Thursday, March 15, 2018

NAIK TARAF, CHARLIE C-130 DI LENGKAPI DENGAN TEKNOLOGI CANGGIH



Pesawat C-130H TUDM



KUALA LUMPUR – Kerajaan merancang menaik taraf pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Hercules C-130 (Charlie) dan aset ketenteraan lain secara berterusan bagi memastikan ia dilengkapi dengan peralatan serta teknologi yang lebih canggih.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pesawat Charlie digunakan secara meluas di banyak negara malah kerangka pesawat tersebut juga adalah antara yang terbaik.

“Ada peruntukan dalam Bajet 2018 untuk menaik taraf Charlie C-130 dan helikopter Nuri Sikorsky S-61A-4, malah bajet bagi menaik taraf pesawat-pesawat serta aset tentera sebenarnya tidak perlu dituntut kepada kerajaan.

“Jangan hanya satu insiden melibatkan pesawat Charlie dikatakan saya tidak mahu beri fokus kepada pesawat ini, usaha menaik taraf pesawat tentera ini sedang dalam perancangan,” katanya dalam sidang akhbar sempena Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).


Pesawat penangki US Air Force (KC-130)
Beliau mengulas insiden pesawat Charlie milik TUDM yang membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, pesawat terbabit menghadapi masalah kekaki (landing gear) pesawat yang menyebabkan ia tidak dapat mendarat secara normal.

TUDM sehingga kini memiliki sejumlah 14 pesawat Hercules C-130 di mana 4 buah pesawat ini diubah suai sebagai pesawat pengisi minyak di udara ( aerial refuelling) KC-130H dan selebihnya sebagai pesawat pengangkut.


sumber : Utusan online 


No comments: