Monday, June 8, 2015

8 BUAH APACHE AH-64E (USD 300 JUTA) UNTUK INDONESIA

Apache AH-64E bakal di miliki Tentera Indonesia

Firma Pertahanan Boeing telah dianugerahkan dengan kontrak jualan lapan helikopter tempur pelbagai peranan Apache AH-64E pada 26 Januari sebanyak $ 295.866.116. (USD 300 juta)

Pesawat ini telah dipesan oleh angkatan tentera Indonesia. Kerja-kerja pembinaan akan dilakukan di Mesa, Arizona dengan tarikh penyiapan dianggar pada 28 Februari 2018.

Tuesday, May 26, 2015

MERIAM MUDAH GERAK (NORINCO) SH-1

 
SH-1 di miliki oleh Tentera Myanmar
SH-1 ini adalah kenderaan artileri mudah gerak 155mm dibangunkan oleh China iaitu North Industries Group Corporation (Norinco) bagi pasaran eksport.  

Sistem meriam ini telah dibangunkan sejak tahun 2002, yang pertama kali dipamerkan di Abu Dhabi,(IDEX 2007) Pertahanan Pameran Antarabangsa pada 2007  yang diadakan di antara 18 dan 22 Februari. Kenderaan ini adalah sangat mudah alih dengan kelajuan jalan maksimum 90km / h.

SHI mempunyai berat kombat kira-kira 22 tan dan biasanya dikendalikan oleh kru terdiri daripada lima orang yang duduk di dalam perisai  trak yang dilindungi pada arah hadapan casis hingga ke belakang Powerpack diesel.  

Wednesday, May 6, 2015

AERMACCHI MB-339 PESAWAT LATIHAN / PENYERANG RINGAN

Aermacchi MB339CM TUDM

Aermacchi MB-339 adalah sebuah pesawat latihan lanjut dan penyerang ringan keluaran Itali. Pesawat ini telah direka dan dibangunkan untuk mengantikan pesawat Aermacchi MB-326.

MB-339 dianggap memenuhi keperluan Angkatan Udara Itali ketika itu kerana murah berbanding reka bentuk pesawat  yang lain menyebabkan ia dipilih untuk menggantikan kedua-dua MB-326 dan G.91T Fiat dalam perkhidmatan tentera udara Itali.

Pesawat itu telah dipasang dengan sirip yang lebih besar dan kuasa enjin untuk versi awal adalah enjin Rolls-Royce Viper 632-43, menghasilkan 4,000 lbf (17.8 kN). Manakala untuk enjin versi baru ialah Rolls-Royce  Viper 680, dilengkapi dengan sistem avionik yang dipertingkatkan.

Sunday, May 3, 2015

KERETA KEBAL PIHAK BERSEKUTU ERA PERANG DUNIA KE II



M2/M2A4


M2 (T2E1)adalah versi awal kereta kebal ringan, pada 1935 versi M2A1 dikeluarkan iaitu hanya 10 buah sahaja.
 
Kereta kebal Ringan M2A4 adalah versi yang terakhir dan pengeluaran utama dalam siri M2 ini itu dibangunkan di Rock Island Arsenal. Sebanyak 375 buah dihasilkan sehingga april 1942. 

Dibina pada tahun 1939, dilengkapi dengan meriam  37 mm dipasang pada turret serta mesingan 12.7mm M2 Browning dan 7.62mm M1919 Browning. 

M2A4 juga dilengkapi dengan enjin Continental W670-9A bersamaan 245 kuasakuda. Dalam pengeluaran yang kemudiannya ia dilengkapi dengan enjin Guiberson T1020 diesel.

Sunday, March 1, 2015

USS WASP (LHD) HELICOPTER CARRIER

LHD 1- USS Wasp
 USS Wasp (LHD-1) adalah kapal serangan amfibia dari Wasp-class kepunyaan Tentera Laut Amerika Syarikat.

Wasp dibina di Litton-Ingalls Shipbuilding Corporation, Pascagoula, Mississippi (sekarang dikenali sebagai Northrop Grumman Ship Systems) dengan menggunakan teknik pembinaan modular dan pelengkapan pra-proses yang berkesan.

Ia telah dilancarkan pada 4 Ogos 1987 dan ditauliahkan pada 29 Julai 1989. 

The Wasp (LHD 1) Kelas adalah kapal serangan amfibia pelbagai guna berdek besar  Tentera Laut Amerika Syarikat.  

Tuesday, February 10, 2015

RADPANZER CONDOR

RPZ Condor
Radpanzer Condor adalah sebuah kenderaan pengangkut anggota berperisai beroda 4x4 yang pada asalnya dibina oleh Thyssen-Henschel dari Jerman dan dikilangkan oleh Henschel Wehrtechnik GmbH.

Rekabentuknya adalah berdasarkan kerangka trak komersial UNIMOG dan menggunakan komponen-komponen utama yang sama seperti enjin, kotak giar dan gandar. Kebolehpercayaan kenderaan ini tinggi dan ia juga senang diselenggarakan di sebabkan sokongan yang mudah didapati daripada sumber-sumber awam.

Malaysia merupakan negara pengoperasi Radpanzer Condor yang terbanyak iaitu sebanyak 457 unit dan digunakan oleh Kor Armor Diraja dan RAMD sejak 1981 sebagai pengganti Cadilac Cage V-150 Commando.

Sunday, February 8, 2015

PERTAHANAN WILAYAH MALAYSIA TIMUR


Peta Malaysia
Kerajaan Malaysia sedang  mengambil segala langkah perlu bagi memastikan keselamatan Wilayah Malaysia Timur iaitu Negeri Sabah dan Sarawak berada pada tahap terbaik selepas berlakunya insiden pencerobohan di Lahad Datu dua tahun lalu serta beberapa siri penculikan warga asing dan tempatan di Sabah oleh pihak penceroboh.

Sehubungan itu peningkatan kuasa tempur ATM di Wilayah timur terutamanya Sabah merupakan langkah terbaik memastikan aset tempur itu mampu menangani sebarang ancaman yang mendatang sekali gus menjamin keselamatan Negara.

Saturday, February 7, 2015

M60 PATTON MBT USA

M60A3
M60 Patton adalah kereta kebal utama yang pertama, yang dibina di Amerika Syarikat. Pembangunan M60 bermula pada tahun 1957.

Ia telah direka untuk menangani ancaman Soviet T-54 dan T-55 kereta kebal sederhana, yang ternyata mempunyai kelebihan dari semua aspek keatas kereta-kereta kebal sederhana AS M48 pada waktu itu.

Kereta kebal pertama telah dibina pada tahun 1959 dan telah dianugerahkan kontrak untuk Chrysler untuk kelompok 180 unit kereta kebal utama (Main Battle Tank). Pengeluaran bermula pada tahun 1960 dan berakhir pada tahun 1987.

Wednesday, January 28, 2015

EXOCET - PELURU BERPANDU ANTI KAPAL


Exocet, peluru berpandu anti-kapal dari Perancis yang boleh dilancarkan dari beberapa platform seperti pesawat, helikopter,  kapal perang dan kapal selam.

Semua peluru berpandu mempunyai sistem asas yang sama iaitu tahan dalam semua-cuaca, sea-skimming, tembak-dan-lupa (fire and forget), radar petunjuk dan di gerakkan oleh motor roket pepejal dwi teras pada kelajuan transonik.

Ianya bertujuan untuk menyerang kapal-kapal perang yang besar dan juga kecil pada jarak sederhana seperti kapal jenis Pemusnah (Destroyer), Frigat dan Korvet. 

Monday, January 12, 2015

INDONESIA TERIMA MBT LEOPARD 2 DARI JERMAN

Leopard 2A4 berarak pada hari Kemerdekaan Indonesia
Indonesia telah menerima kumpulan pertama Kenderaan berperisai yang diperolehi dari Jerman - dari pesanan asal sebanyak 164 unit iaitu 40 unit kereta kebal  Leopard 2A4, 63 unit Leopard 2RI (dinaik taraf kepada "Revolusi" standard), 4 unit Buffel, kenderaan pemulihan perisai, 3unit Leguan lapisan jambatan berperisai dan 3 unit Kodiak kenderaan kejuruteraan perisai, ditambah 50 unit Marder 1A2 IFV 

Pembelian ini adalah sebahagian dari program pembangunan dan permodenan alatan ketenteraan  Tentera Nasional Indonesia. Walaupun sebelum ini terdapat bantahan dari pelbagai pihak di Republik itu.

Pada masa ini, Indonesia hanya mengoperasikan sejumlah kereta kebal ringan jenis Scorpion dari Britian dan AMX13 dari Perancis

Wednesday, January 7, 2015

KERETA KEBAL T-55 RUSIA



T-55 Rusia
T-55 adalah kereta kebal serdahana (Medium Battle Tank) buatan Russia. Ia merupakan versi  tingkat upaya dari T54. Berbentuk trek dimana terdapat  5 roda pada treknya.  

T-55 mempunyai badan yang rendah silhouetted dengan turet berbentuk kubah dipasang diatas roda track ketiga

T-55 telah diperkenalkan pada tahun 1958 dgn menggabungkan semua elemen yang terdapat pada T54 dan menambahbaik lagi tanpa mengubah rekabentuk dan rupa asalnya.

Selain dilengkapi dengan meriam utama 100mm D-10T2S. T55 dipasang dengan mesingan sepaksi 7.62 mm dan juga bow-mounted mesingan 7.62-mm.  Dikendalikan oleh 4 orang anggota.

Thursday, January 1, 2015

MIKOYAN MIG 29

MiG-29 dengan persenjataan
Mikoyan MiG-29; Kod NATO: "Fulcrum" adalah jet pejuang  yang direka oleh Rusia (Soviet Union). Dibangunkan oleh Mikoyan Design Bureau sebagai air superiority fighter pada tahun 1970.

MiG-29, bersama-sama dengan Sukhoi Su-27, telah dibangunkan sebagai saingan kepada pesawat pejuang Amerika yang baru seperti McDonnell Douglas F-15 Eagle, dan General Dynamics F-16 Fighting Falcon. 

MiG-29 memasuki inventori Tentera Udara Rusia pada tahun 1983. Sebanyak 30 buah negara telah mengoperasikan MiG-29, dimana India menjadi negara operator yang terbesar. Malaysia juga adalah negara di rantau Asia Tenggara yang pertama mengoperasikan pesawat pejuang dari blok komunis ini.

Thursday, October 23, 2014

TYPE 053H2G (FRIGAT KELAS JIANGWEI 1)

Type 053H2G - Frigat 540 Huainan

Frigate Type 053H2G (kod NATO Jiangwei I) adalah kapal frigat China yang memasuki perkhidmatan dengan Tentera Laut, Tentera Pembebasan Rakyat (PLAN) pada 1990-an.  

Mereka merupakan variasi terkemudian daripada keluarga frigat jenis 053, dan adalah kapal frigat pelbagai peranan pertama dalam tentera laut China (PLAN).  

Hanya 4 unit telah dibina sebelum kelas ini digantikan oleh  kelas yang lebih baik Jenis 053H3 Jiangwei II

Jenis-jenis kapal FFG Jiangwei I ialah :
1. FFG 539 Anqing dilancar pada Julai 1992
2. FFG 540 Huainan dilancar pada Disember 1992
3. FFG 541 Huaibei dilancar pada Julai 1993
4. FFG 542 Tongling dilancar pada Julai 1994

Friday, August 15, 2014

CASA/IPTN CN-235 PESAWAT PENGANGKUT TAKTIKAL KOS RENDAH

CN235 irish sedang membuat rondaan
CASA / IPTN CN-235 adalah pesawat pengangkut enjin berkembar jarak sederhana yang dibangunkan bersama oleh CASA dari Sepanyol dan IPTN Indonesia sebagai pengilang , sebagai sebuah pesawat serantau dan pengangkutan tentera

Dari segi ketenteraan peranan utama termasuk rondaan maritim, pengawasan, dan pengangkutan udara.

Projek ini adalah usaha sama antara Construcciones Aeronáuticas SA (CASA) dan Indonesia Aeroangkasa (PT. Dirgantara Indonesia), yang sebelum ini dikenali sebagai IPTN, yang membentuk Airtech untuk menguruskan program ini.