Friday, June 30, 2017

KERETA KEBAL UTAMA T-80

Kereta Kebal Utama T-80UD varian dari T-80
T-80 adalah Kereta kebal pertempuran utama generasi ketiga (MBT) yang direka dan dihasilkan di Kesatuan Soviet.

Apabila ia memasuki perkhidmatan pada tahun 1976, ia adalah MBT pertama di dunia untuk menampilkan enjin turbin multifuel yang berkuasa sebagai enjin propulsi utama.

T-80 merupakan evolusi ke atas pendahulunya, T-64, sebagai reka bentuk kereta kebal yang paling moden pada akhir tahun 1960-an dan awal 1970-an,

Susun atur dalaman T-80 adalah serupa dengan T-64; kompartmen pemandu berada di garisan tengah di hadapan, Two man -turet berada di tengah dengan penembak di sebelah kiri dan komander di sebelah kanan, dan enjin dipasang di belakang.

Reka bentuk T-80 yang asal menggunakan turbin gas 1,000 kuasa kuda bukannya enjin diesel 750-kuasa kuda, walaupun sesetengah varian T-80 kemudiannya kembali kepada penggunaan enjin diesel.

Penggunaan meriam utama masih lagi 125 mm 2A46 smoothbore seperti yang digunakan oleh kereta kebal T-72, yang mana mampu melancarkan peluru berpandu anti kereta kebal dan peluru biasa yang lain (APFSDS, HEAT dan HE-Frag)

Thursday, June 22, 2017

PARIS AIR SHOW : MALAYSIA KELUARKAN SENARAI PEMBELIANNYA

CN-235 TUDM cadangan untuk pengubahsuaian sebagai platform MPA sementara menunggu perolehan MPA yang sebenar.
Pesawat pejuang pelbagai peranan baru (MRCA), pesawat baru peronda maritim (MPA) dan radar pertahanan udara tambahan adalah matlamat utama pemerolehan keupayaan ini , menurut Panglima TUDM, Jeneral Affendi Buang.

Dalam jawapan bertulis kepada Shephard, Panglima TUDM menyatakan bahawa pemerolehan ini bagaimanapun akan tertakluk kepada adanya peruntukan pembiayaan oleh kerajaan Malaysia.


Mengenai keperluan MPA, Jen. Affendi menyatakan: 'TUDM sedang mempertimbangkan beberapa pilihan untuk meningkatkan keupayaan rondaan maritim yang kini sedang dijalankan oleh pesawat Beechcraft B200T.  

Oleh kerana faktor usia (23 tahun) dan bilangan dan keupayaan terhad, platform MPA yang lebih berkebolehan dan beroperasi sepenuhnya (ASW dan AsuW) dengan keupayaan ISR dan SAR sedang dinilai untuk menggantikan pesawat B200T itu. '

Beechcraft B200T yang menggalas tugas sebagai pesawat rondaan maritim
Sebagai langkah sementara, TUDM sedang mempertimbangkan untuk mengubah suai dan mengintegrasikan beberapa pesawat pengangkut sederhana CN235 dengan sistem pengawasan AMASCOS dari B200T. 

Sunday, June 18, 2017

QATAR METERAI PERJANJIAN $12 BILLION DENGAN BOIENG UNTUK JET F-15QA

F-15 Eagle
Menteri Pertahanan Qatar  Dr. Khalid Bin Mohammed Al-Attiyah semalam mengumumkan  menandatangani surat tawaran dan penerimaan untuk pembelian sebanyak 36 jet pejuang F-15QA, dengan kos permulaan sebanyak 12 bilion dolar.

"Perjanjian pembelian secara langsung akan menyumbang dalam mewujudkan 60,000 peluang pekerjaan baru di 42 negeri di seluruh Amerika," Kementerian Pertahanan Qatar berkata dalam satu kenyataan rasmi.

"Pemeteraian LOA hari ini adalah satu lagi langkah dalam memajukan hubungan pertahanan strategik dan kerjasama kita dengan Amerika Syarikat dan kami berharap untuk meneruskan usaha bersama tentera kita dengan rakan-rakan kami di Amerika Syarikat", kata Kementerian.

Pada bulan November 2016, Jabatan Negara Amerika Syarikat telah meluluskan penjualan mungkin sehingga 72 buah pesawat F-15QA ke Qatar bernilai USD $ 21.1 bilion.  

Boeing Co ialah kontraktor utama atas penjualan jet pejuang tersebut kepada negara Timur Tengah. Nampaknya sekarang perjanjian ini akan menjadi kira-kira setengah dari jumlah tersebut.

Tentera Udara Emiriah Qatar  sebenarnya bergantung kepada armada kecil, 9 jet pejuang Mirage 2000-5EDA buatan Perancis. Tahun lepas, Qatar juga memesan sebanyak 18 buah jet pejuang Dassault Rafale C. 

Pesawat Rafale yang dipesan (kiri) dan pesawat Mirage 2000 yang dioperasi oleh Tentera udara Qatar
Boeing F-15 Eagle ialah pesawat pejuang taktikal enjin berkembar, sesuai semua keadaan cuaca dan direka khas untuk mengekalkan penguasaan udara dalam pertempuran udara.  

Pesawat Eagle ini boleh dilengkapi dengan gabungan senjata udara-ke-udara yang berbeza: AIM-120 advance peluru berpandu medium udara-ke-udara di sudut fiuslaj yang lebih rendah, AIM-9L / M Sidewinder atau AIM-120 peluru berpandu pada dua pilon di bawah sayap, dan mesingan Gatling 20mm dalam root sayap kanan. 

sumber : armyrecognition.com 
 

Monday, June 12, 2017

APMM TERIMA KAPAL KEDUA DARI JEPUN "KM ARAU"

KM Arau kapal kedua diterima dari Jepun
7 Jun - AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah hari ini menerima KM Arau, kapal peronda pesisir pantai (OSV) sumbangan Kerajaan Jepun.

Kapal KM Arau adalah kapal kedua diterima APMM selepas Kapal KM Pekan pada 14 Mac lalu.

Kapal sepanjang 90 meter itu selamat tiba di jeti Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Sepanggar, Kota Kinabalu jam 9.30 pagi.

Pengarah APMM Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata, KM Arau adalah kapal yang terbesar yang dimiliki oleh APMM negeri setakat ini.

"KM Arau mula berlayar dari Pelabuhan Habu Innoshima, Jepun pada 31 Mei lalu dan mengambil masa tujuh hari untuk tiba di sini hari ini.

KM Arau semasa di pelabuhan Habu Hiroshima
"Selepas ini, kapal akan kembali belayar ke Pelabuhan Klang pada 9 Jun bagi majlis penamaan kapal terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam Majlis Menyambut Ketibaan KM Arau hari ini.

KM Pekan dan KM Arau yang berusia 25 tahun itu sudah melalui pengubahsuaian termasuk penukaran cat, penggantian radar dan peralatan di anjung untuk menepati spesifikasi Malaysia.

Semua kos perbelanjaan baik pulih ini ditanggung kerajaan Jepun dengan anggaran kos bagi kedua-dua OPV berjumlah RM28 juta.

Kapal KM Arau dan KM Pekan sepanjang 90 meter itu berupaya menjalankan operasi dalam cuaca buruk.

Kapal berkenaan akan dikendalikan 39 anak kapal bagi melaksanakan operasi selain turut dilengkapi pelantar pendaratan helikopter.

sumber : Harian metro

Sunday, June 4, 2017

PESAWAT PENGEBOM JARAK JAUH CHINA - XIAN H-6K

Pesawat pengebom strategik jarak jauh China Xian H-6K
Xian H-6K ialah versi tingkat upaya daripada H-6 (TU-16 Badger) pengebom jarak sederhana. Ia membuat penerbangan pertama pada tahun 2007 dan memasuki perkhidmatan pada tahun 2009.

China mengoperasi sekurang-kurangnya 15 pesawat pengebom baru ini. Beberapa sumber melaporkan bahawa China merancang untuk menggantikan pesawat pengebom H-6D sebelum ini dengan yang baru H-6K dalam masa terdekat  satu-sama-satu.

H-6K direka untuk serangan jarak jauh dan serangan stand-off. Ia dianggap sebagai pesawat pengebom strategik. Ia mampu menyerang kumpulan Armada pertempuran Amerika Syarikat dan sasaran utama di Asia. Pesawat ini mempunyai keupayaan melancarkan serangan nuklear

Pesawat ini telah dipasang dengan enjin baru Soloviev D-30 turbofan sesuai dengan penerbangan jarak jauh iaitu 3500 kilometer. Kokpit yang luas serta paparan LCD kaca pelbagai fungsi.

Keseluruhan kerangka dan struktur pesawat dibina dengan menggunakan bahan komposit.

Pengebom ini membawa pelancar peluru berpandu udara di bawah sayapnya. Terdapat 6 tenggekan (hardpoint) untuk peluru berpandu. H-6K juga boleh membawa peluru berpandu CJ-10A dengan kepala peledak konvensional atau nuklear.

Muatan maksimum bom sehingga 15 tan, berkesan meningkatkan keupayaan serangan pesawat tersebut.

Dengan raduis penerbangan pengebom H-6K iaitu 3,500 kilometer, penggunaan peluru berpandu jarak jauh berkesan untuk melanjutkan jarak pengebom  kepada kira-kira            4 000-5 000 km. 

Ianya sudah cukup untuk mencapai, Jepun, Malaysia, Filipina, Vietnam, Guam, Hawaii, Alaska dan Moscow dari tanah besar China, tanpa meninggalkan zon pertahanan udaranya. 

sumber : Militaryfactory.com 

Saturday, June 3, 2017

DAPUR FRIGAT KD JEBAT TERBAKAR


Frigat KD Jebat
LUMUT- Jumaat 2 Jun : Dapur Kapal Diraja (KD) Jebat terbakar di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, api disedari anggota yang berada di kapal sebelum menghubungi bomba.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dalam satu kenyataan di sini mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, pihaknya mendapati kebakaran kecil itu berpunca daripada rumah masak kapal itu ketika anggota sedang melakukan persiapan sahur.

"Tindakan awal anak kapal berjaya mengawal situasi sepenuhnya pada jam 5 pagi daripada terus merebak dengan bantuan pasukan Bomba TLDM.

"Bagaimanapun, kejadian itu tidak membabitkan kecederaan atau kemalangan jiwa," katanya.

Ahmad Kamarulzaman berkata, TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi menyiasat punca kejadian dan nilai kerugian.

Sebelum ini KD Jebat pernah terbabit dalam insiden perlanggaran dengan kapal dagang pada Jan 2014 pada kedudukan 24 batu nautika barat laut Permatang Sedepa di perairan Selangor.

Kapal itu turut mengalami kerosakan kecil di bawah geladak yang menempatkan meriam kaliber 30 milimeter.

Sumber : Berita Harian

Sunday, May 21, 2017

KAPLAN MEDIUM TANK USAHASAMA INDO-TURKI

Kaplan Medium Tank usahasama Turki - Indonesia di IDEF Turki
Pengilang kereta perisai Turki FNSS Savunma Sistemleri dan PT Pindad Indonesia  mempamerkan prototaip dibangunkan bersama, kenderaan perisai (AFV) Kaplan MT di Pameran Industri Pertahanan Antarabangsa (IDEF) 2017, yang berlangsung di Istanbul dari 9-12 Mei.

Seberat 35 tan, Kaplan MT dilengkapi dengan turet CMI Cockerill 3105, yang seterusnya di pasang dengan meriam Cockerill 105mm, yang mempunyai kelebihan dari sistem autoloader dan sistem kawalan tembakan digital (FCS). Suite elektroniknya juga termasuk sistem pengurusan medan perang dan sistem amaran laser.

Kaplan MT juga boleh dilengkapi dengan mesingan sepaksi 7.62mm. Ia mempunyai nisbah kuasa kepada berat 20 hp per tan dengan jarak 450 km dan kelajuan maksima 70 km / h. 

Pembangunan Kaplan MT bermula pada 2014 di bawah program Permodenan Kereta kebal Sederhana Berat (MMWT). Pada bulan November 2016, FNSS dan PT Pindad mengumumkan bahawa mereka selesai kerja-kerja reka bentuk konsep tersebut. 

Konsep yang diterapkan pada Kaplan MT adalah yang serupa dengan konsep Poland’s Anders Multirole Combat Platform. Seperti Kaplan MT, Anders adalah kenderaan berunut tempur infantri  yang boleh dikonfigurasikan dengan turet kereta kebal berpusat pada meriam 120mm.  

Rasional di sebalik pendekatan ini adalah, ia menyediakan satu platform yang sama untuk beberapa peranan, seperti mengangkut tentera, pertempuran infantri, pengepungan dan tembakan serangan hendap. 

FNSS ingin memasarkan Kaplan MT sebagai penyelesaian kepada sistem sokongan armor yang melibatkan  kereta perisai ringan, pengepungan dan operasi serangan hendap.  

Ia juga boleh berfungsi sebagai kenderaan tempur infantri. FNSS memandang Kaplan MT sebagai aset sokongan untuk kereta kebal utama yang lebih berat. Ia juga lebih murah untuk dimiliki berbanding aset keluaran negara barat.

sumber: Quwa.org 

Wednesday, May 17, 2017

SINGAPURA TINGKATKAN KEUPAYAAN ARMADA KAPAL SELAMNYA

Type 218SG Kapal selam baru Singapura keluaran Jerman (TKMS)
16 Mei, Menteri Pertahanan Singapura Ng Eng Hen  mengumumkan bahawa Singapura akan membeli dua kapal selam dari Jerman.  

Pengumuman, ini dibuat pada majlis perasmian Pameran Pertahanan Maritim Antarabangsa tahun ini dan persidangan (IMDEX) Asia.

Difahamkan kapal selam tersebut adalah dari jenis Type 218SG (kapal selam penyerang) keluaran Jerman dan dihasilkan oleh syarikat ThyssenKrupp Marine Systems (TKMS). Ia dijadualkan siap pada tahun 2021 dan 2022.

Type 218SG akan mempunyai lapan tiub torpedo 533-mm, dilengkapi dengan AIP dan menggunakan ekor kemudi berbentuk X. Nilai kontrak dianggarkan melebihi 1 bilion euro

Langkah itu merupakan langkah terbaru yang diambil negara tersebut untuk meningkatkan keupayaan maritim di tengah-tengah pertumbuhan tentera laut lain dan peningkatan cabaran keselamatan serantau dan global.

Singapura merupakan negara yang mempunyai kuasa maritim lebih daripada kemampuan yang dimiliki  dikalangan negara Asia Tenggara.  

Armada kapal selam Tentera Laut Republik Singapura (RSN) kini terdiri daripada dua kapal selam kelas Challenger (dua yang lain  telah dibersarakan pada 2015) bersama-sama dengan dua kapal selam kelas Archer yang mana ia diterima daripada tentera laut Sweden pada 1990-an dan 2000-an.

Antara negara jiran di Asia Tenggara selain Singapura, Indonesia mempunyai dua kapal selam buatan Jerman dan telah memesan 3 lagi dari Korea selatan iaitu dari kelas Chang Bogo, Malaysia masih mengendalikan dua kapal selam buatan Perancis, dan Vietnam mempunyai enam kapal selam buatan Rusia, manakala Thailand sedang menuju ke arah memperoleh keupayaan itu selepas berdekad lamanya untuk memperolehinya.

Negara-negara Asia Tenggara yang lain seperti Filipina dan Myanmar juga telah telah menyatakan hasrat mereka untuk memperolehi  kapal selam dari sudut pandangan yang berbeza.

sumber : The Diplomat
 

Monday, May 15, 2017

ROYAL THAI ARMY MILIKI ATMOS 2000 SPG

ATMOS 2000 155mm / 52 kaliber
Versi baru Sistem howitzer 155 mm / 39 berkaliber (ATMOS) Autonomous Truck Mounted howitzer dari Elbit Systems yang dahulu dikenali dengan Soltham system (Israel) '  telah dibangunkan dan dipasang untuk Royal Thai Army (RTA), dengan kerjasama kompleks industri ketenteraan Thailand.

Satu unit pertama terdiri daripada enam CAESAR 155mm / 52 senapang berkaliber kini dalam perkhidmatan.  

Platform ATMOS direka untuk mengendalikan  meriam 155mm / 52 kaliber, 45 kaliber atau 39 kaliber tetapi  Tentera Thailand dikatakan telah memilih untuk memasang meriam 155mm / 39 berkaliber howitzer menggunakan sebuah trak bermobiliti tinggi TATRA 6 × 6.  
Kelebihan Sistem ATMOS ini ialah semua jenis peluru meriam 155mm yang diguna diseluruh dunia boleh digunakan untuk penembakan.

ATMOS sebelum ini telah didemonstrasikan pemasangan meriam 54 kaliber pada trak     8 x 8. 
Sistem ini diangkut dengan pesawat pengangkutan medium seperti C-130 Hercules dan tidak memerlukan pesawat pengangkut peralatan berat untuk dipindahkan pada jarak yang jauh. 
ATMOS 2000 milik RTA
Menurut Jane Defense, yang SPG (Self-propelled Gun) akan dihasilkankan di Thai Army Artillery and Mortar Production iaitu division Pusat Pengeluaran Senjata (WPC), Tentera diRaja Thailand (RTA).  

Sistem SPG buatan tempatan ini telah pun dihasilkan dan diterima oleh Tentera Thailand pada 2015 yang lalu

Platform ATMOS ini dilengkapi dengan sistem Navigasi inersia dan sistem bidikan, yang mana memberi arahan dan mengawal juga dongakan & gear traversing , memberikan ATMOS 2000 berkeupayaan beroperasi secara kendiri.  

Sistem ini mampu dikendalikan oleh 4 orang kru dan berat keseluruhan kenderaan ialah 22 tan. Ia mampu membawa 27 unit projektil berserta pengecas.

Sebanyak 18 unit meriam mudah alih ini ditempatkan di Batalion Artileri 721 Tentera Diraja Thai bagi menggantikan SPH M109A5.

sumber 
Thai Military and Asian Region

Sunday, May 14, 2017

TIADA TAWARAN P-3C ORION DARI JEPUN- KATA PANGLIMA TUDM

P-3C orion

SUBANG - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menafikan laporan bahawa Kerajaan Jepun akan menyerahkan  pesawat peronda maritim P-3C Orion ke Malaysia secara percuma.

Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata laporan portal media tempatan dan luar negara mengenai perkara itu yang tersebar tidak benar.

Ia boleh menjadi khabar angin ... kita tidak menerima apa-apa tawaran atau keputusan rasmi setakat ini, "katanya pada sidang media selepas majlis
Penyampaian Anugerah Inovasi TUDM sini hari ini.

Affendi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai maklumat yang menjadi viral di laman sosial bahawa kerajaan Jepun dilaporkan akan mencari jalan untuk memberikan Malaysia pesawat peronda maritim
P-3C Orion secara percuma.

Beberapa portal asing termasuk di Jepun telah melaporkan mengenai perkara itu dalam seminggu yang lalu namun kesahihan berita tidak diketahui.

sumber : Bernama

Tuesday, May 9, 2017

TAWARAN UPGRADE ENJIN PT-91M DARI RENK FRANCE


Enjin 350S yang dikuasakan oleh Scania D1I6
Syarikat Renk France menawarkan khidmat naik taraf Powerpack (enjin) untuk kereta kebal utama PT-91 Tentera Malaysia di pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia pada 2016 yang lalu.

Syarikat tersebut telah mempamerkan sistem transmisi 350S Powerpack yang menggunakan transmisi automatik ESM350, dan dikuasakan oleh enjin Scania D1I6 yang dibuat khas untuk dimuatkan bersama-sama untuk meningkatkan prestasi
kereta keba T-72, T-90, M-84 dan PT-91.

Menurut Jurucakap Renk France, ia adalah satu reka bentuk baru yang boleh dimuatkan ke dalam casis PT-91 tanpa sebarang pengubahsuaian yang diperlukan. Enjin Scania boleh menawarkan kuasa sebanyak 883kW.

Katanya lagi, Enjin 350S ini boleh menawarkan kelajuan maksimum 70 km / h, berbanding 60 km / h yang dicapai oleh enjin Wola  yang sedia ada dari Poland.  


Ia juga boleh mencapai kelajuan 33 km / h untuk gear pengunduran, iaitu lebih  4 km / h dari apa yang boleh dicapai PT-91 sekarang.

Satu ciri utama adalah bahawa naik taraf ini juga akan memasang steering wheel dengan gear automatik yang diuruskan dalam sistem penghantaran. Ini menjadikan ia lebih mudah untuk dipandu berbanding kawalan manual lama dan lebih murah untuk melatih pemandu.

Sunday, May 7, 2017

JEPUN CADANG HIBAH PESAWAT MPA P-3C KEPADA MALAYSIA

MPA P-3C yang dioperasikan oleh JMSDF - Foto oleh Nekkei





















TOKYO - Jepun bercadang untuk menderma pesawat peronda tentera yang telah dibersarakan ke Malaysia, membolehkan negara Asia Tenggara itu memantau dengan lebih dekat keadaan di Laut China Selatan untuk mengekang pengembangan maritim China.

Parlimen Jepun kini sedang membuat kajian semula undang-undang asas Kementerian Pertahanannya yang akan membolehkan peralatan terpakainya diberikan kepada negara-negara lain tanpa sebarang kos.

Malaysia mungkin akan menjadi negara pertama yang akan mendapat menafaat jika  perubahan undang-undang itu berjaya dibuat, dengan menerima pesawat peronda P-3C  sebelum ini digunakan oleh Japan Maritime Self Defense Force (JMSDF).

P-3C, yang dibangunkan oleh Lockheed Martin dari Amerika Syarikat, dilengkapi dengan radar dan keupayaan yang lain yang membolehkan mereka mengesan dan memantau kapal  dan kapal selam yang mencurigakan.

Tuesday, May 2, 2017

LAWATAN KAPAL PERANG KANADA KUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA.

Dua Kapal Tentera Laut Diraja Kanada HMCS Ottawa dan Winnipeg berlabuh di Boustead Cruise Centre, Pulau Indah di Pelabuhan Klang : Foto Berita Harian

PELABUHAN KLANG 25 April - Hubungan dua hala Kanada dan Malaysia dikukuhkan dengan kunjungan dua Kapal Perang Tentera Laut Diraja Kanada, di Boustead Cruise Centre Pelabuhan Klang di sini.

Menteri Pertahanan Kanada, Harjit Singh Sajjan berkata, 2017 menjadi tahun penting bagi Kanada dan Malaysia kerana ia adalah ulang tahun ke-60 hubungan bilateral kedua-dua negara.

"Malaysia dan Kanada mempunyai pelbagai persamaan, kita kaya dengan sumber semula jadi, kedua-duanya adalah negara maritim dan kita berjiran walaupun dipisahkan oleh kedudukan geografi.

"Saya berharap Kanada dan Malaysia akan terus berkembang dan menyokong antara satu sama lain dalam usaha mencapai matlamat dan peluang di peringkat antarabangsa.

"Saya juga berterima kasih kepada Malaysia kerana meraikan saya dan delegasi kami sejak dua hari lalu dan juga layanan baik yang diberikan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein," katanya selepas di atas kapal perang Kanada HMCS Winnipeg, yang berlabuh di Boustead Cruise Centre di sini.

SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TLDM KE 83

AN Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin melakukan tabik hormat ketika melakukan pemeriksaan barisan anggota TLDM ketika hadir pada Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-83 di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sepanggar.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/276390
Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin melakukan tabik hormat ketika melakukan pemeriksaan barisan anggota TLDM pada Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke 83 : Foto Berita Harian
AN Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin melakukan tabik hormat ketika melakukan pemeriksaan barisan anggota TLDM ketika hadir pada Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-83 di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sepanggar.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/276390

KOTA KINABALU 27 April - Sambutan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Ke-83, hari ini mencatat sejarah apabila buat pertama kali diadakan di luar Pangkalan TLDM Lumut.

Kali ini, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar, di sini, menjadi lokasi sambutan dengan disempurnakan Panglima TLDM, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Seramai 321 pegawai dan anggota TLDM menyertai perbarisan yang bermula jam 7.40 pagi tadi.

Perbarisan sempena ulang tahun TLDM kali ini juga mencatat sejarah apabila buat pertama kali anggota TLDM memakai pakaian operasi baharu bercorak celoreng digital.

Satu lagi sejarah tercipta kali ini ialah penganugerahan Laskar Terbaik 2016 yang julung kali diberikan kepada anggota wanita.

Lebih bersejarah, penerima anugerah terbabit ialah anak jati Sabah berasal dari Kampung Tahak, Membakut, iaitu Laskar Kanan Amisah Kuiming, 31.

Ahmad Kamarulzaman dalam ucapannya, berkata TLDM kini berdepan ancaman keselamatan maritim yang lebih luas.

"Ancaman maritimm dihadapi TLDM kini bukan hanya tertumpu di perairan Selat Melaka tetapi turut meliputi perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu di pantai timur Sabah.

"Ini perlu diberi perhatian dan sebagai benteng pertahanan negara, TLDM bekerja keras bagi memastikan tahap keselamatan perairan dan aset serta infrastruktur maritim negara terjamin," katanya.

Beliau berkata, persekitaran maritim yang selamat adalah sangat penting bagi kestabilan dan pertumbuhan ekonomi negara.

sumber : Berita Harian
KOTA KINABALU: Sambutan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Ke-83, hari ini mencatat sejarah apabila buat pertama kali diadakan di luar Pangkalan TLDM Lumut. Kali ini, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar, di sini, menjadi lokasi sambutan dengan disempurnakan Panglima TLDM, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin. Seramai 321 pegawai dan anggota TLDM menyertai perbarisan yang bermula jam 7.40 pagi tadi. Perbarisan sempena ulang tahun TLDM kali ini juga mencatat sejarah apabila buat pertama kali anggota TLDM memakai pakaian operasi baharu bercorak celoreng digital. Satu lagi sejarah tercipta kali ini ialah penganugerahan Laskar Terbaik 2016 yang julung kali diberikan kepada anggota wanita. Lebih bersejarah, penerima anugerah terbabit ialah anak jati Sabah berasal dari Kampung Tahak, Membakut, iaitu Laskar Kanan Amisah Kuiming, 31. Ahmad Kamarulzaman dalam ucapannya, berkata TLDM kini berdepan ancaman keselamatan maritim yang lebih luas. "Ancaman maritimm dihadapi TLDM kini bukan hanya tertumpu di perairan Selat Melaka tetapi turut meliputi perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu di pantai timur Sabah. "Ini perlu diberi perhatian dan sebagai benteng pertahanan negara, TLDM bekerja keras bagi memastikan tahap keselamatan perairan dan aset serta infrastruktur maritim negara terjamin," katanya. Beliau berkata, persekitaran maritim yang selamat adalah sangat penting bagi kestabilan dan pertumbuhan ekonomi negara.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/276390