 |
| Pesawat Hawk TUDM Mk108 dan Mk 208 |
MENAIKTARAF PESAWAT HAWK TUDM
AIROD telah menandatangai perjanjian kerjasama (MOU) bersama BAE Systems
dalam menaiktaraf sistem avionik pesawat Hawk TUDM di DSA 2016.
Kerja penaiktarafkan akan melengkapkan pesawat Hawk Mk108 dan Hawk Mk
208 TUDM dengan teknologi terkinin dan menjamin pesawat untuk terus
relevan serta memenuhi keperluan operasi di masa hadapan.
Pihak BAE
Systems akan bertanggungjawab dalam rekabentuk, membina dan persijilan
sistem pesawat dan pihak AIROD akan bertanggungjawab dalam
mengintegrasikan sistem dalam pesawat.
Program ini akan mengambil masa 3 tahun dan bakal dilaksanakan di Malaysia.
MOU antara AIROD dan BAE Systems akan mengukuhkan dan mengembangkan lagi
kerjasama kerja antara kedua-dua syarikat untuk tempoh jangka masa
panjang dalam penyelenggaraan pesawat berkenaan.
Ini bagi menjamin
kesediaan dan keupayaan pesawat TUDM sentiasa dalam keadaan tahap
operasi yang tertinggi.
Sumber dari
Malaysia Military Power (MMP)