![]() |
| AV8 Gempita dipasang dengan turet LCT30 dan meriam 30mm |
Kenderaan ini mempunyai reka bentuk modular yang membolehkan pemasangan turet yang berlainan, senjata, sensor, dan sistem komunikasi di atas kenderaan yang sama.
Prototaip AV8 telah diserahkan untuk kelulusan akhir pada tahun 2011. Malaysia menempah sejumlah 257 kereta perisai ini dalam 12 jenis konfigurasi.
Penyerahan batch pertama iaitu 12 unit AV8 kepada Angkatan tentera Malaysia pada akhir tahun 2014 merupakan satu penanda aras yang penting dalam program AV8 yang sedang berjalan. Sehingga 2015 sebanyak 40 unit telahpun diserahkan kepada tentera darat.













