![]() |
| INS Sahyadri (Kelas Shivalik) |
Saturday, May 21, 2016
INDIA HANTAR KAPAL PERANGNYA KE LAUT CHINA SELATAN UNTUK TINGKATKAN HUBUNGAN KETENTERAAN.
19 May 2016 - Tentera Laut India (IN) menghantar flotila empat kapal perang ke Laut
China Selatan dan barat laut Pasifik pada 18 Mei selama 10 minggu dalam
usaha untuk meningkatkan hubungan ketenteraan dengan negara-negara di
rantau ini dan meningkatkan kebolehan beroperasi dengan tentera laut
mereka.
Pasukan
petugas platform IN yang terlibat ialah INS Sahyadri
dan INS Satpura, dua kapal frigat stealth
peluru berpandu kelas Shivalik seberat 6,200 tan sebuah; INS Shakti, sebuah kapal tangki armada kelas Deepak; dan INS Kirch, korvet peluru berpandu kelas- Kora.
Tuesday, May 17, 2016
PESAWAT LATIHAN TUDM TERHEMPAS DI PEKAN, PAHANG
KUANTAN, 17 Mei (Bernama) -- Seorang jurulatih dan pelatih penerbangan
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terselamat selepas pesawat latihan
Aermacchi MB339 CM buatan Itali terhempas di kawasan sawah padi di Kampung Serum,
Pekan dekat sini, tengah hari tadi.
i |
| Pesawat Aermacchi yang terhempas di Kampung Serum, Pekan Pahang : Foto dari sensasi.org |
INDONESIA MUNGKIN MEMBELI SEBILANGAN KECIL PESAWAT TAKTIKAL A400M
![]() |
| A400M Atlas yang mungkin di beli oleh Indonesia |
"Saya mempunyai rancangan untuk membeli A400 dari Eropah ... tetapi hanya sebilangan kecil. Tidak ada keperluan untuk membeli banyak," kata Menteri Pertahanan Indonesia Ryamizard Ryacudu tanpa memberi maklumat lanjut.
Jika Indonesia membeli A400M, negara itu akan menjadi pelanggan kedua dari negara bukan Eropah yang memilikinya selepas Malaysia yang telah membeli empat pesawat tersebut pada Disember 2005.
Kuala-Lumpur telah menerima penghantaran dua buah pesawat itu kedalam inventori Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
A400M Atlas merupakan pesawat pengangkut tentera, mempunyai empat enjin turboprop yang direka oleh Airbus sebagai pesawat pengangkut taktikal dengan keupayaan strategik untuk menggantikan pesawat pengangkut yang lebih berusia, seperti Lockheed C-130 Hercules. Ia mempunyai jarak operasi 4,500 km dengan muatan 30 tan.
Monday, May 9, 2016
DSA 2016 : NURI TERIMA NAIK TARAF KOKPIT
| S61A-4 Nuri dengan camo yang baru |
Kerjasama di antara AIROD dan Heli-One ini akan memberikan penyelesaian yang disesuaikan melalui pembangunan reka bentuk baru untuk memanfaatkan teknologi terkini yang akan menambah keupayaan baru dan peningkatan prestasi untuk helikopter ini
Antara tingkat upaya ini ialah menambah keupayaan taktikal baru dan membolehkan penyeragaman sistem pesawat seluruh armada. Ia akan membolehkan pesawat untuk terbang di waktu siang dan malam dalam semua keadaan cuaca serta menangani isu-isu lama, seterusnya, membolehkan helikopter S61A-4 Nuri TUDM dipanjangkan jangka hayat untuk sekurang-kurangnya 15 tahun lagi.
Thursday, May 5, 2016
MV MEGA BAKTI TLDM SERTAI EKSESAIS PR16 DI KOREA SELATAN
![]() |
| Kapal penyelamat Submarine Escape and Rescue (SMER) MV Mega Bakti |
KOTA KINABALU: Buat kali pertama, kapal penyelamat Submarine Escape and Rescue (SMER) MV Mega Bakti milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyertai Eksesais Pacific Reach 2016 (PR16) di Jinhae, Korea Selatan pada 23 Mei hingga 3 Jun ini.
PR16 adalah program latihan pengendali kapal selam membabitkan negara Asia Pasifik setiap tiga tahun dan ini kali pertama MV Mega Bakti menyertainya selepas berperanan sebagai pemerhati sebelum ini.
Panglima Angkatan Kapal Selam, Laksamana Muda Datuk Abdul Rahman Ayob, berkata MV Mega Bakti diberi tanggungjawab dan berfungsi sebagai platform sistem menyelamat kapal selam Tentera Laut Amerika Syarikat (TLAS).
Monday, May 2, 2016
NAVAL STRIKE MISSILE (NSM) DARI KONGSBERG
| Kongsberg Naval Strike Missile |
NSM akan beroperasi sepenuhnya di atas kapal ini apabila mereka memasuki perkhidmatan pada masa akan datang. Tentera Laut Poland juga telah memilih NSM untuk digunakan pada pemasangan platform pertahanan pantai (coastal artillary) mereka yang baru.
Ianya dibangunkan oleh syarikat Norway Kongsberg Defence & Aerospace (KDA).
Tuesday, April 26, 2016
DSA 2016: NGPV-LCS PERTAMA OLEH BOUSTEAD PADA 2019
![]() |
| Imej SGPV-LCS berdasarkan rekaan kelas Gowind |
Jurucakap BHIC berkata, reka bentuk struktur badan kapal untuk kapal pertama telah selesai dibina.
Walau bagaimanapun, reka bentuk untuk sistem dan peralatan lain sedang berjalan, difahamkan bahawa sebahagian besar daripada ini akan dapat dicapai menjelang akhir tahun ini.
Jurucakap itu juga turut mengakui terdapat cabaran dalam reka bentuk kapal tersebut (contohnya, menggabungkan pelancar peluru berpandu), dengan ini ia menjadi kapal yang paling kompleks yang pernah direka oleh BHIC.'
Kerjasama diantara pihak BHIC dan DCNS dikatakan berjalan dengan baik dan pembinaan LCS yang berdasarkan rekabentuk korvet kelas Gowind (DCNS), sedang berjalan dengan lancar serta berada pada landasan yang betul.
Monday, April 25, 2016
DSA 2016 : PESAWAT HAWK Mk108 & Mk208 TUDM DI NAIK TARAF.
![]() |
| Pesawat Hawk TUDM Mk108 dan Mk 208 |
MENAIKTARAF PESAWAT HAWK TUDM
AIROD telah menandatangai perjanjian kerjasama (MOU) bersama BAE Systems dalam menaiktaraf sistem avionik pesawat Hawk TUDM di DSA 2016.
Kerja penaiktarafkan akan melengkapkan pesawat Hawk Mk108 dan Hawk Mk 208 TUDM dengan teknologi terkinin dan menjamin pesawat untuk terus relevan serta memenuhi keperluan operasi di masa hadapan.
Pihak BAE Systems akan bertanggungjawab dalam rekabentuk, membina dan persijilan sistem pesawat dan pihak AIROD akan bertanggungjawab dalam mengintegrasikan sistem dalam pesawat.
Program ini akan mengambil masa 3 tahun dan bakal dilaksanakan di Malaysia.
MOU antara AIROD dan BAE Systems akan mengukuhkan dan mengembangkan lagi kerjasama kerja antara kedua-dua syarikat untuk tempoh jangka masa panjang dalam penyelenggaraan pesawat berkenaan.
Ini bagi menjamin kesediaan dan keupayaan pesawat TUDM sentiasa dalam keadaan tahap operasi yang tertinggi.
Sumber dari
Malaysia Military Power (MMP)
Tuesday, April 19, 2016
KERETA KEBAL CHINA TYPE 69/79
![]() |
| Type 69 kereta kebal milik China |
Merupakan kereta kebal yang agak murah dan mudah untuk beroperasi tetapi mempunyai reka bentuk yang ketinggalan zaman mengikut piawaian kereta kebal moden.
Pembikinan Type 69 ini merupakan percubaan pertama China untuk mereka bentuk kereta kebal utamanya (MBT) sendiri.
Wednesday, April 13, 2016
CHINA TEMPATKAN RADAR DAN PELANCAR PELURU BERPANDU DI KEPULAUAN PARACEL
![]() |
| Pulau Woody /Yongxing Island |
Fox News melaporkan, Imej satelit menunjukkan dua bateri lapan pelancar peluru berpandu permukaan-ke-udara HQ-9 serta sistem radar di Pulau Woody, sebahagian daripada rantaian Paracel Island di Laut China Selatan,
Menurut imej setelit, pantai di pulau itu kosong pada 3 Februari, tetapi peluru berpandu telah kelihatan oleh 14 Februari. Diberitakan peluru berpandu tersebut tiba sejak beberapa minggu yang lalu.
Thursday, March 24, 2016
RSAF BENTUK SKUADRON F-15SG TEMPATAN YANG KEDUA.
![]() |
| RSAF F-15SG semasa latihan di Darwin, Australia di lihat membawa marking 142 Skuadron (foto: Jane's) |
F-15SG yang berpangkalan di Singapura telah dilihat membawa tanda /marking 142 'Gryphon' Squadron pada ekornya semasa penerbangan formasi bagi memperingati persaraan ketua tentera udara Singapura, Major General Hoo Cher Mou, pada 12 Mac 2016.
Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) kini mempunyai dua skuadron F-15SG, 149 SQN "Shikra" dan skuadron kedua yang baru dibentuk iaitu 142 SQN "Gryphon".
KERETA KEBAL UTAMA BRITISH - CHALLENGER 2
![]() |
| Kereta Kebal Challenger II |
Ianya memasuki perkhidmatan dengan Tentera British pada bulan Jun 1998 dan unit terakhir daripada 386 unit kereta kebal telah dihantar pada April 2002. Penghantaran untuk Oman telah siap pada tahun 2001 sebanyak 38 unit.
Challenger 2 telah menyaksikan penyertaan operasinya di Bosnia dan Kosovo. Kereta kebal Challenger 2 dikerahkan untuk terlibat dengan aktif dalam Operasi Kebebasan Iraq (operation Iraqi Freedom).
Monday, March 21, 2016
MALAYSIA TERIMA SPH M109 A5/6 DARI AS DI BAWAH PROGRAM EDA
![]() |
| SPH M109A6 Paladin (foto : military today) |
Tentera Malaysia telah menerima tawaran 24 unit M109A6 «Paladin» self propelled howitzer (SPH) dari Amerika Syarikat di bawah Excess Defence Articles (EDA)
Mengenai tawaran M109 A5 / A6 SPH oleh Amerika Syarikat di bawah program (EDA) ini, Raja Affandi berkata Tentera Darat telah menerima tawaran itu dan sedang dalam proses memuktamadkan perolehan. "Jika perolehan itu selesai, ia akan meningkatkan keupayaan kuasa tembakan Tentera Darat terutama bagi unit yang beroperasi di Sabah ".
Monday, March 14, 2016
HELIKOPTER PENYERANG RUSSIA Mi-28 HAVOC .
![]() |
| Helikopter penyerang Mi-28N Havoc |
Merupakan helikopter pelbagai-cuaca, versi siang dan malam dan dua tempat duduk secara military tandem (tempat duduk selari)
Pengeluaran pertama Mi-28N menjalani ujian penerbangan pertama pada April 2004 dan ujian penerbangan pertama dengan Tentera Udara Rusia pada bulan Jun 2005.
Tiga unit telah dipesan pada tahun 2005 dan 16 lagi pada tahun 2006 untuk penghantaran sehingga 2008.
Subscribe to:
Posts (Atom)

i 








