Monday, August 19, 2019

MISIL R77 / AA-12 ADDER

Misil R77 / AA-12 Adder (kod Nato)
R77 atau dikenali RVV-AE Misil dalam Russia dan AA-12 Adder oleh Nato adalah Medium Range Misil buatan Russia yang bersifat BVR (Beyond Visual Range) maknanya Juruterbang tidak nampak sasaran musuh di depan mata. Merupakan misil udara ke udara.

Bagaimana R77 ini beroperasi? Ianya dilancarkan dan menuju ke sasaran berpandukan pada radar di pesawat pejuang itu sendiri.

Erti kata lain, juruterbang SU30MKM tidak boleh tembak R77 dalam keadaan Dogfight mesti dalam kedudukan yang sesuai, BVR dan paling penting kena ada radar lock. (perlu mengaktifkan radar untuk mengunci sasaran iaitu pesawat musuh)

Ingat setiap pesawat pejuang dalam mana-mana negara jarang nak on radar dia kecuali terpaksa kerana ia akan mendedahkan kedudukan pesawat tersebut. itu sebab kenapa TUDM hendakkan sangat AWACS tu sebab pesawat ini mampu memberi panduan dan koordinat pesawat musuh dan memudahkan SU30MKM untuk menembak R77 ke sasaran.

Berbalik pada R77 ini, ianya mula direkabentuk pada tahun 1982 selepas US memperkenalkan buat pertama kali nya AIM 120C Amraam dalam ordnans USAF dan US Navy.

Bila betul- betul R77 ini diserap dalam Russian Air Force adalah pada tahun 1992 MosAeroShow dan mendapat jolokan nama Amraamski.

R77 ini mempunyai pelbagai variasi sesuai untuk kepelbagaian tugasan dan yang penting, Duit oleh Negara Pembeli itu sendiri.

Versi asas R77 dahulu nya mampu mencapai jarak 80KM tetapi dengan kemajuan dan penyelidikan berterusan Versi Termaju R77 buatan Russian mampu mencapai jarak sasaran 120 - 160KM yang dikenali sebagai R77RVV-AE-PD. Menggunakan solid-feul ramjet enjin.

Pengeluar Misil R77 iaitu Tactical Missile Corp pada 2009 telah memperkenalkan variasi RVV-SD yang mana lebih berat, 15kg lebih berat dari R77 versi asal. lebih panjang dan keupayaan radar seeker yang dinaiktarafkan, perubahan pada bahagian boat tail rear bagi mengurangkan daya seretan.

Malaysia bila mana mengunakan R77? mestilah pemilikan R77 misil ini mula berkhidmat di bawah skuadron 17/19 Mig 29N dahulu kala nya. Variasi R77 yang digunakan oleh SU30MKM itu tidak dapat dipasti dari jenis apa.

Jumlah R77 dalam Pegangan TUDM. MMP boleh bercakap Beribu-ribu hahahaha (Korang sendiri tahu mende ni rahsia kan)

Apa apa pun. Jumlah MRCA kena tambah dan Awacs kena ada.

Bahasa Mudah nya Duit

TUDM X reti main saham.

IkanJerungHantu

Sumber : Malaysia Military Power

MYANMAR DIJANGKA TERIMA KAPAL SELAM KILO PERTAMANYA

INS Sindhuvir yang akan diserahkan kepada Tentera Laut Myanmar.
NEW DELHI: India dijangka menyerahkan kapal selam pertama Myanmar, iaitu kapal kelas Kilo yang kemungkinan akan dihantar pada tahun ini selepas diperbaharui atau di refit di India.

INS Sindhuvir akan digunakan oleh Tentera Laut Myanmar - yang sedang mencari untuk mendapatkan armada kapal selam sendiri pada tahun-tahun akan datang - untuk tujuan latihan.

Kapal selam kelas Kilo, yang dibeli dari Rusia pada tahun 1980-an, sedang dimodenkan oleh Hindustan Shipyard Limited (HSL) di Vizag dengan sumber mengatakan bahawa kemungkinan akan selesai sebelum akhir tahun ini.

Sumber memberitahu ET bahawa keizinan yang diperlukan telah diluluskan dari Rusia yang merupakan pengeluar asal kapal selam dan ia akan dilengkapi dengan sistem tempatan untuk melatih Tentera Laut Myanmar.

Terdapat siri pertukaran dan pertemuan peringkat tinggi antara kedua-dua negara dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dengan Ketua Kanan Pertahanan Myanmar (CDS), Jeneral Min Aung Hlaing ketika ini sedang berkunjung ke India.

Kementerian Pertahanan India berkata bahawa perbincangan dengan Ketua Kanan bertujuan "meningkatkan kerjasama pertahanan, mengkaji semula latihan bersama dan latihan yang diberikan kepada Perkhidmatan Pertahanan Myanmar, mengukuhkan keselamatan maritim melalui pengawasan bersama dan pembinaan kapasiti ... dan membangunkan infrastruktur baru".

Pemindahan kapal selam itu mungkin berlaku dengan menggunakan Line of Credit (LoC) yang diperluaskan oleh India ke Myanmar untuk meningkatkan keupayaan ketenteraan. Inisiatif India, kata sumber, datang selepas rundingan dengan pemimpin Myanmar sejak empat tahun yang lalu untuk memahami keperluan pertahanan mereka.

sumber : Economic Times


Wednesday, July 24, 2019

PERUNTUKAN RM 440 JUTA UNTUK PEROLEHAN HELIKOPTER, BOT BAHARU TLDM

Multirole helikopter Agusta westland AW139 sesuai usebagai helikopter utiliti
KUALA LUMPUR, 23 Jul – Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sani menyatakan Tentera Laut Diraja Malaysia dalam proses perolehan  helikopter utiliti dan bot baharu.

Beliau menyatakan perkara tersebut semasa Perjumpaan Panglima Tentera laut Bersama Media Sempena Penembakan Peluru Berpandu Exocet dan Sea Skua di Kementerian Pertahanan, hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 3 buah helikopter operasi maritim akan dibeli dengan peruntukan sebanyak RM 220 juta .

Helikopter yang bakal diperoleh lebih tertumpu kepada helikopter utiliti yang bertujuan untuk melaksanakan tugas-tugas logistik seperti melakukan operasi ulang bekal serta mengangkut anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL),” jelas Panglima Tentera Laut.

Sementara itu, jumlah yang sama diperuntukan untuk perolehan bot pemintas (Fast Interceptor Craft).  Perolehan FIC bertujuan untuk memperkukuhkan operasi TLDM menjaga perairan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah.

FIC (Fast Interceptor Craft) Penggalang
FIC mampu untuk melakukan pelayaran di kawasan perairan yang cetek dan sukar dimasuki oleh bot-bot biasa.

“Pada ketika ini, kita berhasrat untuk memperoleh sebanyak 18 buah bot pemintas,

“Selain mempunyai kelajuan, FIC mempunyai daya tahan yang tinggi untuk memintas sebarang bot-bot yang menceroboh di perairan tersebut,” ujar Reza.

Difahamkan kesemua perolehan tersebut dilakukan dengan cara tender terbuka.

Menyentuh tempoh perolehan, beliau memaklumkan kesemua kontrak perolehan akan ditandatangani dalam masa terdekat selewat-lewatnya pada tahun ini.

Tinjauan di laman eTender Kementerian Pertahanan mendapati iklan tender perolehan helikopter operasi maritim dan FIC telah disiarkan pada 19 Julai 2019.

sumber : airtimes.my



PENEMBAKAN PELURU BERPANDU EXOCET DAN SEA SKUA BUKTI KEUPAYAAN TLDM

Tembakan peluru berpandu exocet dari KD Kasturi
KUALA LUMPUR, 23 Jul – Panglima Tentera Laut menjelaskan kejayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam melaksanakan penembakan peluru berpandu Exocet dan Sea Skua bukti keupayaan anak tempatan dalam mengendalikan sistem persenjataan peluru berpandu.

“Kejayaan penembakan kedua-dua peluru berpandu ini adalah membuktikan tahap kecekapan warga TLDM dalam memastikan kesiagaan peralatan dan sistem persenjataan terutamanya sistem pertempuran kapal,

“Kejayaan ini juga membuktikan warga TLDM berupaya untuk menggendalikan dan menyelenggara sistem persenjataan yang canggih tanpa bantuan pihak luar seperti kontraktor dari luar negara,” jelas Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sani.

misil Exocet MM40 block II
Pada 16 Julai lalu, TLDM telah melaksanakan penembakan peluru berpandu Exocet MM40 Block II dan Sea Skua terhadap sasaran di perairan Laut China Selatan. Penembakan ketiga-tiga peluru berpandu tersebut merupakan kemuncak Eksesais Taming Sari siri 19/2019.

Eks Taming Sari merupakan sebahagian daripada komponen Eksesais Kerismas 26/2019, yang merupakan latihan terbesar buat TLDM.

Menurut Panglima Tentera Laut, kali terakhir Eks Taming Sari diadakan adalah pada tahun 2014.

“Eks Taming Sari pada kali ini secara tidak langsung menguji kesiagaan peluru berpandu, platform peluru berpandu dan penggunanya yakni warga TLDM,

Penembakan peluru berpandu sea skua dari helikopter Super Lynx
“Kesemua peluru berpandu telah berjaya dilancarkan dan mengenai sasaran,” jelas beliau semasa Perjumpaan Khas Bersama Media Bersempena Penembakan Peluru Berpandu Exocet dan Sea Skua di Bilik Mesyuarat Markas Tentera Laut, Kementerian Pertahanan Malaysia.

Dalam latihan tersebut, peluru berpandu Exocet MM40 Block II telah dilancarkan oleh KD Kasturi sementara dua peluru berpandu Sea Skua telah dilancarkan oleh helikopter Superlynx. Kedua-dua peluru berpandu tersebut merupakan peluru berpandu jenis anti kapal yang dimiliki oleh TLDM.

Menurut Panglima Tentera Laut, kesemua peluru berpandu dilancarkan secara serentak oleh KD Kasturi dan helikopter Superlynx.

Menteri pertahanan dan timbalannya menyaksikan penembakan peluru berpandu tersebut
Kejayaan penembakan kedua-dua peluru berpandu ini turut disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong.

“Kejayaan penembakan kedua-dua peluru berpandu ini membuktikan pelaburan rakyat terhadap pembelian aset ketenteraan khususnya TLDM bukanlah sia-sia,” tegas Reza.

sumber : airtimes.my

Tuesday, July 16, 2019

"NINE DASH LINE" TUNTUTAN CHINA DI LAUT CHINA SELATAN

Garisan merah merupakan garisan tuntutan Nine Dash Line dari China
"NINE DASH LINE" adalah garis penandaan digunakan oleh Republik China (1917 - 1949) dan kemudiannya dituntut oleh Republik China (Taiwan) dan Republik Rakyat China (PRC) melibatkan sebahagian besar Laut China Selatan melibatkan Paracel Islands, Spratly Islands, Pratas Islands, Macclesfield Bank dan Scarborough Shoal.

Ia bermula pada 1887 apabila Dinasti Qin menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Perancis selepas Perang Sino-Perancis 1885. Ia menyatakan Kerajaan Dinasti Qin China menyatakan walaupun Vietnam menjadi milik Perancis, kawasan perairan sekitarnya masih milik China. Namun ia tidak disahkan dalam perjanjian berkenaan.

Pada 1946, Republik China menuntut kembali perairan Laut China Selatan selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Namun menerusi Deklarasi Kaherah dan Potsdam, tiada pernyataan dikeluarkan. Akibat dari tindakan tiada pernyataan, Tentera Laut Republik China menghantar Kapal ke kawasan berkenaan sebagai usaha menuntut.

Pada 1947, Republik China mengeluarkan satu carta peta dinamakan "Pulau-Pulau China di Laut China Selatan" yang merujuk pada "Nine Dash Line".

Pada 1951, Jepun menandatangani perjanjian damai di San Francisco, Amerika Syarikat sekaligus Laut China Selatan terbuka untuk dimiliki. China, Taiwan, Vietnam dan Filipina mengambil langkah awal menuntut beberapa pulau di Laut China Selatan.

Pada 2009, China telah menghantar peta "Nine Dash Line pada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menuntut Laut China Selatan adalah milik mereka. Ia diprotes oleh negara-negara di sekeliling Laut China Selatan antaranya Vietnam, Filipina, Brunei, Malaysia dan Indonesia.

Kelemahan United Nations Convention of the Laws of the Sea atau UNCLOS menjadi punca apa yang berlaku sekarang. Kebanyakan negara ASEAN telah melakukan perjanjian sesama negara ASEAN mengenai sempadan dan had garisan antara dua negara tanpa pengesahan antarabangsa.

Republik Rakyat China pula bertegas berdasarkan sejarah mereka berhak keatas Laut China Selatan. Ia dapat dilihat kehadiran Kapal Pengawal Pantai dan Tentera Laut serta aset udara dikawasan tertentu.

Ia sebenarnya kelihatan "tiada kesalahan" berdasarkan undang-undang Antarabangsa. Namun ia adalah satu provokasi nyata dari Republik Rakyat China bahawa mereka adalah penguasa dan pemilik Laut China Selatan.

Selain itu, Laut China Selatan turut memiliki medan simpanan Petroleum dan Gas Asli yang besar dengan jangkaan menpunyai 17.7 Billion tan yang mana mampu menghasilkan 11 billion tong barrel Petroleum dan kira 500 trillion kaki padu untuk gas asli.

Selain itu, laluan perdagangan yang lalu di Laut China Selatan dikatakan mencecah USD 3.37 Trillion setahun. Ia penting buat China untuk eksport dan import industri negara berkenaan.

Terumbu atau pulau Layang-layang
Terumbu Mantanani
Terumbu Ubi
Malaysia telah menuntut perairan di Spratly Island berdasarkan undang-undang UNCLOS yang dikeluarkan pada 1982 iaitu 200 batu nautika Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) boleh dituntut dan dibawah kawalan negara-negara maritim.

1983, Malaysia menempatkan tentera di Swallow Reef atau Terumbu Layang-Layang. Selain itu, Ardasier Reef atau Terumbu Ubi dan Mariveles Reef atau Terumbu Mantanani turut ditempatkan tentera.

Namun, penempatan tentera di kawasan berkenaan tidak mendatangkan kebaikan buat Malaysia apabila kerajaan Malaysia seperti "Menghalalkan" Republik Rakyat China hadir di Kawasan "Tuntutan" Perairan Malaysia.

Dengan alasan China kini kuasa besar perdagangan dunia serta sebagai rakan diplomatik ia dapat diselesaikan secara diplomasi. Ia dapat dilihat pada IISS Shangri-La Dialogue, Malaysia mengambil keputusan diplomasi berbanding negara lain seperti Vietnam dan Filipina memilih untuk menentang tindakan China.

Vietnam dan Filipina telah memperkuatkan Tentera Laut dan Pengawal Pantai dengan mendapatkan bekas Kapal Peronda Pengawal Pantai Amerika, Cutter Kelas Hamilton dan Korvet Kelas Pohang dari Korea Selatan.

Manakala China memiliki Kapal Peronda Pengawal Pantai yang besar iaitu CCG Cutter 3901 yang mempunyai berat 12,000 tan hampir menyamai saiz Kapal Pembinasa Tentera Laut.

Kapal Coast Guard China terbesar 
Apakah Malaysia masih mahu menerus dengan "Diplomasi" tatkala Republik Rakyat China berterusan menekan negara-negara dikeliling Laut China Selatan agar mengiktiraf mereka sebagai "Tuan Tanah".

Selain itu, kuasa besar lain turut mula campur tangan apabila Australia, Kanada, Amerika Syarikat, Jepun, Russia dan United Kingdom menghantar aset armada Tentera Laut dan Tentera Udara mereka ke Laut China Selatan

"We Can't Fight Them" Their ship are very big
"Elephant fight Elephant grass suffer in the middle"
"We got software and hardware"

sumber -Malaysia Defence Review


Saturday, July 13, 2019

LMS 112 "SUNDANG" DILANCARKAN

LMS kedua telah siap dibina dan dinamakan Sundang
Secara Rasmi Kapal Littoral Mission Ship (LMS) Kedua dirasmikan dan dinamakan "Sundang" yang merupakan simbol persenjataan tradisional Melayu.

Ia dilancarkan di Wuchang Shipbuilding, Shingliau, China hari ini oleh Isteri Panglima Angkatan Tentera yang bergelar "Lady Sponsor" iaitu perhormatan pada isteri kenamaan merasmikan kapal Tentera Laut.

LMS Kedua Sundang dijangka akan diserahkan pada April 2020 selepas selesai ujian perlayaran dan intergrasi sistem.

Manakala LMS Pertama Keris yang dirasmikan pada April 2019 oleh Isteri Menteri Pertahanan bakal menyertai armada TLDM menjelang Disember 2019.

4 buah LMS dirancang dan dibina untuk memgfokuskan rondaan, penguatkuasaan serta bantuan kemanusian, kecemasan dan bencana atau HADR untuk Armada Timur TLDM terutama di Timur Sabah.

Menerusi program 15 to 5 TLDM, 18 buah LMS dirancang untuk diperolehi untuk mengantikan Korvet Kelas Laksamana, Kapal Serang Laju (FAC), Kapal Ronda (PC), Penyapu Ranjau (MCMV) Kelas Mahamiru serta Hidrografi.

Untuk masa akan datang dijangka kapal LMS bakal dilengkapi meriam 57mm/76mm, misil anti kapal, meriam automatik CIWS, misil pertahanan udara VSHORAD, sonar, torpedo serta dek pendaratan helikopter.

Sumber TLDM


Thursday, July 11, 2019

KAPAL SELAM JEPUN - KELAS SORYU


Kelas Soryu adalah kelas baru bagi kapal selam serangan Jepun berkuasa diesel-elektrik . Ianya dibangunkan  dari reka bentuk kapal selam sebelum ini iaitu kelas Oyashio.

Kapal pertama, yang dinamakan sempena kapal pengangkut pesawat angkatan laut Jepun, Soryu, telah ditugaskan pada tahun 2009. Nama Soryu bermaksud Blue Dragon.

Semua kapal selam lain dalam kelas ini juga dinamakan sempena makhluk mitologi Jepun. Angkatan Pertahanan Diri Maritim Jepun (JMSDF) merancang untuk mengendalikan sekurang-kurangnya 14 kapal selam serangan diesel-elektrik ini.

Kapal kelas Soryu jauh lebih besar daripada Oyashio. Selanjutnya, kapal selam ini mempunyai anjakan yang lebih besar daripada kapal selam Jepun sebelum Perang Dunia II.

Ia boleh dibezakan dari kelas Oyashio dengan kemudi berbentuk X. Konfigurasi kemudi itu mula-diguna pakai pada kelas Gotland Sweden. Ia dibantu dengan komputer dan menyediakan kapal selam dengan kemampuan gerakan yang ekstream. Ia juga membolehkan kapal selam beroperasi dengan menyelam menghampiri dasar laut.

keratan rentas Soryu dengan sistem yan dimilikinya
Merupakan kapal selam pertama Jepun menggunakan sistem AIP (Air-independent propulsion). Kapal selam di dalam kelas ini dilengkapi dengan enjin Kockums Naval Solutions Stirling yang dibina oleh Kawasaki Heavy Industries, membolehkan mereka terus beroperasi didalam laut untuk tempoh masa yang lebih lama.

Kelas Soryu mempunyai reka bentuk hidrodinamik dan dilengkapi dengan lapisan anechoic. Bahagian Interiornya juga mempunyai pengasingan bagi bunyi komponen yang kuat.

Di lengkapi dengan enam tiub torpedo 533 mm untuk torpedo Type 89 dan peluru berpandu anti-kapal Sub-Harpoon UGM-84. Kapal ini mempunyai automasi canggih dalam sistem tempurnya.

Torpedo Type 89 sedang dipasang pada Kapal Selam Soryu
Soryu juga dilengkapi dengan sistem decoy ADCs (Acoustic Device Countermeasures) merupakan peranti elektrik atau elektronik yang direka untuk menipu sistem radar, sonar atau pengesanan lain, seperti inframerah (IR) atau laser. Ia juga berkesan digunakan untuk mengelirukan peluru berpandu kapal selam musuh dari menghentam sasaran yang sebenar.

Berat kapal selam ini semasa dipermukaan dianggarkan 2900 tan dengan kelajuan pelayaran 13 knot (24 km/jam). Manakala beratnya ketika menyelam boleh mencapai 4200 tan dengan kelajuan 20 knot (37 km/jam).

Dioperasikan oleh seramai 65 anak kapal (9 pegawai dan 56 lain-lain pangkat). Jarak pengoperasian dengan menggunakan sistem AIP mampu menjangkau 6100 batu nautika (11297.2 km) pada kelajuan 6.5 knot (12 km/jam).

sumber: Military.today & Wikipedia


Wednesday, July 10, 2019

LKT 2019 MORTAR GEMPITA 120MM DIUJI KUASA TEMBAKANNYA


GEMAS  - Latihan Kuasa Tembakan (LKT) merupakan aktiviti tahunan bagi menguji keupayaan aset yang dimiliki Tentera Darat (TD) di mana ianya bukanlah satu pembaziran sebaliknya merupakan medan untuk mengetahui tahap prestasi anggota TD dalam mengendalikan aset TD.

Pasukan 12 RAMD (Mek) telah terpilih untuk sama-sama terlibat dengan Latihan Kuasa Tembakan (LKT) Tahun 2019 yang bakal dilaksanakan pada 14 hingga 24 Sep 2019.

Bagi menyokong tugasan ini, pasukan telah mengambil pendekatan proaktif untuk melaksnakan latihan tembakan Pra-LKT bagi menguji senjata mortar 120mm dan mortar 81mm serta kecekapan krew mortar pasukan memgendalikannya.


Latihan ini dilaksanakan adalah untuk menguji INU pada sistem mortar 120mm yang baharu siap dibaiki sebelum LKT sebenar dilaksanakan.

Latihan ini melibatkan 4 buah KP Adnan jenis AMC 81 mm Mortar, 3 buah KP Adnan jenis 120 mm Mortar. Selain itu, terdapat juga sebuah KP Gempita jenis AMC 120 mm Mortar tumpangan 19 RAMD (Mek) turut terlibat dalam sesi latihan ini.


Objektif latihan adalah untuk mencapai tahap kemahiran (proficiency standard) pasukan dalam peranan ofensif dan defensif.

Selain itu, melatih anggota menembak senjata bantuan di dalam suasana yang hampir sama dengan peperangan serta memahirkan anggota untuk mengendalikan senjata dalam pelbagai suasana pertempuran untuk mewujudkan mutu profesionalisma yang tinggi.

sumber: defense studies

EKSESAIS KERISMAS, TAMING SARI UJI KETAHANAN ASET TLDM

KD Kasturi antara yang terlibat dalam Eksesais Kerismas dan Taming sari
LATIHAN terbesar dalam sejarah Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Eksesais Kerismas diadakan semula selepas 14 tahun dihentikan, membabitkan 11 kapal TLDM termasuk kapal selam KD Tun Razak.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany berkata, eksesais itu turut membabitkan 3,000 anggota dan diadakan di perairan Laut China Selatan selama 11 hari, bermula kelmarin.

Katanya, tujuan utama eksesais itu adalah meningkatkan dan menilai tahap kesiapsiagaan Armada TLDM di peringkat operasi serta taktikal.

“Eksesais ini untuk menguji ketahanan dan keselamatan Armada TLDM dalam melaksanakan operasi maritim secara berterusan.

“Saya harap pegawai dan anggota terbabit mempelajari dan menambah pengetahuan serta kemahiran dalam konteks pelaksanaan operasi maritim,” katanya selepas Majlis Pembukaan Eksesais Kerismas 26/2019 di Auditorium Al-Haimi, Markas Wilayah Laut 1 di sini, semalam.

Kapal selam KD Tun Razak
Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Khairul Anuar Yahya dan Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob.

Beliau berharap eksesais itu mencapai objektif spesifik seperti digariskan dan seterusnya berupaya mempersiapkan armada bagi menangani sebarang bentuk ancaman sama ada konvensional atau sebaliknya.

Mohd Reza berkata, selepas Eksesais Kerismas, eksesais di perairan Laut China Selatan diteruskan dengan Eksesais Taming Sari siri 19/2019 yang bermula pada 12 hingga 18 Julai ini.

“Dua eksesais ini diadakan berterusan membabitkan 11 aset TLDM dan 3,000 pegawai dan anggota. Eksesais ini turut membabitkan aset dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Acara kemuncak siri eksesais kali ini adalah penembakan peluru berpandu Exocet MM40 Block 2 dan Sea Skua. Selepas lima tahun tanpa sebarang tembakan peluru berpandu, eksesais kali ini secara tidak langsung memberi peluang kita menguji kesiagaan missile platform,” katanya.

Katanya, walaupun penembakan peluru berpandu ini bukan luar biasa, namun bagi TLDM ia perkara yang amat penting dalam membuktikan keupayaan sebenar kuasa tempur TLDM.

sumber : Metro

Monday, June 24, 2019

PELAYARAN KAPAL INDUK CHINA: TLDM AMBIL LANGKAH BERJAGA-JAGA

Peta pelayaran armada kapal Induk Liaoning 
LUMUT, 24 Jun – Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany menyatakan Tentera Laut Diraja Malaysia akan sentiasa berwaspada akan kehadiran kapal-kapal asing yang memasuki perairan negara.

Beliau menyatakan perkara tersebut selepas Majlis Serah Terima Tugas Panglima Armada Barat yang berlangsung di Pangkalan TLDM Lumut, hari ini.

“Saya ada membaca laporan tersebut namun sehingga kini belum ada bukti kukuh yang melaporkan perkara tersebut (kapal Liaoning memasuki perairan Malaysia) berlaku,

“Saya telah meminta Panglima Armada Timur untuk mengambil langkah sewajarnya bagi memerhati dan melaporkan kehadiran kapal-kapal asing yang memasuki perairan Malaysia,” jelas Reza.

Beberapa hari lalu, tular sekeping gambar yang menyatakan laluan pelayaran kapal induk Tentera Laut China (PLA Navy), Liaoning di kawasan barat Lautan Pasifik.

Gambar yang tular di media sosial tersebut turut mendakwa Liaoning akan berlayar memasuki perairan antara Sabah dan Filipina sebelum menuju ke Laut China Selatan.

Kapal Pengangkut Pesawat Liaoning dilaporkan merapati Guam pada 20 Jun 2019 selepas melalui Selat Taiwan dan Selat Miyako (Antara Pulau Miyako da Pulau Okinawa) pada 10 Jun 2019 lalu.

Media Taiwan yang memetik kenyataan sumber enggan mendedahkan diri menyatakan destinasi seterusnya dijangka perairan Filipina dan kemudian melalui Laut Sulu, Utara Sabah kemudian ke Kepulauan Spratly di Laut China Selatan.

Liaoning turut bersama 3 buah Pembinasa, 3 buah Frigat, 2 buah Kapal Selam Nuklear SSN dan 2 buah Kapal Bantuan dan Logistik.

Sumber tersebut turut menyatakan Liaoning dijangka akan berlabuh di pulau yang diduduki oleh China di Kepulauan Spratlys.

sumber: Airtimes & Malaysia Defence Review


Saturday, June 22, 2019

MITSUI UMUMKAN CADANGAN TENDER MRSS MASA DEPAN UNTUK TLDM

MRSS cadangan dari syarikat Mitsui untuk TLDM
Mitsui Engineering & Shipbuilding (Mitsui E&S) iaitu sebuah syarikat pembina kapal dari Jepun telah mempamerkan rekaan "Multi Role Support Ship" untuk Malaysia semasa Pameran MAST Asia 2019 di Chiba, Tokyo, Jepun yang berlangsung 17 Jun sehingga 19 Jun 2019.

Rekaan MRSS Mitsui E&S ini direka untuk mengangkut infantri, bantuan amfibia, kawalan dan perintah, bantuan logistik serta bantuan kemanusian, bencana dan kecemasan.

Menurut wakil Mitsui E&S, rekaan MRSS mereka mempunyai panjang 160 meter, berat 13,000 tan dan lebar 24 meter. Ia mampu membawa 150 anak kapal, 500 infantri, 16 kereta kebal MBT, 6 buah kereta perisai APC/IFV dan kenderaan ambulan medan.

Selain itu, ia mempunyai dek pendaratan helikopter untuk 2 buah helikopter bersaiz medium selain 2 buah hangar untuk helikopter. Kapal ini juga mampu mengoperasikan UAV. Dibahagian "well deck" ia mampu memuat dua buah lanchang pendarat LCM.

Untuk persenjataan, ia dilengkapi 2 unit CIWS Phalanx yang diletakkan dibahagian hadapan dan atas hangar. Ia turut dilengkapi beberapa mesigan berat serta GPMG untuk pertahanan jarak dekat.

lukisan grafik MRSS  rekaan Mitsui
Rekaan Mitsui E&S juga akan mengikut ciri-ciri Kapal Pendaratan Kereta Kebal LST Kelas Osumi yang mana dibina oleh Mitsui E&S untuk Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun (JMSDF) sebanyak 3 buah siap pada 1998 sehingga 2003.

Mengikut maklumat yang dikumpulkan sejak LIMA 2019, kini terdapat sekurang-kurangnya enam syarikat pembina kapal yang kini membentuk tawaran mereka untuk program MRSS TLDM. Selain Mitsui Jepun, pesaing lain termasuk Damen Nertherlands, France Naval Group, China CSOC Shipyard, PT PAL Indonesia dan Syarikat pembina kapal Korea Selatan.

MRSS adalah satu program dalam 15 to 5 Tentera Laut DiRaja Malaysia dimana ia akan mengantikan 2 buah MPSS KD Sri Indera Sakti dan KD Mahawangsa. 2 buah kapal pertama dijangka diterima dalam tempoh 2021- 2025 dan yang terakhir pada 2035.

sumber : Malaysia Defense Review


Monday, June 17, 2019

MENGAPA PROGRAM 15 TO 5 AMAT PENTING BAGI TLDM


Kita sedang melihat polisi pemerintah yang mengundur kebelakang apabila program 15 to 5 yang sepatutnya membuka langkah pemodenan untuk TLDM dengan teras utama armada meliputi 6 buah LCS (Littoral Combat Ship) sebagai frigat kombatan tempur permukaan utama berserta tambahan 6 buah lagi dimasa hadapan bakal dikurangkan menjadi 3 buah.

Nasib sama menimpa program LMS (Littoral Mission Ship) yang asalnya disasarkan sebanyak 12 buah kapal denga permulaan 4 buah akan kekal sebanyak 4 buah sahaja.

Menyedihkan lagi dimana dalam keadaan aset sedia ada semakin usang, langkah SLEP (ship life extension program) terpaksa diambil untuk memastikan aset yang sebelum ini dijangka akan dilucut tauliah setelah kemasukan pengganti seperti LMS yang antaranya kapal-kapal kelas Laksamana (yang asalnya korvet peluru berpandu kini sekadar gun boat) dan kapal-kapal FAC (fast attack craft), kapal penyapu ranjau kelas Mahamiru akan terus kekal berkhidmat dengan TLDM sehingga jangka masa yang tidak kita dapat pastikan.

Program LCS yang tertangguh akibat dari sikap political play pemerintah sekarang.
Langkah kebelakang ini bakal memberikan mudarat kepada TLDM, dimana angkatan laut kita ini bakal mengoperasikan aset yang akan memakan kos lebih tinggi akibat usia yang semakin bertambah berserta kelengkapan persenjataan yang tidak lagi beroperasi dan kapal-kapal ini yang dikendalikan oleh warga TLDM akan pula berhadapan dengan angkatan laut moden negara yang mempunyai pertindihan wilayah laut di Laut China Selatan, Selat Melaka dan Laut Sulu.

Negara tetangga sedang mengorak langkah memodenkan angkatan laut masing-masing dengan kapal generasi baharu yang lebih berkeupayaan dan sesuai menangani senario pertembungan tidak terjangka dengan negara adikuasa serantau.

Malahan kita terpaksa berpuas hati dengan kapal kelabu yang setaraf kalau tidak lebih baik dari kapal-kapal pengawal pantai.

Kenapa polisi terkini memilih langkah SLEP walhal telah jelas dan nyata sebelum ini TLDM telah menyalurkan dana SLEP untuk kapal lama kepada program perolehan kapal baharu yang mana kos operasinya nanti akan lebih optimum.

Kita telah melihat bagaimana TLDM sendiri mengadakan belanjawan untuk perolehan kapal baharu dengan menghentikan proses SLEP sekaligus memberikan bang for buck berserta aset yang lebih berkemampuan.

Kalau begini gayanya jangan kita mimpikan untuk menjadi terbaik sebagaimana ditahun 80an dahulu sedangkan kita masih terkial kial untuk memberikan aset terbaik untuk angkatan laut kita sendiri.

Tanyalah kalangan krew TLDM, bagaimana keadaan kapal mereka.seperti FAC yang dulu taringnya bukan calang-calang sekarang umurnya mencecah 40 tahun dan apa yang tinggal hanya kuku yang tajam pun tidak tumpul sudah tentu.

Kami yakin, TLDM sangat memerlukan jumlah kapal yang setara dan pelan pembangunan 15to5 sebenarnya model pemodenan yang sudah cukup baik dan pihak pemerintah dan pembuat dasar hanya perlu mengadakan belanjawan untuk merealisasikannya.

Percayalah, kami tahu TLDM sangat terdesak dengan keadaan diwilayah laut kita yang semakin meruncing dan mereka perlukan yang terbaik untuk melaksanakan tugas mereka.

Takkan kita nak jadi Filipina satu masa dulu dengan gehtto navy mereka, yang terdiri dari kapal-kapal usang era perang dunia dan perang vietnam yang semakin teruk dimamah usia dan perlu berhadapan pula dengan angkatan laut moden seperti China.

Kami tahu pemerintah sedang sibuk bertikaman antara satu sama lain untuk tampuk kuasa tapi jangan lalai sampaikan pasukan keselamatan kita terbiar, dan wilayah kita perlahan-lahan diceroboh kemudian di takluk secara halus oleh seteru kita.

Kami seru pihak pemerintah, teruskan program 15 to 5 dan lupakan program SLEP yang bakal mengunyah lebih banyak dana dan dikemudian hari masih tidak dapat memberikan kehendak strategik yang diperlukan.

Korvet kelas Laksamana yang dulunya digeruni dengan kelengkapan persenjataan 3 dimensi

Korvet kelas laksamana kini kehilangan taringnya hanya berperanan sebagai FAC- Gun
Lihat saja kapal-kapal kelas Laksamana kita yang dahulu digeruni dirantau ini dengan aspek persenjataan 3 dimensi yang lengkap dengan persenjataan anti pesawat Aspide, sistem peluru berpandu anti kapal Ottomat dan mampu melaksanakan operasi perang bawah permukaan, kini hanya menjadi gunboat dan bukan lagi missile corvette kerana persenjataan peluru berpandu yang ada sudah tamat pengunaannya dan varians yang kita gunakan tidak lagi dikeluarkan oleh pihak pengeluar dari Itali.

Bila kali terakhir kita lihat latihan penembakan misil hakiki dari kapal ini? Ini bukan membongkar kelemahan tetapi hakikat yang mana pihak pemerintah perlu sedar dan beri perhatian khusus dimana dapat kita perhatikan melalui siri latihan yang diadakan sejak kebelakangan ini berserta maklumat terbuka memberikan satu inferens yang mana persenjataan pada kapal-kapal ini sudah tidak lagi relevan.

Kita tahu kerana dari foto rasmi TLDM sendiri kita boleh lihat, pelancar misil pada kapal-kapal Laksamana ini sudah tidak lagi dipasangkan memberikan kita petanda apa? Takkan kita masih mahu berdalih?

Lihat pula tempo operasi yang harus digalas oleh kapal-kapal kelas Perdana, Jerong dan Handalan. Kapal yang dibina dan mula dioperasikan oleh TLDM sejak 1970an ini masih lagi diperah khidmatnya sehingga sekarang.

Kalau dulu bila kali pertama kapal serang laju ini mampu mencecah kelajuan 40 knots sekarang anda rasa bagaimana selepas hampir 40 tahun. Mampukah ia mengekalkan kelajuan kombat sedemikian?

Kita juga mengalami kekangan aset logistik yang ketara, dimana tanggungjawab ini dipikul oleh dua kapal era 80a buatan Korea Selatan sedangkan TLDM seharusnya menjadi penyedia aset untuk membolehkan Tentera Darat diatur gerak untuk operasi pendaratan amfibia, atau menyediakan platform untuk operasi Military Operation Other Than War (MOOTW) seperti memberikan bantuan kemanusiaan dan bencana alam - Humanitarian Aids and Disaster Relief (HADR) yang sering disebut merupakan antara tugas yang dikehendaki oleh kementerian dalam pemerkasaan Angkatan Tentera Malaysia.

Kita nak tentera buat macam-macam tapi kita kedekut dana. Kita beralasan sejak dulu yang ekonomi tidak bagus. Kita beralasan politik menyalahkan antara satu sama lain, menuding jari dan langsung tidak menampakkan langkah positif dan proaktif. Pemerintah kita sibuk dengan political power play dan politik picisan sampah sampai mengabaikan keselamatan nasional.

Ingat, dengan diplomatic blunder dan ditambah dengan kekangan aset yang kritikal kita takkan mampu untuk exert our claims and defend our key resources in the disputed maritme territories.

Frigate peluru berpandu canggih China Type 054A. kita dimana ????
Kita perlu juga ingat, China sedang meningkatkan tahap kesiagaan armada mereka dan pada masa sama negara tetangga kita juga berbuat demikian disamping Amerika sendiri juga cuba untuk campur tangan. Kita bercakap tentang tidak mahu campur tangan negara lain dan mahu berunding cara diplomasi tetapi kita tiada bargaining power untuk melakukannya.

Ini bukan lagi walk slowly and carry a big stick, kita stick pun takda walau kecil. Kita bercakap pada sidang antarabangsa - kapal seteru kita besar dan macam mana kita nak kejar - walhal solusinya sudah diberikan oleh TLDM tinggal pemerintah melaksanakannya - bukan pemerintah buat pandai dan ikut suka ubah perancangan tersebut.

Kita sembang pasal campurtangan politik tapi nah program pemodenan TLDM yang sepatutnya dilaksana juga dicemari campur tangan politik berkepentingan. Kita bukannya tak tahu siapa disebalik pembatalan program LMS dan siapa yang mendapat laba keuntungan program SLEP.

Kita tahu siapa yang sebelum ini marah program SLEP dibatalkan. Kita hanya sibuk tentang wang dan hutang dan mencari cara menebalkan dompet dengan menidakkan hak pasukan keselamatan kita memiliki kelengkapan yang terbaik untuk mereka melaksanakan tugas diperbatasan.

Secara nyata nya TLDM kini mengalami tarikh luput hampir kesemua taring senjata yang mana dahulu ada yang digeruni di rantau Asean.

Lihat pada misil Sea skua yang terdapat pada Helikopter Superlynx. Pada 2017 yang lalu, MBDA menyatakan bahawa hampir kesemua misil sea skua TLDM akan tamat tempoh erti kata mudahnya dah basi.

MBDA membuat tawaran kepada ATM untuk mengambil semua misil sea skua yang sedia ada dan digantikan dengan Misil Sea Venom yang lebih canggih yang mana kini digunakan meluas dalam UK Royal Navy dan France Navy.

Misil MM38 Exocet yang dulu kita banyak lihat pada kelas FAC M telah tiada. Sebab? Mudah saja iaitu dah tamat life span pun.

sumber: : petikan dari Malaysia Military Power (MMP)


Wednesday, June 12, 2019

FRIGAT KELAS ADMIRAL GORSHKOV

Kapal Frigat pertama dari kelas Admiral Gorshkov (no Pennant 417)

Kapal Frigat Tentera Laut Russia, Kelas Admiral Gorshkov iaitu Admiral Kasatanov (No. Pennant 431) sedang menjalani ujian perlayaran di Laut Baltik pada Jan 2019. Admiral Kasatanov adalah frigat kedua dari Kelas Admiral Gorshkov.

Frigat Kelas Admiral Gorshkov dibina oleh Severnaya Verf di Saint Petersburg namun mengalami beberapa kelewatan dan penangguhan sejak mula dibina pada 2010.

Pada asalnya mengunakan enjin diesel dan turbin gas keluaran Zorya-Mashproekt dari Ukraine. Namun krisis Crimea pada 2014, beberapa syarikat dari Ukraine menarik diri dan enggan membekalkan enjin serta bahagian tertentu pada frigat ini.

Pembekal enjin Russia, NPO Saturn menjadi pembekal enjin dan turbin gas untuk Frigat Kelas Gorshkov. Namun sistem pendorong kapal berkenaan hanya akan diuji pada 2017/2018 dan ujian selesai 2020.

Setakat ini, enam kapal kelas ini telah dipesan dan dijadualkan untuk dihantar pada tahun 2025. Kapal utamanya, Admiral Gorshkov, telah ditauliahkan pada 28 Julai 2018.

Frigat Kelas Admiral Gorshkov mempunyai 48 VLS Cell. Ia terdiri 16 VLS Cell (2×8) yang mampu melancarkan misil kruiser jenis Kalibr, Oniks dan Zicron. Manakala baki 32 VLS Cell (2×16) untuk misil pertahan udara Redut (Varian Naval S-350 Vityaz).

Frigat ini mempunyai berat standard 4500 tan. Namun dengan membawa misil kruiser seperti Zircon dijangka ia mampu mencecah 7000 tan.

Sistem persenjataan lain terdiri meriam utama A-192M 130mm, 2 unit Sistem CIWS Kashtan (Kemungkinan akan digantikan dengan CIWS Pantsir-M), 8 unit (2x4) torpedo tiub 330mm untuk Paket NK anti torpedo dan anti kapal selam serta 2 mesigan berat MTPU 14.5mm.

Frigat ini adalah platform pelbagai guna yang direka untuk misi peperangan anti-udara, anti-permukaan, dan anti-kapal selam. Seperti kapal permukaan Rusia yang lain, persenjataan utama kelas ini terdiri daripada peluru berpandu kruis anti-kapal dan serangan darat.

Frigat Kelas Gorshkov direka oleh Severnoye Design Bureau ini mengunakan teknologi "stealth". Ia dilengkapi pelbagai radar, sensor dan sistem peperangan elektronik.

sumber : Malaysia Defence Review

Tuesday, June 11, 2019

TLDM BAKAL TERIMA 6 UAV DARI AMERIKA SYARIKAT NOVEMBER INI

Boeing Insitu ScanEagle
KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan Malaysia hari ini mengesahkan negara akan menerima pesawat tanpa pemandu (UAV) dari Amerika Syarikat mulai 2019 sehingga 2022.

Perkara tersebut dinyatakan dalam satu siaran akhbar yang dikeluarkan oleh pihak kementerian pada hari ini.

“Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menerima aset ini secara berperingkat dan enam ScanEagle UAV dijangka akan diterima pada pertengahan November ini,

“ScanEagle UAV yang bakal diterima daripada AS akan dapat membantu Malaysia dalam membuat pengawasan maritim sementara Kementerian Pertahanan membuat perolehan dua Maritime Patrol Aircraft (MPA) dan tiga Medium Altitude Long Endurance Unmanned Airborne System (MALE UAS) yang akan disempurnakan dalam Rancangan Malaysia Ke Dua Belas (RMKe-12),” jelas Kementerian Pertahanan.

Terdahulu, Malaysia dilaporkan akan menerima 12 buah UAV dari Amerika Syarikat.  Pesawat tersebut dibekalkan kepada Malaysia melalui program Maritime Security Initiative (MSI).

Program tersebut melibatkan penyediaan bantuan dalam bentuk keupayaan (aset) dan kapasiti (latihan) kepada negara-negara rakan termasuk Malaysia bagi membantu meningkatkan Maritime Domain Awareness (MDA) di rantau Asia Tenggara.

“Program ini dibiayai sepenuhnya oleh Amerika Syarikat dan tidak melibatkan sebarang kos oleh kerajaan Malaysia,”  tegas pihak kementerian.

Malaysia sebagai sebuah negara maritim amat memerlukan keupayaan intelligence, surveillance dan reconnaissance (ISR) untuk mengawasi laluan strategiknya yang luas di Selat Melaka, Laut China Selatan dan Laut Sulu.

Pihak kementerian menambah, Malaysia mengalu-alukan kerjasama pertahanan dengan semua pihak yang berkepentingan  termasuk AS dan China bagi menjaga keselamatan negara dan kestabilan di rantau Asia Tenggara.

Pada akhir Mei lalu, pihak Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah menganugerahkan kontrak bernilai sekitar US$ 47.93 juta kepada Insitu Inc bagi membekalkan ScanEagle UAV kepada 4 buah negara di rantau Asean. Pembekalan UAV tersebut dilaksanakan melalui program MSI.

Indonesia dan Filipina akan menerima 8 buah ScanEagle sementara Vietnam 6 buah UAV. Malaysia yang merupakan penerima terbesar dari negara yang tersenarai dengan 12 buah ScanEagle UAV dengan nilai US$ 19.33 juta.

sumber : airtimes