![]() |
| Raifal SS2 dipasang dengan pelancar granad |
Raifal SS2 (Senapan Serbu 2 - Assault Rifle 2) dihasilkan di Indonesia oleh Kilang PT Pindad dan berdasarkan senapang SS1 (FN FNC) , yang dibuat oleh kilang yang sama di bawah lesen daripada syarikat Belgium FN Herstal.
Raifal SS2 telah digunakan oleh tentera Indonesia sejak tahun 2005, dan juga ditawarkan untuk eksport. Pada awalnya didapati dalam tiga versi asas (Raifal standard SS2-V1, carbine SS2-V2 dan para-sniper SS2-V4) ia kini juga boleh didapati dalam versi subkompak SS2-V5, yang di perkenalkan pada tahun 2008.












