Wednesday, January 28, 2015

EXOCET - PELURU BERPANDU ANTI KAPAL


Exocet, peluru berpandu anti-kapal dari Perancis yang boleh dilancarkan dari beberapa platform seperti pesawat, helikopter,  kapal perang dan kapal selam.

Semua peluru berpandu mempunyai sistem asas yang sama iaitu tahan dalam semua-cuaca, sea-skimming, tembak-dan-lupa (fire and forget), radar petunjuk dan di gerakkan oleh motor roket pepejal dwi teras pada kelajuan transonik.

Ianya bertujuan untuk menyerang kapal-kapal perang yang besar dan juga kecil pada jarak sederhana seperti kapal jenis Pemusnah (Destroyer), Frigat dan Korvet. 

Monday, January 12, 2015

INDONESIA TERIMA MBT LEOPARD 2 DARI JERMAN

Leopard 2A4 berarak pada hari Kemerdekaan Indonesia
Indonesia telah menerima kumpulan pertama Kenderaan berperisai yang diperolehi dari Jerman - dari pesanan asal sebanyak 164 unit iaitu 40 unit kereta kebal  Leopard 2A4, 63 unit Leopard 2RI (dinaik taraf kepada "Revolusi" standard), 4 unit Buffel, kenderaan pemulihan perisai, 3unit Leguan lapisan jambatan berperisai dan 3 unit Kodiak kenderaan kejuruteraan perisai, ditambah 50 unit Marder 1A2 IFV 

Pembelian ini adalah sebahagian dari program pembangunan dan permodenan alatan ketenteraan  Tentera Nasional Indonesia. Walaupun sebelum ini terdapat bantahan dari pelbagai pihak di Republik itu.

Pada masa ini, Indonesia hanya mengoperasikan sejumlah kereta kebal ringan jenis Scorpion dari Britian dan AMX13 dari Perancis. 

Wednesday, January 7, 2015

KERETA KEBAL T-55 RUSIA



T-55 Rusia
T-55 adalah kereta kebal serdahana (Medium Battle Tank) buatan Russia. Ia merupakan versi  tingkat upaya dari T54. Berbentuk trek dimana terdapat  5 roda pada treknya.  

T-55 mempunyai badan yang rendah silhouetted dengan turet berbentuk kubah dipasang diatas roda track ketiga. 

T-55 telah diperkenalkan pada tahun 1958 dgn menggabungkan semua elemen yang terdapat pada T54 dan menambahbaik lagi tanpa mengubah rekabentuk dan rupa asalnya.

Selain dilengkapi dengan meriam utama 100mm D-10T2S. T55 dipasang dengan mesingan sepaksi 7.62 mm dan juga bow-mounted mesingan 7.62-mm.  Dikendalikan oleh 4 orang anggota.

Thursday, January 1, 2015

MIKOYAN MIG 29

MiG-29 dengan persenjataan
Mikoyan MiG-29; Kod NATO: "Fulcrum" adalah jet pejuang  yang direka oleh Rusia (Soviet Union). Dibangunkan oleh Mikoyan Design Bureau sebagai air superiority fighter pada tahun 1970.

MiG-29, bersama-sama dengan Sukhoi Su-27, telah dibangunkan sebagai saingan kepada pesawat pejuang Amerika yang baru seperti McDonnell Douglas F-15 Eagle, dan General Dynamics F-16 Fighting Falcon. 

MiG-29 memasuki inventori Tentera Udara Rusia pada tahun 1983. Sebanyak 30 buah negara telah mengoperasikan MiG-29, dimana India menjadi negara operator yang terbesar. Malaysia juga adalah negara di rantau Asia Tenggara yang pertama mengoperasikan pesawat pejuang dari blok komunis ini.

Thursday, October 23, 2014

TYPE 053H2G (FRIGAT KELAS JIANGWEI 1)

Type 053H2G - Frigat 540 Huainan

Frigate Type 053H2G (kod NATO Jiangwei I) adalah kapal frigat China yang memasuki perkhidmatan dengan Tentera Laut, Tentera Pembebasan Rakyat (PLAN) pada 1990-an.  

Mereka merupakan variasi terkemudian daripada keluarga frigat jenis 053, dan adalah kapal frigat pelbagai peranan pertama dalam tentera laut China (PLAN).  

Hanya 4 unit telah dibina sebelum kelas ini digantikan oleh  kelas yang lebih baik Jenis 053H3 Jiangwei II. 

Jenis-jenis kapal FFG Jiangwei I ialah :
1. FFG 539 Anqing dilancar pada Julai 1992
2. FFG 540 Huainan dilancar pada Disember 1992
3. FFG 541 Huaibei dilancar pada Julai 1993
4. FFG 542 Tongling dilancar pada Julai 1994

Friday, August 15, 2014

CASA/IPTN CN-235 PESAWAT PENGANGKUT TAKTIKAL KOS RENDAH

CN235 irish sedang membuat rondaan
CASA / IPTN CN-235 adalah pesawat pengangkut enjin berkembar jarak sederhana yang dibangunkan bersama oleh CASA dari Sepanyol dan IPTN Indonesia sebagai pengilang , sebagai sebuah pesawat serantau dan pengangkutan tentera. 

Dari segi ketenteraan peranan utama termasuk rondaan maritim, pengawasan, dan pengangkutan udara.

Projek ini adalah usaha sama antara Construcciones Aeronáuticas SA (CASA) dan Indonesia Aeroangkasa (PT. Dirgantara Indonesia), yang sebelum ini dikenali sebagai IPTN, yang membentuk Airtech untuk menguruskan program ini. 

Wednesday, December 11, 2013

SISTEM PERTAHANAN DARAT KE UDARA STARBURST

Starburst dioperasikan oleh seorang anggota tentera
Starburst adalah peluru berpandu mudah alih permukaan-ke-udara British yang dihasilkan oleh Shorts Missile Sistem of Belfast (sejak 2002 dikenali sebagai Thales Air Defence Limited). Ia telah digunakan oleh Tentera British (sebagai Jevelin S15), Angkatan Tentera Malaysia (Starburst), dan dalam Tentera Kanada sebagai Jevelin. 

Sistem Starburst ini  boleh dikendalikan dari bahu anggota atau dari pelancar yang dikenali sebagai "Starbust LML" - (Lightweight Multiple Launcher) Pelancar Ringan Berganda. 

Monday, November 11, 2013

PENTAULIAHAN KAPAL SELAM KEDUA "KELAS ARCHER" OLEH SINGAPURA


RSS Swordsman ,kapal selam kedua dari kelas Archer diesel-elektrik telah ditauliahkan di Singapura, di mana ia akan menyertai RSS Archer (ex HMS Hälsingland), yang telah ditugaskan pada tahun 2011.
.
SS Swordsman (ex HMS Västergötland) telah diperolehi dari Angkatan Laut Diraja Sweden pada tahun 2005 dan telah dilancarkan di Karlskrona, Sweden pada 20 Oktober 2010. Beliau menjalani pelbagai ujian laut  secara menyeluruh dan meluas di Sweden sebelum kembali ke Singapura pada 31 Disember 2012.

Sunday, June 30, 2013

MISIL SEA WOLF






Misil Sea Wolf adalah misil anti-peluru berpandu  jarak dekat berkelajuan tinggi dengan sistem bimbingan arahan semi-automatik dengan mengunakan panduan radar dan / atau peluru berpandu infra-merah serta pengesan sasaran. 

Thursday, June 13, 2013

SUPER LYNX 300 ASW

South Afrika Super Lynx
Super Lynx adalah versi eksport helikopter Lynx dari AgustaWestland (dahulunya GKN Westland Helikopter). Tentera Laut Diraja UK dilengkapi dengan helikopter Lynx HMA Mark 8  dan Tentera UK dengan AH Mk 7 dan AH Mk 9 Lynx helikopter peninjau / serangan. 

Super Lynx telah ditempah oleh Jerman (tujuh) dan Korea Selatan (13) dan Jerman dan Denmark menaik taraf helikopter Lynx mereka untuk Super Lynx standard.  

Super Lynx yang pertama bagi Jerman telah dihantar pada bulan Julai 1999 (bagi perkhidmatan di atas kapal frigat Type 122 dan 123), Singapura pada bulan Disember 1999 dan Denmark pada November 2000.

Monday, June 3, 2013

SYRIA AKAN BELI 10 JET PEJUANG MIG 29 DARI RUSIA


Russia-made MIG-29 M/M2 fighter jets (file photo)
MOSCOW - Pembuat jet MiG di Rusia menyatakan semalam ia merancang untuk menandatangani perjanjian baharu untuk menghantar sekurang-kurangnya 10 jet pejuang ke Syria.

Pengumuman itu dibuat ketika beberapa pemimpin dunia mengkritik laporan penjualan sistem peluru berpandu S-300 kepada negara tersebut.

Pengarah Urusan MiG, Sergei Korotkov berkata, satu delegasi Syria berada di Moscow untuk membincangkan laporan terperinci tentang kontrak baharu berhubung penghantaran jet MiG-29 M/M2.

Sunday, May 19, 2013

CV90120 KERETA KEBAL RINGAN SWEDEN



CV90120-T

CV90120-T adalah merupakan salah satu versi kereta perisai dari Sweden dan dikenali di bawah kumpulan "Combat Vehicle 90".

 CV90120-T pada asasnya direka berdasarkan versi yang diubah suai daripada chasis  CV90 “Armored Fighting Vehicle” (AFV).

Kereta Kebal ringan CV90120-T ini dikilangkan di bawah label BAE Systems  Hagglunds. Ptototaip yang pertama dilancarkan pada tahun 1988 dan memulakan ujian tembakan  di Sweden pada lewat tahun 1998.


Monday, May 6, 2013

HAWK 200/100- BAE SYSTEM



Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia
Pesawat tempur ringan Hawk dari  BAE Systems merupakan pesawat jet latihan lanjutan satu enjin pihak British. Ia dikendalikan oleh dua orang juruterbang, 

Mula diterbangkan pada tahun 1974 sebagai Hawker Siddeley Hawk, dan seterusnya pembinaanya diteruskan oleh syarikat pengganti, masing-masing dari British Aerospace dan BAE Systems . Ia telah digunakan dalam kapasiti latihan dan sebagai pesawat tempur yang berkos rendah. 

Saturday, April 6, 2013

PERANG KONTRAK MRCA, PENGGANTI MIG 29 MENJADI TANDA TANYA?


KUALA LUMPUR 29 Mac - Dalam keghairahan orang ramai melihat pertunjukan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013, tanpa disedari berlaku ‘peperangan sengit’ di belakang tadbir melibatkan syarikat pengeluar pesawat tempur.

Peperangan yang dimaksudkan adalah pertarungan sengit untuk memenangi kontrak penggantian pesawat pejuang MiG29 yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ketika ini.