan kehadiran ke Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2018 yang dijadual bermula 16 sehingga 19 April ini di MiTEC

Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, kehadiran mereka juga antara lain bagi mengeratkan hubungan antara negara terlibat.

Beliau berkata DSA 2018 adalah gabungan agensi keselamatan termasuk Tentera Darat, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2018 yang mengetengahkan pameran berkaitan sektor pertahanan maritim.

“Ini memberi kita peluang untuk saling bertukar pandangan dan fikiran serta melihat teknologi syarikat pertahanan dari seluruh dunia.

 “Ia juga memberi kita kesempatan untuk mempamerkan segala inisiatif dan teknologi baharu oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi DSA 2018 nanti,” katanya kepada pemberita selepas majlis ‘Fair Winds and Following Seas’ di KD Sri Gombak, di Jalan Padang Tembak di sini hari ini.

Kira-kira 1,500 syarikat berkaitan pertahanan dari 60 negara dijangka menyertai pameran pertahanan itu.

DSA edisi ke-16 itu menyasarkan kehadiran sehingga 40,000 pelawat termasuk 300 delegasi peringkat tinggi dari luar negara.

KD Hang Tuah (76) akan dijadikan muzium terapung dan diganti dengan kapal latihan baru Tunas dan Gagah samudera
Sementara itu, Ahmad Kamarulzaman berkata Kapal Diraja (KD) Hang Tuah merupakan antara kapal latihan TLDM yang akan dijadikan muzium terapung sebaik Kapal Latihan Gagah Samudera (KLGS) dan Teguh Samudera (KLTS) ditauliahkan.

Menurutnya, TLDM tidak akan lucutkan pentauliahan KD Hang Tuah meskipun ia berusia lebih 50 tahun namun sebaliknya ia akan dijadikan sebagai sebuah muzium terapung di Lumut, Perak.

“Ia (muzium terapung) akan dibina bersebelahan Muzium TLDM yang turut dicadangkan di Lumut. Kita berharap kerajaan Perak dapat memperuntukkan sebidang tanah  untuk pembinaan Muzium TLDM yang akan memakan masa selama dua tahun,” katanya.

Terdahulu, majlis itu meraikan 103 pesara TLDM di ibu negara yang telah menyumbang bakti sepanjang berkhidmat.

Sumber : Bernama




Monday, April 9, 2018

MBT ALTAY TARGET PASARAN ASIA TENGAH, ASIA DAN EROPAH BARAT

kereta kebal Altay komponen buatan tempatan kecuali bahagian Enjinnya

Menteri Pertahanan Nasional, Nurettin Canikli, berkata Altay, yang kini sedang dalam pembangunan, menarik perhatian ramai dari pembeli antarabangsa, terutamanya dari Timur Tengah, Asia dan Eropah Barat.  

Bercakap kepada sekumpulan wartawan, Menteri Canikli berkata eksport pertahanan Turki menyaksikan pertumbuhan stabil pada 2017, mencapai USD $ 1.74 bilion. 

Beliau juga mengesahkan menerima beberapa tawaran untuk menghasilkan Altay dan menyatakan bahawa mereka sedang dinilai. Canikli berkata bahawa kerajaan melihat kriteria yang berbeza sebelum menyerahkan projek itu kepada pembida terbaik. Ianya tidak tertumpu pada mana-mana individu atau kumpulan tertentu dan sedang dilaksanakan secara terbuka. 

Laporan terdahulu mencadangkan tiga firma, Otokar, Sistem Pertahanan FNSS, dan Industri Automotif BMC and Trade Inc., telah mengemukakan cadangan mereka untuk menjad pengeluar massa Altay. 

Menteri itu berkata Altay akan benar-benar asli, dengan pengeluaran besar-besaran kemungkinan akan bermula pada akhir 2019 atau awal 2020. Dia menambah bahawa Turki terbuka untuk mengeksport pelbagai jenis senjata yang dibangunkan di negara ini. 

"Kami melakukan kajian pasaran di negara-negara yang berbeza. Terdapat permintaan yang serius untuk howitzer kami sendiri, Fırtına (Ribut), Altay MBT dan beberapa sistem senjata lain," katanya

Canikli memberitahu bahawa kementerian telah mengadakan kajian berasingan untuk enjin Altay, kontrak yang akan diberikan dalam bidaan berasingan.

"Produk itu, bagaimanapun, akan menjadi satu bahagian enjin. Satu-satunya masalah dalam membuat Altay tidak sepenuhnya asli, tidak ada masalah dengan komponen lain," katanya.

Undersecretariat untuk Pertahanan Industri (SSM) sebelum ini mengumumkan bahawa lima syarikat, termasuk BMC,  Figes Physics and Geometri Perkhidmatan Simulasi Komputer Perdagangan, Istanbul Maritime Shipbuilding Industry and Trade Inc., Turkish Aerospace Industries (TAI) Engine Industry Inc. dan TÜMOSAN Engine and Tractor Industry Inc., membuat tawaran untuk Projek Pembangunan Enjin Kereta kebal Altay.

Turki kelihatan memuktamadkan kontrak untuk membina 500 unit (250 pilihan) dalam tempoh maksimum tiga bulan.


Altay adalah MBT generasi ketiga dan program pengembangan mbt asli buatan Turki yang pertama. Kereta kebal ini dinamakan bersempena nama General Fahrettin Altay, yang memerintahkan Kor Cavalry ke-5 semasa Perang Kemerdekaan Turki.


 Sumber : Daily Sabah
  

Thursday, March 29, 2018

EKSESAIS PERANG TIOMAN UJI TAHAP KESIAGAAN TLDM

Eksesais Perang Tioman siri kedua tahun 2018 : foto Air Times
Tioman, 23 Mac – Eksesais Perang Tioman yang diadakan di perairan Laut China Selatan selama dua hari bermula semalam berjaya menguji kemampuan dan tahap kesiapsiagaan armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Eksesais yang diketuai sendiri oleh Panglima Markas Wilayah Laut Timur 1 (MAWILLA 1) Laksamana Muda Datuk Mohamad Adib Abdul Samad itu melibatkan tiga aset di permukaan TLDM iaitu KD Terengganu, KD Laksamana Hang Nadim dan KD Ganyang dengan kekuatan lebih 200 anggota dan pegawai.

Laksamana Muda Mohamad Adib berkata latihan seperti itu perlu diadakan dari semasa ke semasa untuk menguji kecekapan anggota-anggota TLDM baik segi ilmu di laut dan juga dari segi ilmu peperangan maritim.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penutup Eksesais Perang Tioman siri kedua tahun 2018.

Menurutnya untuk operasi menyelamat, kapal TLDM yang dipanggil kapal petugas tempatan sentiasa bersedia 24 jam di pangkalan untuk melaksanakannya sebaik mendapat permohonan mahupun maklumat daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Dalam masa yang sama latihan perang selama dua hari itu turut diisi dengan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di Pulau Pemanggil dan Pulau Aur.

Menerusi program capaian itu, TLDM turut memperkenalkan Program Rakan Maritim (Rakam) dan aplikasi K3M (kesedaran, keselamatan, komuniti maritim) kepada penduduk di kedua-dua buah pulau itu dalam usaha mengurangkan kejadian jenayah di laut.

sumber : Air Times

 

CHINA UJI KERETA KEBAL TANPA PEMANDU

Video yang di siarkan menunjukkan seorang tentera mengawal kereta kebal Type 59  dari terminal komputer
BEIJING 21 Mac - China menguji kereta kebal tanpa pemandu yang canggih boleh dilengkapi de­ngan kecerdasan buatan.

Stesen televisyen negeri me­nyiarkan beberapa gambar ke­re­ta kebal tanpa pemandu itu yang menjalani sesi ujian ming­gu ini.

Rakaman tersebut menunjuk­kan bagaimana kereta kebal Jenis 59 itu dikendalikan dengan hanya menggunakan alat kawalan jauh.

Menurut akhbar Global Times, itu adalah kali pertama kereta kebal tanpa pemandu buatan China dipamerkan kepada orang awam.

Akhbar tersebut melaporkan, kereta kebal itu direka berdasarkan model kereta kebal lama Soviet T-54 yang pertama kali digunakan di China pada 1950-an.  

Kereta kebal ini telah dihasilkan pada tahun 1958 dan ia telah digunakan dalam perkhidmatan tentera China pada tahun 1959, dengan siri pengeluaran bermula pada tahun 1963.

Peralatan perang canggih itu dihasilkan dalam jumlah yang besar kerana mempunyai hayat perkhidmatan yang panjang.

“Sejumlah besar kereta kebal Jenis 59 tersebut boleh ditukar kepada kenderaan tanpa pemandu jika dilengkapi dengan kecerdasan buatan

“Kereta kebal canggih itu dapat beroperasi dengan peralatan tanpa pemandu lain, mengintegrasikan maklumat dari satelit, pesawat udara atau kapal selam,” kata Ketua Pengarang Ke­re­ta Kebal dan Kenderaan Berperisai, Liu Qingshan.

China semakin giat menjalankan program pemodenan angkatan bersenjatanya, termasuk membina pesawat pejuang dan kapal terbang baharu, ketika Presiden Xi Jinping meningkatkan usaha memperluas kuasa negara ini. 

sumber: reuters



Monday, March 26, 2018

USS CARL VINSON BUAT HUBUNGAN BEIJING-WASHINGTON SEMAKIN TEGANG

Kapal pengangkut USS Carl Vinson dihantar Washington meronda di laut China Selatan
BANGKOK - Sebuah kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS) memulakan rondaan di Laut China Selatan, semalam di tengah-tengah ketegangan Wa­­shington-Beijing berhubung per­tikaian laluan laut dan kebimbangan perairan itu akan menjadi topik utama perdebatan antara kedua-dua negara di bawah pentadbiran baharu AS.

Rondaan oleh Kapal USS Carl Vinson itu jelas menunjukkan ‘kedegilan’ Washington berhu­bung amaran Beijing pada Rabu lalu de­ngan meminta AS tidak mencabar kedaulatan negara terbabit di Laut China Selatan.

Menurut kenyataan Tentera Laut AS menerusi akaun Facebook milik pasukan itu, kapal kelas Nimitz, USS Carl Vinson memulakan operasi rutin membuat rondaan di Laut China Selatan, semalam.

Menurut Komander Grup Pe­ngangkut Pesawat (CSG) 1, Tentera Laut AS, Laksamana Muda James Kilby, latihan sejak beberapa minggu lalu di Lautan Pasifik berjaya meningkatkan keberkesanan kesediaan kumpulan itu.

“Kami tidak sabar untuk me­nunjukkan kemampuan itu dan pada masa sama mengukuhkan hubungan kuat dengan negara sekutu, rakan kongsi dan rakan kami dari rantau Asia Pasifik,” katanya.

Pergeseran antara AS dan China berhubung perdagangan dan wilayah di bawah pentadbiran Donald Trump meningkatkan kebimbangan Laut China Selatan akan menjadi pusat tumpuan pergolakan kedua-dua negara.

China menamatkan latihan ketenteraannya di Laut China Selatan kelmarin, satu latihan yang turut melibatkan penggunaan pesawat pengangkut Beijing yang membuatkan negara penuntut sedikit gentar dengan kelebihan China.

Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam turut mengemukakan tuntutan bertindih ke atas perairan Laut China Selatan.

Sementara itu, CNN melaporkan, dalam sidang akhbar pada Rabu lalu, Kementerian Luar China memaklumkan tentang rancangan AS untuk meletakkan kedudukan USS Carl Vinson di Laut China Selatan selain memberi amaran kepada Washington agar tidak mencabar kedaulatannya.

“Kami mendesak AS agar tidak bertindak sedemikian. China menghormati dan menjunjung tinggi kebebasan berlayar di Laut China Selatan dengan negara-negara a­sing ‘menikmatinya’ mengikut undang-undang antarabangsa.

“Tetapi (kami) menentang cu­baan atau usaha mana-mana negara untuk ‘melemahkan’ kedaulatan dan keselamatan China di atas nama kebebasan tersebut,” jelas jurucakap kementerian terbabit, Geng Shuang.

Sebelum ini, Washington meng­­kritik usaha Beijing membina pulau buatan dan kemudahan tentera di kawasan pertikaian di Laut China Selatan.

Washington juga melahirkan kebimbangan China bakal me­ngenakan sekatan sebarang pergerakan di perairan berkenaan.

Dalam pada itu, laman sesawang America’s Navy melaporkan, selain Kapal USS Carl Vinson, operasi rutin tersebut turut melibatkan Kapal USS Wayne E. Me­yer, kapal pemusnah peluru berpandu dari kelas Arleigh Burke dan pesawat daripada Carrier Air Wing (CVW) 2. –

Sumber : Reuters

Thursday, March 22, 2018

KERETA KEBAL TYPE 90 (KYU-MARU)

Type 90 (Kyu-maru) kereta kebal generasi ketiga buatan Jepun
Kereta Kebal generasi ketiga Type 90 Kyū-maru (90 式 戦 車 Kyū-maru-shiki-sensha) dihasilkan untuk menyaingi kereta kebal tempur utama yang paling terkini di barat, iaitu M1 Abrams Amerika dan Leopard 2 Jerman. 

Dengan penghasilan kereta kebal ini, ianya akan meningkatkan kekuatan unit perisai JGSDF (Japan Ground Self Defense Force) dimana ketika mereka dalam proses melupuskan penggunaan kereta kebal type 61, dan mengurangkan bilangan type 74 yang sedang beroperasi.

Proses reka bentuk Type 90 bermula sebaik sahaja Type 74 dimasukkan dalam perkhidmatan, dengan spesifikasi pertama disediakan pada tahun 1980. Penghasilan rekebentuk ini terjadi kerana, pada anggapan Jepun T-72 adalah sama jika tidak lebih baik dari Type 74 di beberapa aspek.

Type 61 kereta Kebal pertama buatan Jepun selepas era perang dunia kedua
Bahagian Hull type 90 (dikimpal sepenuhnya  dengan keluli RHA Jepun yang berkualiti tinggi ) berbentuk slop dan rata yang setanding dengan kereta kebal sezamannya iaitu M1 Abrams.

Dikendalikan oleh 3 krew iaitu pemandu yang bertempat dibahagian hadapan kereta kebal, penembak di posisi belakang pemandu didalam turet yang dilengkapi dengan unit penglihatan, dengan penglihatan digital 10x pembesaran serta paparan rangefinder dan komander dibahagian kanan dalam turet turut dilengkapi dengan cupola sendiri dan periscopic penglihatan sendiri dengan 3x /10x (pembesaran - waktu siang sahaja).

Krew mempunyai perlindungan penuh NBC (perlindungan nuklear, biologi, kimia) yang terdiri daripada sistem kolektif dengan tekanan lampau dan krew kompartmen dan pengesan automatik kompartmen enjin / pemadam api.

Untuk perlindungan tambahan bom asap (smoke discharges) turut dipasang disebelah kiri dan kanan turet. Berat keseluruhan kereta kebal ini ialah 50.2 tan
 
Tembakan dilakukan dengan meriam Rheinmetall 120mm

Senjata utamanya meriam 120mm sb automatik loader buatan Rheinmetall, Jerman. Ini memboleh ia menggunakan semua peluru standard NATO. Senjata sekunder ialah mesingan ringan 7.62mm coaxial dan mesingan berat 12.7mm Browning M2HB (50 caliber).
 
Type 90 ini di lengkapi dengan sistem kawalan tembakan merangkumi Yttrium-Aluminium-Garnet laser rangefinder (jarak 300 m - 5,000 m ), komputer ballistics 32-bit, sistem pengimejan dan paparan terma yang ditingkat upaya, sistem pencarian automatik (menjejak target yang bergerak atau pegun) dan penstabil senjata yang lebih baik.

Jenis enjin yang diguna pakai ialah Mitsubishi 10ZG32WT, a 10-cylinder, two-stroke cycle diesel yang memberi kuasa 1500hp (kuasa keluaran 1120 kW) dan dipadankan dengan tranmisi automatik Mitsubishi MT1500 ( 4 gear hadapan dan 2 gear undur). Ia memberikan kuasa pecutan pada jarak 200 m pertama dalam masa 20 saat. Kelajuan maksima ialah 70km/jam.

Secara keseluruhan penghasilan kereta kebal ini mendapat kritikan disebabkan beratnya yang mencapai 50.2 tan iaitu lebih berat dari Type 75 (self propelled Howitzer), keadaan jambatan di jepun yang tidak mampu menampung beratnya menjadikanya kurang sesuai untuk dioperasikan di kawasan bandar berbanding dengan model baru iaitu Type 10.

Sejumlah 341 unit kereta kebal ini dihasilkan sepanjang tahun 1990 - 2009.

sumber : Tank Encyclopedia, military-today 

Wednesday, March 21, 2018

SINGAPURA INTEGRASIKAN SISTEM ASTER 30 DENGAN PAYUNG PERTAHANAN UDARANYA

Sistem pertahanan udara Aster 30 dari MBDA
Singapura baru-baru ini mengintegrasikan sistem MBDA Aster 30 dengan payung pertahanan udara negara tersebut, Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen mengesahkan dalam ucapannya kepada sebuah jawatankuasa pertahanan di parlimen pada tarikh 2 Mac 2018. 

"Langit kami akan dilindungi dengan lebih baik oleh sistem senjata maju," katanya. "Kami juga baru-baru ini menambahkan sistem peluru berpandu darat-ke-udara Aster 30 ." Menteri pertahanan tidak menerangkan secara terperinci, seperti jumlah sistem dan peluru berpandu. 

Pada 2013 Menteri Pertahanan Singapura mengumumkan bahawa Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) akan memperoleh Aster 30 Air Defense System untuk membina pertahanan berlapis untuk melawan ancaman di udara. 

"Aster akan membolehkan kita untuk menghadapi banyak ancaman secara bersamaan dan dari jarak yang lebih jauh," kata menteri pertahanan pada tahun 2013, menambah bahawa sistem baru itu akan melengkapkan sistem pertahanan udara jarak dekat Spyder buatan Israel Aerospace Industries (IAI). 

Aster 30 akan menggantikan sistem I-Hawk yang telah lama , yang mempunyai jarak 40 km, yang dikendalikan oleh satu unit, 163 Squadron. 

Lakaran sistem pertahanan berlapis Singapura setelah kemasukan Sistem Aster 30

Peluru berpandu Aster 30 mempunyai motor propelan propelan peringkat pertama yang akan dikeluarkan selepas pelancaran sebelum fasa mid-course guidence.  

Peluru berpandu menggunakan panduan mid-course guidence, dengan update data untuk pembetulan panduan dihantar dari pusat kawalan penembakan yang berada di darat melalui saluran data uplink radar pelbagai fungsi Arabel.

Kelajuan maksimum peluru berpandu Aster 30 adalah 1.4 km / saat. Aster 30 mempunyai keupayaan untuk memintas sasaran di ketinggian dari 50 m hingga 20 km, dengan jangkauan operasi 3 hingga 120 km.

sumber : armyrecognition.com

 

Thursday, March 15, 2018

NAIK TARAF, CHARLIE C-130 DI LENGKAPI DENGAN TEKNOLOGI CANGGIH



Pesawat C-130H TUDM



KUALA LUMPUR – Kerajaan merancang menaik taraf pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Hercules C-130 (Charlie) dan aset ketenteraan lain secara berterusan bagi memastikan ia dilengkapi dengan peralatan serta teknologi yang lebih canggih.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pesawat Charlie digunakan secara meluas di banyak negara malah kerangka pesawat tersebut juga adalah antara yang terbaik.

“Ada peruntukan dalam Bajet 2018 untuk menaik taraf Charlie C-130 dan helikopter Nuri Sikorsky S-61A-4, malah bajet bagi menaik taraf pesawat-pesawat serta aset tentera sebenarnya tidak perlu dituntut kepada kerajaan.

“Jangan hanya satu insiden melibatkan pesawat Charlie dikatakan saya tidak mahu beri fokus kepada pesawat ini, usaha menaik taraf pesawat tentera ini sedang dalam perancangan,” katanya dalam sidang akhbar sempena Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


Pesawat penangki US Air Force (KC-130)
Beliau mengulas insiden pesawat Charlie milik TUDM yang membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, pesawat terbabit menghadapi masalah kekaki (landing gear) pesawat yang menyebabkan ia tidak dapat mendarat secara normal.

TUDM sehingga kini memiliki sejumlah 14 pesawat Hercules C-130 di mana 4 buah pesawat ini diubah suai sebagai pesawat pengisi minyak di udara ( aerial refuelling) KC-130H dan selebihnya sebagai pesawat pengangkut.


sumber : Utusan online 


TENTERA DARAT TERIMA ENAM HELIKOPTER MD530G TAHUN INI

MD530G- US
KLUANG - Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) akan memperoleh enam helikopter MD530G secara berperingkat-peringkat mulai pertengahan tahun ini.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim berkata, perolehan itu dilihat sejajar dengan Pelan Pembangunan Army 4NextG yang memfokuskan ke arah kemampuan Tentera Darat untuk beroperasi di dua wilayah secara serentak.

"Enam pesawat buatan Amerika Syarikat itu dilihat mampu meningkatkan keperluan operasi dan kepelbagaian fungsi PUTD pada hari ini seiring dengan transformasi dan arus pembangunan semasa.

"Kita berharap dapat menerbangkan pesawat baharu ini pada hari perbarisan sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini," katanya kepada pemberita selepas perbarisan Hari Ulang Tahun Pasukan Udara Tentera Darat Ke-23 di Rejimen 881 PUTD Kem Mahkota, di sini sebentar tadi.

Pada majlis sama diadakan  Penganugerahan Beret Kehormat PUTD kepada Panglima Tentera Darat yang disempurnakan oleh Pengarah PUTD, Kolonel Yazid Yusof.

Zulkiple turut menyempurnakan acara pemakaian Sayap Kuartermaster Udara Tentera Darat bagi pesawat Augusta dan Nuri kepada lima anggota berpangkat sarjan yang selesai menjalani kursus Peralihan Pesawat KMU TD.

sumber : utusan

Wednesday, February 28, 2018

BRAZIL BELI LPH HMS OCEAN DARI BRITIAN

Kapal Pengangkut Pesawat/ Helikopter HMS Ocean
Kementerian Pertahanan UK (MOD) mengesahkan pada 19 Februari bahawa ia telah menjual platform pengangkut helikopter Tentera Laut Diraja Britian (LPH) HMS Ocean ke Brazil untuk $ 117 juta AS.

Babcock dan BAE Systems akan mengubahsuai HMS Ocean menjelang penghantarannya ke Brazil pada bulan Jun.

Ocean HMS telah ditugaskan pada tahun 1998. Sejak itu, Tentera Laut Diraja telah melakukan pelayaran 450,000 batu nautika menggunakan kapal pengangkut helikopter tersebut. Di bawah Tinjauan Strategik Pertahanan dan Keselamatan (SDSR) untuk 2015, UK memutuskan untuk menolak komisen HMS Ocean.


Tugas angkatan tentera laut HMS Ocean akan diambil alih oleh HMS Queen Elizabeth, yang juga akan berfungsi sebagai kapal flag ship Royal Navy. HMS Queen Elizabeth direka untuk mengekalkan kedua-dua pesawat sayap berputar dan sayap tetap (F-35B).


Jualan HMS Ocean dikelola oleh Pihak Berkuasa Penjualan Peralatan Pertahanan di bawah UK MoD.


Dengan anjakan sebanyak 22000 tan,
HMS Ocean  boleh membawa sehingga 18 helikopter bervariasi dari segi keupayaan dan saiz, merangkumi dari AW159- 6 tan sehingga Chinook CH-47D - 22 tan.

Direka untuk menyokong operasi amfibia, LPH ini juga boleh membawa 40 kenderaan bersama dengan kekuatan tentera marin sebanyak 830 orang .

Tentera Laut Brazil berhasrat untuk menggunakan
HMS Ocean sebagai aset operasi udara dan amfibia untuk pelbagai peranan, termasuk: kawalan kawasan maritim dan perlindungan laluan laut, bantuan kemanusiaan dan bencana, sokongan logistik dan operasi pengaman.

Selain Brazil, Turki adalah antara negara-negara yang dilaporkan berminat dengan
HMS Ocean.  

Sumber : Quwa

Tuesday, February 13, 2018

AK-12 RIFAL TEMPUR BARU KELUARAN KALASHNIKOV

Senjata baru dari Kalashnikov AK-12

Kalashnikov Concern (Izhmash) telah melancarkan pengeluaran siri senapang tempur baru AK-12. Kementerian Pertahanan Rusia akan mendapat kumpulan pertama menjelang akhir tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Rostec, Sergey Chemezov.

Rifal ini di reka berdasarkan model asas AK-400 bertujuan untuk menggantikan generasi sebelumnya Kalashnikov AK-74 senapang serangan dalam perkhidmatan tentera Rusia dan pasukan bersenjata kerajaan Rusia lain.

Senjata baru ini direka untuk menawarkan ketepatan yang lebih baik dalam semua keadaan, boleh dipasang dengan alatan tambahan seperti peralatan penglihatan dan bayonet, dan boleh membawa peluncur bom tangan 40 mm di bawah laras.
 
AK-12 mempunyai berat 3.2 kg, panjang 940 mm (730 mm dengan stok yang dilipat), kadar penembakan 650 rds / min, halaju samaran 900 m / s, dan jarak tembakan maksimum 1,000 m.

Pengilang senjata api Rusia terbesar, Izhmash melancarkan pada bulan Februari 2012 sebagai prototaip senapang tempur Kalashnikov AK-12 yang baru dengan penambahbaikan dari segi ergonomik dan kelenturan taktikalnya.

Rifal tempur baru, digelar AK-12, sedang direka sebagai platform asas untuk pembangunan hampir 20 modifikasi senjata yang berbeza.

Rifal AK-12 ini dipamerkan buat kali pertama kepada orang ramai pada bulan Jun 2012 di pameran pertahanan di Moscow, Technologies Engineer 2012. 

sumber : bussinessinsider 

Saturday, February 3, 2018

KD SELANGOR (176) TIBA DI PENGKALAN TLDM SABAH

KD selangor 176 tiba di pengkalan TLDM Kota Kinabalu Sabah
KOTA KINABALU: Ketibaan Kapal Diraja (KD) Selangor di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu, hari ini, akan menjadi penanda aras kepada kapal sedia ada di Markas Pemerintahan Armada Timur.

Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman, berkata KD Selangor adalah yang terbaik walaupun keupayaannya sama seperti kapal lain.

"KD Selangor adalah kapal terbaik TLDM buat masa ini dari segi operasi, penyelenggaraan, kekemasan, kebersihan dan aspek profesionalisme.

"Kita mahu jadikan kapal ini sebagai contoh kepada kapal lain di Armada Timur dan penanda aras supaya kelemahan dapat dikenal pasti bagi meningkatkan keupayaan serta kecemerlangan aset di Armada Timur," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis menyambut ketibaan KD Selangor di Jeti Armada Timur, Pangkalan TLDM, Kota Kinabalu, Teluk Sepanggar, di sini, hari ini.

Katanya, ketibaan KD Selangor di Armada Timur akan meningkatkan kehadiran aset TLDM di kawasan operasi armada berkenaan.

"KD Selangor boleh beroperasi di sepanjang perairan Armada Timur iaitu di Sabah dan Sarawak kerana jangkauan operasi bagi kapal ini amat jauh sekali.

"Kita harap kehadirannya membolehkan kita meningkatkan kehadiran aset di kawasan operasi dalam menjamin keselamatan maritim di Armada Timur," katanya.

KD Selangor membawa 109 kru termasuk 15 pegawai.

Syed Zahiruddin, berkata pihaknya menyediakan 400 unit rumah untuk kru KD Selangor yang dipindahkan di sini.

"Ia sedikit sebanyak akan membantu ekonomi penduduk di negeri ini khususnya di Kota Kinabalu.

"Bagaimanapun, kita juga dalam perancangan membina rumah dalam (Pangkalan TLDM) sebagai persediaan ketibaan tiga lagi kapal yang akan dipindahkan ke sini," katanya.

Tiga kapal terbabit ialah KD Kelantan yang dijangka dipindahkan ke Armada Timur pada Mac depan, KD Pahang dan KD Terengganu yang dijangka menyusul akhir tahun ini atau awal tahun depan.

sumber : Berita harian

Saturday, January 20, 2018

4 KAPAL NGPV TINGKAT KESELAMATAN SABAH


KOTA KINABALU: Markas Pemerintahan Armada Timur, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menerima empat lagi kapal peronda generasi baru (NGPV) bagi mengukuhkan kawalan serta tahap keselamatan di perairan negeri ini.

Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman, berkata dua daripada aset terbabit akan diterima pada tahun ini iaitu KD Selangor dijangka tiba di pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar, Sabtu ini dan KD Kelantan pula pada Mac depan.

Katanya, dua lagi kapal jenis sama iaitu KD Pahang dan Terengganu pula dijangka diperoleh pada tahun depan.

"Setakat ini, kita mempunyai KD Kedah dan Perak. Apabila semua aset itu berada di sini, secara keseluruhan pangkalan ini memiliki enam aset utama bagi kegunaan Armada Timur.

"Selain itu, sebanyak 18 kapal misi pesisir (LMS) akan ditempatkan di sini, Tawau dan Sandakan di Sabah serta Bintulu, Sarawak. Empat daripada kapal itu sedang dibina di China dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun," kata selepas menyempurnakan Perbarisan Tahunan Panglima Armada Timur dan Program Admiral On Deck, di sini, hari ini.

Seramai 41 pegawai dan 271 anggota membabitkan 10 platun mengikuti perbarisan yang diadakan di padang kawad KD Sri Kota Kinabalu, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

Sementara itu, Syed Zahiruddin Putra, berkata Kementerian Pertahanan meluluskan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi projek kesejahteraan dan kebajikan warga TLDM Kota Kinabalu.

Beliau berkata, dana itu akan digunakan bagi membaikpulih prasarana dalam Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, selain untuk kebajikan anggota dan keluarga mereka.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya turut meningkatkan kesiapsiagaan mengawasi perairan Sabah bagi menghadapi musim Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.

"Rondaan di semua kawasan memang diadakan seperti biasa, namun kita cuma mempertingkatkan dari segi ketelitian, kepekaan dan sistem radar," katanya.

sumber : berita harian

T50TH-GE THAILAND MENDARAT KECEMASAN DI KUANTAN

Pesawat T-50TH Golden Eagle
Royal Thai Air Force (RTAF) telah mengumumkan penangguhan upacara penerimaan dua armada pertama daripada 12 pesawat pejuang T-50TH Golden Eagle yang dibeli dari Korea Aerospace Industries (KAI) tanpa batas waktu selepas diberitahu oleh pengeluar Korea bahawa jet latihan tersebut memerlukan lebih banyak pemeriksaan sebelum diserahkan.

Upacara tersebut sebelum ini dijadualkan berlangsung di pangkalan udara Takhli di wilayah Nakhon Sawan, Jumaat (12/12) untuk menerima dua pesawat dan dua juruterbang RTAF yang telah selesai berlatih dengan pesawat tersebut.


Menurut kenyataan RTAF, KAI telah memberitahu bahawa ketika dua pesawat tersebut sedang dalam penerbangan ke Thailand pada 8 Januari, juruterbang yang ditugaskan untuk menerbangkan pesawat tersebut meghadapi cuaca yang sangat buruk sehingga memaksa mereka mendarat di lapangan terbang Kuantan di Malaysia.


Dari pemeriksaan melalui pemerhatian (eye inspection), juruterbang dan juruteknik  mendapati  terdapat sesuatu yang luar biasa berlaku pada pesawat itu dan memerlukan pemeriksaan menyeluruh dengan lebih terperinci untuk keselamatan maksimum pesawat.


KAI kemudian berkata ia terpaksa menangguhkan penghantaran pesawat untuk pemeriksaan kemudian untuk memastikan keselamatan penuh sebelum dihantar ke RTAF.


Belum dipastikan lagi sama ada kerosakan itu melibatkan sebuah atau kedua-dua pesawat tersebut.

Menurut Agensi Berita Korea Yonhap, KAI menerima dua pesananan berasingan dari Thailand untuk membina empat jet latihan T-50TH bernilai US $ 110 juta pada 17 September 2015 dan lapan T-50TH bernilai $ 260 juta pada tahun 2016.


T-50 menggunakan enjin turbofan General Electric F404-102 yang dihasilkan oleh Samsung Techwin secara berlesen, dinaik taraf dengan sistem FADEC yang dibangunkan bersama oleh General Electric dan KAI.

RTAF menempatkan 12 pesawat T-50TH untuk latihan dan menyokong air striking mission, dengan penghantaran dua pesawat pertama pada bulan Januari, dan dua unit lain antara bulan April-Mei tahun ini,


sumber : ThaiPBS